Tuesday, December 24, 2013

Drama Projek Memikat Suami Full Episod


Assalamualaikum  (",)


Sebuah lagi drama terbaru adaptasi novel romantik, Projek Memikat Suami nukilan Hanina Abdullah akan ditayangkan di Astro Ria.


Pelakon
 Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai),Sherry Ibrahim.

Sinopsis Novel Projek Memikat Suami

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Projek Memikat Suami Episod 1

 
Projek Memikat Suami Episod 2

 
Projek Memikat Suami Episod 3
Projek Memikat Suami Episod 4
Projek Memikat Suami Episod 5
Projek Memikat Suami Episod 6
Projek Memikat Suami Episod 7
Projek Memikat Suami Episod 8
Projek Memikat Suami Episod 9
Projek Memikat Suami Episod 10
Projek Memikat Suami Episod 11
Projek Memikat Suami Episod 12
Projek Memikat Suami Episod 13

9 comments:

  1. wahhh mana nik dapat full episod ni? huhu.. kalau ada masa boleh la tengok..

    ReplyDelete
  2. xsabarnya nak tengok cerita ni,bila ye ditayangkan.

    ReplyDelete
  3. Menarik cerita nih. Dah tengok episode 1 dengan 2 kot tak silap. Bolehlah tengok lagi ^^

    ReplyDelete
  4. Laa.. dh start rupanya cerita ni.. aishh, takde astro n jarang tgk tv, ni la jadi nya.. hehe..

    http://travelogciknufa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^