Thursday, February 28, 2013

flyover runtuh di laluan Putrajaya


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku 2.30 petang tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
-Berita Harian-

terkejut bila baca status di Facebook. dekat sangat la ngan umah nik kat Putra Perdana ni.
 flyover tu memang dah tutup untuk laluan.. memang dah dilencongkan ke laluan lain
bebulan dah rasanya. 

rupanya ada masalah.berlaku pemendapan tanah. 
dengar khabar, sebelum jambatan tu runtuh, cable TNB yg supply kat kilang Q CELL tu dah hampir nak teputus disebabkan tanah kat area tu mendap lagi lepas repair..hari ni tiba-tiba jambatan tu betul-betul runtuh 


dah terjawab la kenapa kawasan ni di tutup.ada masalah rupanya.
nasib baik la tak ada yang cedera .
tetiba teringat ayah nik yang pernah jatuh di sebabkan jambatan runtuh. tragedi november gitu..huhu
nasib baik sempat berpaut kat sampan.
semoga Allah swt melindungi kita semua dari bahaya

Tuesday, February 26, 2013

jangan terliur


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

good morning to everyone !
saja nak tayang gambar makanan kat korang. iiolss terliur sebenarnya. so nak bagi korang terliur jugak.kahkahkah * gelak jahat
adik nik selalu macam ni. upload gambar makanan kat facebook pastu tag akak-akak dia
yang dah kenyang pun boleh lapar balik tau tak :)

banana cake n choc topping
laksa kelantan
simple plain baked cheese cake
base:cake
topping: puding karamel :)
roti jala
kuih sagu
buah melaka aka onde-onde
honey pancake! :)
agar-agar milo
feveret family. paling biasa pun family kena pandai masak ni
kalau tak pandai jugak memang tak boleh ngaku family.haha
taip kali raya ni hidangan wajib.tak raya pun Ma akan buat jugak
kecik-kecik selalu bukak peti sebab makanan ni la :)

ya Allah, lapar pulak tengok gambar-gambar makanan. ni masakan adik bongsu saya.
agak-agak kalau dah pandai masak ni semua boleh kawen tak?
ikut ayah nik la,  adik tak ada sijil lulus untuk kwen lagi.muehaha
nasib la adik.sapa suh study lama-lama.

adik selalu baca blog saya, tapi memang jarang komen.silent reader gitu. tapi skarang kat kampung tak tahu la baca ke tak..hehe
adik!! nanti datang sini...nak cheese cake pleaseee
teringin nak makan cheese cake.buat sedap macam raya puasa aritu boleh.hehe

jangan salahkan saya kalau korang terliur.semua ni salah adik  ^___^


Friday, February 22, 2013

kawan satu opis


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

rindu budak ni,aritu siap sms tanya naper lama tak datang jenguk dia.alolo..comel sangat ni kenapa..hehehe..rindu akak la teww
Alhamdulillah. berkat kesabaran dapat bonus lebih dari yang lain . akak dah cakap Mira mesti dapat lebih punya
* mati la kalau ex opismate lain baca . mesti korang jeles kan.

tapi memang patut pun dia dapat lebih dari semua. dia la yang selalu kena marah dengan lady boss.
bukan lady boss jea, dengan senior-senior pun selalu kena marah kan. cian tau
walaupun selalu kena marah tapi tetap tabah walau kadang kala menggelabah jugak.kikiki
selalu datang kerja, tak ada la pura-pura sakit semata-mata nak dapatkan MC macam someone tu.ehehe

yang best dalam tension-tension tu kita boleh lagi gelak - gelak kan.
sebab tu akak suka berkawan dengan Mira :)
i tak suka orang moody-moody ni. sekali sekala boleh la. tapi kalau tiap hari nak marah orang jea. tu ber penyakit sawan namanya :)

meja kami dok sebelah jea masa keje . tapi tak boleh bercakap coz sebelah kami ada lady boss aka mak tiri . paling lama borak dalam 30 saat jea. kalau lama skit mula la si mak tiri tu buat jelingan manja..auww..terus tak lalu nak makan kalau tengok dia..tu belum tengok lady boss marah. bergegar satu opis..haahaahaa..kami dah biasa, so buat bodoh sudah. 
alternatif lain nak borak, kami guna email. nasib baik la. tak pernah lagi tersalah send email :)
dah jadi kenangan dah kan. Mira jea yang masih bertahan. tabik spring la..ehehe

nak pesan.
keje rajin-rajin yea. nanti ada masa kak nik datang jenguk Mira  
of course kak nik akan sentiasa rindu dan takkan pernah lupa Mira   ^____^


