Sunday, January 27, 2013

jom bercuti!


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Insya-Allah, kejap lagi kami akan bertolak ke 
LANGKAWI
^_____^
kiranya ni cuti-cuti Malaysia pertama kami di tahun 2013
uolzzzz doakan kami selamat di dalam perjalanan pergi dan balik yea 
moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar
letak gambar tuan blog kot ada yang rindu nanti.hahaha
rindu la sangattt kan * mata ke atas tangan ke bahu
berpuluh gambar gaya macam ni.
senyuman yang sama, posisi jugak sama. baju jea lain kan..huhu
hp dah tukar baju.siap pilih color pink lagi.
beg baju dah siap kemas untuk percutian 3 hari 2 malam. we will be back on thursday
maybe akan singgah ke Kemunting . jumpa MaMa hubby. ada orang tu rindu MaMa dia. werrkkkk.
bini depan mata dah tak rindu.sob sob sob..majuk 24 jam.

k bye

dinner di Umai D' Lake Cafe


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

nak share tentang satu tempat makan kat Putrajaya.
orang Putrajaya mesti dah biasa dengan tempat ni kan
nik tau kewujudan Umai D' Lake Cafe dari blog Ben Ashaari. Umai D'Lake Cafe Putrajaya terletak di Monumen Alaf Baru, Presint 2 dan berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan aka Masjid Besi

yang macam roket, tu la Monumen Alaf Baru yea adik-adik.akak pun baru tahu.hahaha

Masjid Tuanku Mizan aka Masjid Besi.amat cantik di waktu malam
akhirnya semalam sempat terjah tempat makan ni. kedai ni betul-betul sebelah tasik
nik dan hubby order makanan yang sama
Nasi Lemak Ayam Rendang. sedap jugak la makanan ni.
air sirap cincau dan air asam boi
tengok harga semua makanan pun berpatutan.
semalam ke sana, kena tunggu lama skit sebab customer ramai.huhu.
cashier pun duk ulang -alik ambik order. tak putus-putus orang datang. kesian pulak tengok diorang ni kita yang tengok pun rasa penat. 

boleh jugak tempah tempat ni untuk pelbagai jenis occasion .macam kenduri or birthday party ker.
nak tengok macam-macam jenis menu boleh terjah ke SINI.
yang best, parking kat sana sangat la luas.

nanti nak pi lagi la. nak try semua makanan kat sana. dessert tak order sebab dah kenyang
makanan untuk menu petang dia nampak macam menarik jea.
peta

Waktu Operasi : 9 am - 11 pm setiap hari
(waktu tutup akan diberi notis di facebook dan juga blog)

Telefon :
(Encik Amir) 0136067710

Email :
umaicafe@yahoo.com
umaicafe13@gmail.com

facebook :

lepas makan, ronda-ronda Putrajaya dengan en hubby.lengang je Putrajaya kalau waktu malam
ni kat PICC. kalau kat Dataran Putrajaya maybe ramai kot.

Putrajaya yang cantik :) meriah dengan lampu . 

Saturday, January 26, 2013

sarapan pagi yang simple


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kelas kau jah..sarapan pagi dengan brownies kukus jea
senang...tak yah masak..ehehe
kawan adik yang bagi.katanya dari indonesia..tak sure lak kat Malaysia ada jual ker tak
sedap sangatttt  brownies kukus ni


jemput makan :)

Friday, January 25, 2013

Hayaki Kopitiam : masakan Pantai Timur


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

makan lagi?? hubby ada boleh la ajak kuar mkn .hikhikhik
kali ni nak bawak korang jalan-jalan cari makan di Hayaki Kopitiam di Platinium Walk Danau Kota, Setapak. sebelah OLDTOWN White Coffee. first time makan kat sini.
tujuan asal nak pi shopping kat downtown Danau Kota.sebelum tu singgah makan dulu.mengeyangkan perut yang sedang kelaparan
jangan risau, it's a halal kopitiam. sebelum ni ada yang bertanya Ayam Penyet Ap tu halal ker. halal dik. yang sis dengar-dengar ada satu jenis restoran ayam penyet lain yang tak halal di negeri Selangor..tak yakin ngan sis boleh call talian bebes tol Bahagian Hab Halal, Jakim (1800 2222 44)
HALAL… kita mesti pilih :))) kalau dah was-was sangat, tak yah makan kat luar. masak sendiri. senang kan.pilihan kat tangan kita. kalau ikut yang beli kat gerai-gerai dan tepi jalan tu boleh gak di ragui halalnya.sebab selalunya mana ada tanda halal pun :))

