Saturday, May 18, 2013

Drama Teduhan Kasih Full Episode (Tamat)


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

drama Sedetik Cinta dah tamat so sambung tonton sebuah lagi drama iaitu Teduhan Kasih
drama adaptasi novel lagi .ramai yang cakap novel ni best :)

Channel: Tv3
Slot: Akasia
Para Pelakon: Rizal(Shah Iskandar),  Sherry Ibrahim( Iffa)
Nabila Huda( Ayu), Adi Putra(Ehsan)

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Episod sekarang: 22

Teduhan Kasih Episod 1 



Teduhan Kasih Episod 2 


Teduhan Kasih Episod 3



Teduhan Kasih Episod 4 



Teduhan Kasih Episod 5 


Teduhan Kasih Episod 6 



Teduhan Kasih Episod 7 


Teduhan Kasih Episod 8 


Teduhan Kasih Episod 9 



Teduhan Kasih Episod 10 



Teduhan Kasih Episod 11



Teduhan Kasih Episod 12


Teduhan Kasih Episod 13



Teduhan Kasih Episod 14



Teduhan Kasih Episod 15


Teduhan Kasih Episod 16



Teduhan Kasih Episod 17


Teduhan Kasih Episod 18


Teduhan Kasih Episod 19



Teduhan Kasih Episod 20



Teduhan Kasih Episod 21


Teduhan Kasih Episod 22


Teduhan Kasih Episod 23


Teduhan Kasih Episod 24



Teduhan Kasih Episod 25

Teduhan Kasih Episod 26



Teduhan Kasih Episod 27




Teduhan Kasih Episod 28



-Tamat-

5 comments:

  1. best kan cite ni nik, baru tgk 2 episod pun dah rasa x sabar nak tunggu next episod

    ReplyDelete
  2. Best juga certia ini bila kakak baca N3 nik ini. Lagi-lagi Adi Putra kakak suka lakonan dia..

    ReplyDelete
  3. terima kasih share linknya kak nik!

    p/s : jaa nak alamat boleh? nak hantar ole2 utk kak nik ni... jaa lupa laa jaa simpan kat mana, alamat akak dulu tuh... sory na...

    ReplyDelete
  4. wow...rajin nyer nik highlight semua ni, tak yah susuh-susah nak cari dekat utube dah. great info !

    ReplyDelete
  5. banyak kata cerita nih best, nak try tengok nanti lah.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^