Sunday, June 16, 2013

doakan kesihatan adik saya


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah lama tak membebel di blog. rindu sangat-sangat. 
sejak beberapa hari lepas hati nik sentiasa tak tenang. setiap saat teringat, pasti akan berdoa. 
tak putus-putus doa saya pada ALLAH. 
semoga ALLAH permudahkan segala-galanya buat adik bongsu saya.

selepas pembedahan buah pinggang,  adik ada buat rawatan radiotherapy.selepas beberapa kali rawatan, doktor mintak stopkan rawatan coz melalui scan doctor ada kesan something kat tulang dan paru-paru adik .

untuk make sure, adik perlu buat Pet scan. kat Malaysia hanya ada 2 jea mesin scan,
satu kat Hospital Putrajaya dan satu lagi kat Hospital Pulau Pinang. 
nak kena tunggu lama, so kalau nak cepat kena pegi private hospital dan of course la harganya lagi mahal.so doktor pakar adik suggest buat Pet scan di Mahameru International Medical Center & Heart Scan.

Pet scan ni akan dapat kesan kalau ada cell kanser yang aktif.result dia, ada cell kanser aktif kat beberapa tempat kat tulang.Alhamdulillah, masih tak merebak ke paru-paru.
tapi ia still berita yang tak nak kami dengar.

dan berkemungkinan juga, kami adik beradik perlu buat ultra sound dan chromosomel test kat HUSM Kubang Kerian.coz doktor suspect penyakit ni berkaitan dengan genetik.. penyakit adik ni penyakit yang jarang berlaku kat Malaysia even kat oversea skalipun.

hanya mampu support adik dari doa dan dari jauh.
coz tak tahu macam mana nak respon sebenarnya. berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas dugaan.
tak ada sapa yang suka lihat family sendiri di sahkan pengidap kanser.lagi la adik langsung tak ada sebarang tanda-tanda sakit cuma hanya bermula dengan ketulan di buah pinggang
tapi saya percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri adik. setiap orang dugaannya berbeza-beza.


kagum dengan semangat adik sebenarnya.
macam-macam cara rawatan dia cuba.macam-macam makanan dia makan. dari pada yang manis sampai ke air akar kayu yang pahit.
selain rawatan dari doktor pakar, adik masih lagi teruskan rawatan cara Islam.

Allah bagi ujian dan dugaan, Allah juga yang memudahkan semua urusan. Nikmat Allah terlalu banyak untuk di syukuri.
doakan yang terbaik buat adik dan kami sekeluarga
stay strong sista.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buat kamu.

my sista blog

20 comments:

  1. semoga adik kak nik cepat sembuh yer. aminn.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, dengan kumudahan teknologi sekarang ni, mungkin dapat sembuhkan adik. lagipun belum serius lagi. nasib pergi hospital awal... kita sama2 doakan kesihatan adik

    ReplyDelete
  3. ya Allah,semoga semuanya selamat... inshaAllah

    ReplyDelete
  4. smoga beliau cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Besar dugaan untuk adik Nik, juga to ur family. Insya Allah, berkat doa kita semua, hopefully she gets better.

    ReplyDelete
  6. Moga cepat sembuh..akak pun tgh menghadapi situasi yg sama bila mak n ayah perlu dioperate..kita yg memandang x sama dfn yg mengalami

    ReplyDelete
  7. salam nik..subhanallah dugaan datang pelbagai cara.sabar ye.kak lea pun risau sebab tiba2 mak ngah belah mak kena breast cancer.mak dah suruh kami semua buat medical check-up huhu..kak lea doakan semoga adik nik kuat semangat dan cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  8. assalam, semoga adik terus cekal dan bersabar melawan penyakit...semoga dipermudahkan segalanya urusan..

    ReplyDelete
  9. ada hikmah dsebalik nya, hope adika kk cpat smbuh, ameen. :)

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... sayu nina bc entri ni kak. Semoga semuanya selamat. Nina doakan yg baik2 untuk adik akak

    ReplyDelete
  11. bagus la adik ros kuat semangat cmtuh..sedaya upaya dia cuba lawan penyakit tu... tak semua org mampu jdk cm dia...

    ReplyDelete
  12. nik..noli nk suggest VIVIX tuk adik..please cuba vivix..anti-kanser..kalo nik leh gugel apa tuh vivix shaklee please do..insyaAllah

    wassap noli 011-29217143

    ReplyDelete
  13. adoii sedihnya bila dpt tahu kan...doa sy semoga adik nik sentiasa dirahmati Allah..semoga yg terbaik sajer utk dia,..amin

    ReplyDelete
  14. syafakillah. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  15. Smg adik nik diberikan kesembuhan dan kekuatan...ameen

    ReplyDelete
  16. hmm kalau melibatkan genetik ni mmg rare...apa2 pun segala penyakit yg ada tentu ada penawarnya...semoga adik nik cepat sembuh....

    ReplyDelete
  17. moga adik akak kuat...insyaallah

    ReplyDelete
  18. Ya allah kak... Harap adik akk kuat semangat yer.. Ros yg dgr ni pun dh naik takut+risau :(

    ReplyDelete
  19. get well soon. moga semuanya selamat

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^