Kopitiam ni nama macam ala-ala Jepun kan. tapi bukan yea sebab konsep dia ialah makanan pantai timur, kebanyakan makanan dari Kelantan. ore kelate hok rindu masakan kelate buleh la mari sini.western food pun ade. tapi western food dia macam kureng menarik jea :)
menu .suasana dalam Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

nik order
Nasi Kukus Hayaki  RM7.90
nasi dia memang banyak. 
Iced Bandung Cincau
siap bungkus ni lagi..sedapppp sangatttttt
pencuci mulut - Pulut Mangga
menu popular kat sini - Nasi Kerabu Ayam Percik RM9.90
adik dan bf dia selalu lepak makan kat sini.so diorang la yang suggest suh pi makan kat sini kalau nak makan nasi kerabu dan nasi dagang sedap. nanti datang lagi kena try ni.

Nasi Ulam Ikan
kedai selesa dan bersih. ada ruangan outdoor dan indoor. beroperasi 24 jam dan ada WiFi free
ramai giler orang yang lepak dan makan-makan kat sini semalam.
masakannya boleh tahan sedap.menepati citarasa nik . 
harga makanan pun berpatutan. mahal pun tidak, murah pun tidak.
suke sangat definitely akan datang makan lagi

alamat 
87-G, Platinum Walk, 
No.2, Jalan Langkawi, 
Setapak, 53300 Kuala Lumpur



Thursday, January 24, 2013

makan kat shah alam pulak


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

selasa lepas, jalan-jalan cari makan lagi
kalau keluar makan, boleh stress jugak sebab tak tahu nak makan kat mana.
perut masing-masing dah lapar so singgah makan di Pak Li Kopitiam @ Ole Ole Seksyen 18, Shah Alam jea la.
lama juga tak singgah makan sini

menu
selalu pi Pak Li suka order Nasi Ayam Lemon dan Bubur Nasi.
tetiba rasa nak try makanan lain lak. nik order Mee Sup
dan air cincau

dalam menu nampak sedap . skali rasa, macam hirup sup kosong jea
ni tak suka kalau nak cuba try test makanan lain ni
makanan yang di makan tak memenuhi selera tekak ..kuikuikui
nasib la.makan jea la setakat yang mampu.

tujuan sebenar ke Shah Alam nak jumpa Fahim, adik hubby.
jumpa kat uptown Shah Alam. Fahim datang taklimat kat Putrajaya. esok dia dah start keje kat Politeknik Seberang Prai, Penang. Fahim lecturer kat sana :)
sian dia. rabu kat Putrajaya, khamis balik Perak, pastu nak gerak ker Penang lak.
apapun good luck dan tahniah 
selamat berkerja di tempat baru :) 


Salam Maulidur Rasul 1434H


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Salam Maulidur Rasul buat semua
sama-sama la kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
 semoga kita sama-sama dirahmati Allah S.W.T.

Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T).




اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّ 

Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad,
Wa 'Ala Alihi Saidina Muhammad.


terima kasih ya Rasulullah kerana kedatanganmu menyinari kehidupan umat akhir zaman ini dengan cahaya ISLAM
mohon bantu kami nanti sewaktu tiba waktu ketentuan kami Ya Rasulullah Ya Habibullah


Wednesday, January 23, 2013

genap seminggu


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah genap seminggu adik jalani pembedahan. keadaan adik? masih dalam peringkat recovery
major operation, so of course ambik masa untuk sembuh kan tapi Alhamdulillah dah semakin sihat. dah boleh berjalan ke toilet. sebelum ni menahan sakit jugak la bila ubat bius tu dah abis. sampai terkeluar air mata menahan sakit.

