Thursday, July 11, 2013

La Tahzan ~ Rezeki


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

motivasi pagi.
peringatan untuk diri sendiri dan semua. tersentuh hati bila baca ni
mungkin ada sedikit kena mengena dengan diri sendiri, especially persoalan tentang anak :)

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."

"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. dan jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya. 

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah, 
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing. 

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~Hamba Allah~


16 comments:

  1. tenq nik sebab share benda ni..
    terharu baca

    ReplyDelete
  2. rezeki Allah dtg dlm pelbagai bentuk,,

    ReplyDelete
  3. sabar yer nik..memang lumrah manusia, ade jer nak cari kelemahan orang..kena batang idung sendiri baru tau camaner rasa..

    ReplyDelete
  4. setuju tu kak... tak semua kita diuji dengan berbeza situasinya.. cuma perlu saling hormat menghormati... la tahzan.. :(

    ReplyDelete
  5. la tahzan.. pernah kena jgk dulu. bersyukur dgn rahmat jgk buat kita rasa tenang

    ReplyDelete
  6. setiap yg terjadi telah terjadi sudah tertulis ... ini semua kerja Allah swt. apa yg boleh kita buat hanya berdoa, kepada penyoal janganlah anda buat diri anda hidup 1000tahun atau menongkat dunia yerk. setiap yg kita miliki adalah pinjaman! semua akan di tarik balik pada bila-bila masa okeh~

    nik pape pon rileks2 jerk, lantak pi ngan org2 mcm ni :)

    selamat berpuasa ...

    ReplyDelete
  7. Kadang2 kita rasa kena pekakkan telinga je :) hehe

    ReplyDelete
  8. perancangan Allah adalah yang terbaik buat hamba-hambaNYA :)

    ReplyDelete
  9. ~Ya Allah, murahkanlah rezekiku...permudahkanlah perjalanan hidup ku...kuatkanlah semangat ku...dan jadikanlah aku insan yang berjaya di dunia dan akhirat...amin...~

    ReplyDelete
  10. kadang2, pha is tanya diri sendiri, "kawan2 lain yg sebaya ramai yang dah kahwin. pha is ni bila lagi?" hehehe...

    ReplyDelete
  11. Tersentuh baca entry nik nie..yup,saya salah sorg yg selalu ditya soalan2 diatas..sedih..tapi kite kena redho dgn ketentuan dariNYA...

    ReplyDelete
  12. salam sis,
    betul kadang2 org sekeliling lg suka pertanya soklan yg xplukan jawapan.. tapi nk wt cm ne kn mulut orang.. btw kna sabar.. Allah tu lagi mengetahui seisi alam..

    selamat bpuasa :)

    ReplyDelete
  13. Apa yg pntg kte kne tabah n sabar.pdlikan pe kata org

    ReplyDelete
  14. yg penting kita bersyukur dgn apa yg kita miliki kan kak.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^