Tuesday, September 10, 2013

doa untuk adik


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

pada yg bertanya. adik nik study kat UK dah 2 tahun tapi terpaksa tangguh pengajian dalam bidang perubatan sebab doktor dapat kesan ketumbuhan besar di buah pinggang. 
bulan 1 tahun ni jugak, adik jalani pembedahan buang buah pinggang.
dan doktor syak kemungkinan ketumbuhan tu sebenarnya kanser
baru nak rasa lega bila operation berjaya walaupun adik mengalami pendarahan teruk dan kami hampir kehilangan dia.tetiba doktor bgtau yang kemungkinan ketumbuhan tu kanser.
SubhanaAllah. ujian Allah lagi :(




check balik kanser dah merebak pada bahagian tulang. dan adik saya kanser stage 4.
macam-macam ubat adik makan untuk rawat kanser dari tak merebak.
kali ni study balik kat UK pun bawak ubat dan supplement .
pastu perlu buat check up lagi kat UK. untuk sahkan yang adik boleh teruskan pengajian kat sana.

ni ubat akar kayu terbaru yang adik cuba.
ubat ni katanya akan matikan akar kanser. mak cik yang mengidap kanser payudara stage 4 , sembuh bila makan ubat ni. .mak cik ni sebenarnya ada 6 bulan lagi untuk hidup kalau ikut doktor. tapi semua kehendak Allah kan. Dia yang bagi kita penyakit dan hanya dia jugak penyembuhnya. kita cuma mampu usaha. harap usaha ni Allah permudahkan.

sebelum jumpa mak cik ni, Ma nik dapat ubat ni dari sepupu. ma buat solat istikarah, kalau la ubat ni baik untuk adik, ma mintak Allah temukan dengan orang yang jual ubat ni. Subhanallah, selagi lagi kuasa Allah atasi segalanya. Ma nik jumpa mak cik ni masa hantar adik check up kat HUSM.rupanya mak cik nik saudara Ma. mak cik dapatkan ubat ni dari seorang askar yang bertugas di kawasann orang asli kalau tak salah. so ubat ni akar kayu hasil usaha orang-orang asli. hebatkan kuasa Allah.

adik siap beli bekalan ubat ni untuk setahun. sebotol rm 50. sebotol hanya tahan untuk 2 minggu. so 24 botol untuk setahun..huhu

selain tu adik try supplement Sari Agegard dari primadona Dato Sarimah Ahmad. 
berkotak-kotak jagak beli untuk bawak balik ke UK sana . beli sebab adik dapat rasakan perubahan.
selain makan ni semua, of course banyak makanan yang kena pantang kan. tapi tak pa. untuk kebaikan adik jugak.


Moga Allah permudahkan segala urusan adik. 
 InsyaAllah, setiap penyakit ada penawarnya dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya
jaga diri , jaga kesihatan. jauh di mata tapi yang pasti doa takkan pernah putus.



16 comments:

  1. takutnya akak baca kisah ni.. gambar tu buah pinggang adik nik yg dibuang ke? kuatnya dia menempuh dugaan penyakit ni...alhamdulillah dah sihat akhirnya... nak kena jagalah seterusnya..

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAH .. SEMOGA ADK CEPAT SEMBUH . AMIN

    ReplyDelete
  3. betul tu setiap penyakit ada ubatnya..moga adik nik semakin sihat

    ReplyDelete
  4. salam sis,kak lea doakan agar adik tu kuat semangat.owh baru2 ni kak lea ada baca tentang supplement apricon yang dihasilkan dari biji aprikot,tak silap dalam paper mingguan malaysia bahagian kesihatan.itu pun untuk hapuskan sel2 kanser dan terbukti berkesan.mak ngah kak lea breast cancer stage 4,alhamdulillah dah ok.

    p/s-->nanti share ye kat mana nak beli ubat akar kayu tu :)

    ReplyDelete
  5. banyaknya spent utk ubat.. berkorban sikit utk kesihatan kan.. dengan izin Allah sembuh la nanti..

    seriau tengok tumor tu.. huuu

    ReplyDelete
  6. Semoga nik n famili tabah dgn dugaan ni ye :(

    ReplyDelete
  7. semoga dia terus berjuag utk hidup ye...dan semoga penyakitnya sembuh terus dgn izinNya

    ReplyDelete
  8. Semoga adik nik cpt sembuh..... mudahan nik tabah n sabae

    ReplyDelete
  9. semoga adik nik sembuh seperti sediakala...Allah knows best. sakit itu jihad :)

    ReplyDelete
  10. semoga adik nik kembali sihat amin..

    ReplyDelete
  11. Byknye beli stok ubat. Xpe bsiap sdia kan nik..semoga asik nik akn smbuh

    ReplyDelete
  12. Semoga adik nik tabah .... Insyaallah dia kuat .....

    ReplyDelete
  13. Allah,...moga diberi kekuatan untuk adik nik....org hebat je diuji Allah....moga cepat sembuh..amiin....

    ReplyDelete
  14. Allah,...moga diberi kekuatan untuk adik nik....org hebat je diuji Allah....moga cepat sembuh..amiin....

    ReplyDelete
  15. Boleh tahu x nk bli ubt nh cmne yer

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^