Wednesday, February 20, 2013

adik..semoga tabah dan sihat selalu :)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah, my sista yang saya panggil Adik dah makin sihat.
cuma kena jalan slow-slow dan pantang macam orang baru bersalin :)
berat badan turun ker 40.5 kg. amboi nak lawan berat akak dia nampak ni..hehe

ni rasanya dalam beberapa hari keluar ward. sempat lagi ke kenduri kawan dia kawen.
sepatatutnya kena masuk ward balik tapi mintak kebenaran doktor untuk ke kenduri her bestfriend dulu. sempat aje kan.
adik saya yang ber shawl pink tu :)

sumber photo

yang tak sedap hati nak dengar, doktor tak dapat nak kenal pasti penyakit sebenar adik. penyakit adik tu baru first time berlaku kat HUSM. kena tunggu histopathological result untuk decide follow up yang seterusnya.
berkemungkinan tu penyakit genetik. so doktor siap nak suh kami adik beradik dan family terdekat datang buat ujikaji. jadi bahan experimen mungkin..huhu

walau apa pun keputusan, kami semua serah pada Allah. operation dah buat kan.so apa-apa keputusan terpaksa la kami terima .

saya tahu adik saya positif orangnya.kata-kata di di twitter dia buat saya tersentuh.
copy paste dari twitter Adik, akak malas nak print screen :)

org y senyum bila diuji bkn krn ujian itu mudah tp sbb dia yakin Allah kira setiap kepayahan,air mata n pertolongan Allah pasti tiba ;)

want to b strong but u dont know how?there's only one way and it's to b closer to Him

when He put u through a test,u should feel lucky..it means He loves you..n maybe He misses you and wants u to talk to Him

He takes a little from me just to give me more..Allah is soo sweet ;)

went through the operation and learned that having faith in Him is a beautiful feeling..alhamdulillah for this journey ;)

terima ujian dgn redha dan yakinlah dgn perancanganNya.. ;)

stay positif Adik :) insyaAllah, Allah itu sebaik-baik perancang
kalau kita yakin dengan rancangan yang Allah telah aturkan, insyaAllah yang terbaik akan kita dapat

psttt!!!
sian adik. ada sorang doktor yang merawat dia berkenan lak kat dia.
nurse-nurse kat ward tu siap duk perli adik lagi. nasib la adik ooiii..anggap la ni sebahagian ujian jugak
doktor pun.dah ada anak 4 pun gatal lagi.rupanya baik ada makna ni. adik saya dah sakit, doktor nak menambah lagi sakit dia ker. be professional pleaseee..huhu


Tuesday, February 19, 2013

Pure Marine Collagen (PMC)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

ramai org duk citer sal Pure Marine Collagen. dulu tak ambik kisah pun. 
kebetulan collagen ni ada promosi , so saja je lah menggedik nak try. 
mana tau, kot kot lepas ni naik seri . agak-agak telan ni boleh cantik macam Cik Ta tak?
hehe
beli dengan kawan sekolah yang tinggal kat sandakan. beli 1 kg lagi tau. nak bagi kat adik-adik try jugak
nampak tak kasih sayang kakak kat situ? hehehe
Pure Marine Collagen adalah kolagen mentah. 100% asli dan belum diproses.
tiada campuran bahan atau pengawet atau pewarna.