nik yang period pain ni pun dah rasa sakit, lagi la sakit di sebabkan pembedahan. scary the mery kan?..huhu

bagi nik yang lihat sendiri keadaan selepas pembedahan, rasanya tak sanggup lagi untuk menghadapinya untuk kali ketiga.
bayangkan la. orang yang kita sayang. yang selalu kita tengok sihat dan ceria tetiba tak bermaya . semoga Allah melindungi saya, dan family dari segala penyakit yang merbahaya

masuk hari ke 2 selepas pembedahan, saudara mara tak putus-putus datang menziarah. siap kena tegur dengan doktor pakar, mitak kurangkan jumlah pelawat. pesakit yang jalani pembedahan buah pinggang selalunya senang nak di jangkiti kuman yang datang dari pelawat. tapi nak buat macam mana doc, takkan nak halang saudara mara datang lak kan..huhuhu

ramai yang ambik berat pasal awak dik..Mek dan Abah siap tunggu sepanjang pembedahan . mak saudara dan pak cik saudara yang selalu ada setiap kali family kita perlukan sokongan.dah la mereka berdua tu bukan nyer sihat sangat.
ayah chik lak pagi datang, lepas pembedahan pun datang.
Che Jarah pun sama. tiap- tiap hari datang melawat lepas balik berniaga kat pasar.
jiran depan dan sebelah rumah pun datang melawat. diorang just datang melawat, tak ganggu adik pun. sepanjang masa adik tido jea..hehehe

moga adik cepat sembuh dan moga Allah permudahkan segalanya.

Tuesday, January 22, 2013

jom makan Pizza Hut


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

semalam di Putrajaya

rasa cam dah lama tak makan kat Pizza Hut, so ajaklah en hubby pi makan sana semalam 
we ollzz terjah Pizza Hut kat Alamanda
bukan order Pizza Hut pun , order menu lain.. pi berdua jea ngan en hubby ,
 kalau order pizza confirm takkan abis. so order jea la menu lain.
lagipun nik prefer makan pizza kat Domino's Pizza .pizza kat Pizza Hut cepat muak.

makanan yang nik order
Spaghetti Meatball Bolognese
Soup-of-the day
Pepsi

ni en hubby order
Tempura King Prawns
* pic sumber en google, tak sempat nak snap gambar makanan ni.
coz hubby dah ngap dulu..hehe

muka terbaru tuan blog. pic snap sebelum nak ke Alamanda
nik ni kira dalam golongan kurus. BMI (Body Mass Index) di bawah normal
 badan kurus tapi pipi tembam. kiranya badan saiz XS. pipi saiz L.
jadi nik tidaklah nampak kurus, lagi-lagi kalau dalam gambar.
yang tak best bila kurus sangat ni posture badan tak braper cantik. selalu membongkok tanpa kita perasaan.adik bongsu yang selalu tegur saya sal posture badan
nanti nak kena beli Premium Beautiful la ni yea, skarang tak mampu lagi.hehe

see..dari citer makan dah melalut ke cerita lain pulak..hehe
ok la. bye

Monday, January 21, 2013

Restoran Ayam Penyet AP, Kubang Kerian


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

nik ni kalau balik ke kampung Kelantan, jarang sangat la nak berjalan-jalan. malas la uolss.lepak kat rumah lagi bagus.huhu..so kalau tanya tempat menarik or tempat makan yang best kat Kelantan,sila jangan tanya yea.

balik kali ni, nik duk ulang alik dari rumah ker HUSM jea. pagi keluar, malam baru balik ke rumah.so kita cari la makanan kat luar :) masa mula-mula balik tu, kami singgah makan di Restoran Ayam Penyet AP. restoran ni ada dalam Pasar Raya Besar Mydin yang berdepan dengan hospital HUSM tu

dekorasi dalam kedai ni lawa dan selesa. banyak gambar-gambar lama


Restoran Ayam Penyet AP
masakan Jawa Timur dan Minang

menu

dah lapar sangat so pilih menu yang dah biasa nik makan. nik order set A.
ada nasi putih+ayam penyet+teh o ais.

nik menu adik. tak silap nik, ni Dendeng Belado

okay la makan kat sini, duduk sekejap je makanan dah sampai.
rasa makanan kat sini pun kira sedap jugak la. kena la ngan selera nik

Kelantan (Kubang Kerian)
Lot G-01+G-02,Mydin Mall
Kubang Kerian, Kelantan
09-5162866,019-9163737