Tuesday, September 10, 2013

motivasi pagi :)


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kata-kata motivasi untuk hari ni

Wahai anakku,
Jika kamu di pihak yang benar, maka tiada keperluan untuk kamu berasa marah. Dan jika kamu berada di pihak yang salah, maka kamu tidak mempunyai hak untuk berasa marah.

Jangan terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu. Ia menyebabkan kesedihan. Jangan terlalu memikirkan masa depan. Ia membawa ketakutan. Hidup saat ini dengan senyuman. Ia memberi keriangan.

Wahai anakku,
Setiap masalah datang untuk sebenarnya untuk melatih kamu. Tapi kamu yang harus memilih samada untuk menggunakan peluang itu untuk melemahkan dan menguatkan diri kamu. Pilihan di tangan kamu, samada kamu hendak menjadi mangsa atau orang yang berjaya.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, perkara yang cantik tidak semestinya baik, tapi perkara yang baik akan sentiasa kelihatan cantik.
Senyum



thanks kawan-kawan blogger atas nasihat korang. korang memang terbaik la
walaupun hanya kenal di alam maya, bila baca semua komen buat nik rasa terharu.
mcm kita kenal dah lama kat luar.
nik  kena kuat. takkan la setakat sorang yang bermulut $@!$%^^&%%, nik nak berhenti kerja kan. tak macho la nik oooiii.. buat malu jea..muehaha

ada jea budak opis yang ambil berat. siap nak back up nik lagi.iolss terharu. nik tak nak panjang kan citer. terasa of course la terasa.orang yang jenis telinga gajah dan hati buaya jea tak terasa. hihihi..nik tak nak simpan dalam hati lama-lama. nanti jadi hitam pulak hati kita kan. syukur la masih ada yang memahami  :)
kalau dia start lagi, nik tak agak2 nak pertahankan diri coz nik yakin apa yang nik buat benda btol. hilang kerja pun tak kisah. asal tak di pijak-pijak . skarang kita cool jea dulu. 



9 comments:

  1. nice motivation akak :)

    betul tu apapun cool je dulu :)

    ReplyDelete
  2. Takutnya nak masuk alam bekerja ni :o

    ReplyDelete
  3. ha, macam nilah bagus.. nik ada positive mindset... ceria selalu... doa banyak banyak kepada Allah semoga dimudahkan segala urusan nik... biarkan je orang yang mengganggu tu, semoga dia juga diberi hidayah nanti...

    ReplyDelete
  4. senyum selalu nik.. inshaAllah.. pasti ade hikmah disebalik ape yang berlaku..

    ReplyDelete
  5. rilex je.. x gna nk membazirkan ruangan hati tu utk rasa sakit hati kat orang lain... :)

    ReplyDelete
  6. lekluuu biasala la alam pekerjaan...:) cillexx

    ReplyDelete
  7. camtu lahhh.. be positive.. nik jgn takut, nik ada back up.. yg penting nik tak salah k.. ;)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^