Kesan-Kesan Pengambilan Kolagen Asli:
* melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
* meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
* memejalkan payudara, otot dan punggung
* menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
* mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
* mengurangi selulit dan memberi tenaga
* melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
* menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
* meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
* merawat penyakit gout dan mencegah kanser / tumor
* mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat anemia
* meningkatkan fungsi penghadaman / pencernaan, merawat gastrik
* anti bakteria / kulat dan memecahkan toksin
* menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
* menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
* melicin, menegang dan menghaluskan kulit
* mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
* menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
* memberikan rasa kekenyang (diet) dan memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit)


beza rumpai laut ungu dgn kuning?
rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

banyak gak kelebihan makan collagen ni yea
so kita kena try dulu. baru boleh citer lebih.
anyone yang dah pernah try? ok tak?

nak beli jugak boleh la pm kawan kita yea. murah la sebab ada promosi. 1 kg tu banyak dah rasanya.sebab ada yang cakap 100 g pun boleh tahan 2 - 3 minggu.
 klik link ---> Pure Marine Collagen

harga Pure Marine Collagen (PMC)
gred AA -kuning
*1 kg - rm40 inc postage
*2 kg-RM75 inc postage
*3 kg-RM110 inc postage

gred AAA - ungu
*1 kg - rm40 inc postage
*2 kg-RM75 inc postage
*3 kg-RM110 inc postage

jom la kita try sama-sama. nanti boleh kita cantik sama-sama. muehahaha.
cantikk sangatttt * mata ke atas tangan ke bahu


Monday, February 18, 2013

ukiran henna



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

first time buat lukisan henna kat tangan  ^__^
saja la gatai nak pakai henna jugak, . tak pernah pakai henna so macam sedikit jakun..muehaha

dia buat kemas dan laju gila..5 minit je dah siap . design simple kot kan.
corak henna pilihanku.simple dan menarik. corak bunga raya

rm 5 untuk sebelah tangan. semakin crowded design semakin mahal la harganya.
ni hasilnya setelah di cuci . suka kaler dia. merah uolss
tak tahu la bertahan sampai bila cause baru jea pakai semalam :)
kepada sesiapa yang tengah mencari perkhidmatan henna ni..boleh lah korang contact dia yea
kedai dia kat uptown puchong permai

Riffat Saeed
016 - 273 0936


Lot 18, Kompleks Uptown Bazaar Puchong Permai 
Jalan Persiaran Permai 1, Taman Puchong Permai 
47100 Puchong, Selangor
fiffat_adv@hotmail.com


ni pengaruh adik-adik.sebelum ni diorang yang buat. sorang buat kat uptowm danau kota kalau tak silap.sorang lagi buat kat jalan tar








Sunday, February 17, 2013

buah tangan dari Kelantan



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

murah rezeki . family bakal mertua adik yang kasi ni semalam..hehe
diorang baru pindah tinggal 1 taman dengan kami.
so setiap kali diorang balik dari kelantan mesti ada jea buah tangan.
macam-macam ada :)
owh my fav..ketupat palas manis..bakal mak mertua adik saya memang teror masak.lagi-lagi kuih muih tradisional. untung dapat tumpang makan skali..hahaha
lama dah tak makan .  4 ketul dah selamat semalam..hehehe.sedapppp sangattt
ketupat palas yang ada serunding pun best kan.
yang tawar or ada kacang tu nik tak brapa suka.
kalau nak tahan lama, selalu kami goreng ketupat palas ni. lagi best sebab dia rangup.goreng skali ngan daunnya. tapi please jangan makan daunya yea :)

eh okey la, nak sambung makan.byee

Saturday, February 16, 2013

Seksi Ovari


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

yeay...akhirnya buku yang di idamkan dah sampai ke tangan
ini buku himpunan kata-kata dan puisi tulisan Fazleena Hishamuddin
bacaan santai di kala bosan :)
bahasa simple tapi penuh makna. bila baca boleh buat kita tersenyum sendiri :)
boleh beli kalau korang minat kata-kata puisi
kau boleh menyadar pada seribu bahu kalau kau mahu
tapi kau memilih untuk yang satu itu
yang paling dungu
yang buat kau bersandar
sambil air mata kau jatuh bertalu
dan hati kau pecah beribu.
beli terus dari penulisnya 
rm25  termasuk postage
siap ada autograf dari penulisnya sendiri


psttt!!
nak beli Langit Vanilla karya Wani Ardy nanti
ramai yang kata lagi best :)

