Saturday, July 20, 2013

Puisi Sedih Untuk Ashraf Muslim bukan dari Dayana


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

 rupanya bukan Dayana yang tulis puisi tu.
puisi tu orang copy paste dari status Ana Hawana.
puisi ni ditujukan kepada Dayana bagi melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku, dan bukan niat Ana Hawana itu untuk mengeruhkan lagi keadaan.
tapi puisi ni memang menyentuh hati kan.


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

psstt !!
doakan yang terbaik buat mereka bertiga. tak payah nak emo dan kutuk lebih-lebih.
 jadikan sebagai pengajaran. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
sebagai wanita yang sudah berkahwin berdoa agar dipanjangkan jodoh hingga ke syurga dan minta dijauhkan dari ujian yang hebat ni kerana jauh di sudut hati, tak kuat jika diri ini yang menghadapinya

9 comments:

  1. puisi tu memang menyentuh hati....

    ReplyDelete
  2. tu lah siap masuk paper kan.. semoga ada hikmah yg baik utk mereka..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak nik. ada baiknya kita doakan yg terbaik buat mereka. jgn sedap sgt duk kutuk kan. sbb kita punya rumahtangga pun x tahu lagi kisah phujungnya bagai mana. ada baiknya jaga rumah tangga masing2 kan...

    ReplyDelete
  4. Tuhla da agak da bukan dayana yg tulis... dayana seorg wanita yg baek sudah pasti dia xakn menjatuhkan air muka suami sndiri walau siapa pun ashraf muslim.... kita sbg peminat n org luar n xtau apa kisah sbnr dalam life diaorg sepatutnya xmengeluarkan kata2 atau maki hamun... boleh jatuh fitnah pula kalu xbetul... tak menyebelahi mana2 pihak pun tp bila tgk peminat2 emo bagai nak rak komen itu ini mcm da kenal sgt dgn family ashraf muslim rasanya mcm xpatut je... btul nik... doakan je yg terbaek buat mereka...itu yg terbaek :)

    ReplyDelete
  5. benda dah berlaku kak . dunia ni kalau ada duit macam2 boleh dibuat.

    ReplyDelete
  6. betul tu nik...apapun semoga mereka semua bahagia... kita tak tau cerita disebaliknya so, jan kata apa...

    ReplyDelete
  7. betul....tk yh dok kutuk tmbh sakit hati org tu......lbh baek doakn je bg dia tabah nk hadap semua nie....

    ReplyDelete
  8. Ty pun baru tahu pasal puisi ni dan hal sebenarnya siapa penulis puisi tersebut pagi tadi ketika sedang melilau di blog fuh.my walau apa pun perkahwinan kedua telah berlangsung , mungkin itu juga jodohnya. doakan yang baik2 sahaja la tuk mereka.

    ReplyDelete
  9. Sesi menyerang blog kak Nik :) hehe hai kak Nik. Saya pun baca juga puisi tu. Kalau tengokkan gaya Diyana tu mcm bukan dia buat. Hehe peace!

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^