Tuesday, February 12, 2013

Sunplay Super Block SPF 130 PA++


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sebelum pi Langkawi, dalam list memang nak kena beli sunblock. panas kat pulau ni lain macam skit dari panas kat darat. sunblock kan penting, nak protect skin dari pancaran matahari. kulit nik lak jenis yang mudah sangat sunburn.

nik dah cuba produk ni masa kat Langkawi, bagi nik memang best. teksturnya cair so cepat menyerap dan mudah diratakan ke kulit dan tak berbau
tak rasa melekit pun bila berpeluh.
cari yang spf lebih tinggi coz sepanjang hari nak berjalan dan terdedah dengan matahari terik lagi-lagi  masa aktivit island hopping kan.

ni bukan sponsor advertisement ye.nik beli dengan duit hubby tau.kikiki
kulit nik ada acne. tapi bila pakai tak ada effect apa-apa
balik dari Langkawi tak sunburn langsung
suka dengan design botol dia,  kecil dan slim so senang nak bawak kemana-mana dan letak dalam handbag.

ada yang cakap , untuk kulit Asia, kita tak boleh guna sunblock SPF nya lebih dari  50.
cause akan membahayakan kulit :) ada sapa-sapa tahu, ni fakta atau auta?
atau ada sunblock yang lagi best dari ni? ce kongsi. nak gak tahu  ^__^


Saturday, February 9, 2013

hohohoho balik kampung !!



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

mood happy ^__^. yeay..dah start cuti sempena CNY
disebabkan cuti panjang, jadi harusla kami balik kampung. kali ni giliran balik ke Simpang Renggam.
hohohoho balik kampung !! hati girang...!
so kalau korang bercuti.. selamat bercuti lah yea. pada yang balik kampung tu. hati-hati di jalan raya ingatlah orang yang tersayang.ewahh

bila dah balik kampung ni memang terhad sangat lah nak online. 
so nak wish awal - awal, takut tak sempat 

kepada semua warga kaum Cina

Happy Chinese New Year ! Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le
eat Yee Sang for me please..hehe


psttt!!!
akan bercuti dari dunia blogging . jumpa lagi minggu depan :)


Friday, February 8, 2013

Restoran Alam Wadiah, Kamunting


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

asyik entry sal restoran orang lain jea. apa kata promote restoran family lak kan.hehe
ni restoran family mertua saya . sapa-sapa orang Kamunting, Perak boleh singgah makan kat sini tau
berhampiran The Store Kamunting dan KFC Kamunting
restoran ni bukak dari pagi sampai petang. isnin hingga khamis jea. weekend tutup.

makanan of course la sedap, air tangan MaMa kan :)
yang penting ada banyak pilihan makanan. 

tukang masak menjeling manja ..hehe
Mama ambik alih uruskan restoran ni.pemilik lama tak sanggup nak uruskan.
penat sebenarnya nak uruskan restoran ni. setiap hari dalam kul 4.30 pagi, Ayah dah bangun nak ke pasar borong. Ayah memang suka beli barang basah yang fresh.
nak bukak restoran kena IKHLAS, bukan fikir untung jea, tapi kualiti makanan macam nak bagi kucing makan

saya sokong cara mertua saya berniaga. kalau fikir untung, ayah boleh jea beli barang basah yang dah tak segar. ada yang jual longgok jea kat pasar dan harga memang sure murah. tapi Ayah tak nak macam tu.
kalau kita nak berniaga makanan, biarlah lauk pauk yang di jual ibarat kita masak untuk kita makan sendiri. untung skit asal rezeki BERKAT.

jemput ke sini kalau korang singgah Kamunting yea :)

Restoran Alam Wadiah
Alam Wadiah, No. 5, Jalan Medan Saujana 8,
Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak

alang-alang dah dekat ngan The Store Kamunting, mai la kita singgah ke sana sekejab
thanks hubby, dapat sehelai baju..pink lagi
sayang lebih la kalau gini :)

salam Jumaat semua dan selamat bercuti (^_^)