Saturday, March 30, 2013

Johor | Jalan-jalan Cari Makan # Part 1


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kadang-kadang pegi mana-mana tempat makan, mesti akan snap dulu gambar-gambar makanan.
konon nanti boleh la update kat blog kann
ini semua makanan yang dah selamat masuk perut. jemput tengok gambar  :)

Kawasan Rehat Machap
singgah makan kat sini masa otw nak ke hotel. nik order Mee Hoon Soto
hubby lak order Soto Nasi Impit

pagi sebelum pi kerja hubby belikan Nasi Lemak Ayam.
isteri manja sangat, malas nak turun beli makanan
tak biasa ngan tempat ni.takut iolss di culik nanti..ngehngehngeh 


malam kalau malas nak kuar, hubby akan tapaukan makanan.
Nasi Goreng Ayam ni sedap.siap ada sambal belacan pedas lagi.

Nasi Goreng Seafood Stulang Laut
malam ke dua di Johor, kami ke Stulang Laut . 
nasi goreng seafood dia panas-panas di balut dengan daun pisang.
ada udang dengan sotong.rasa nasi dia biasa jea..tak ada la sampai sedap gila kan :)
harga dia agak mahal jugak. tapi ada orang belanja kan, so iolss tak brapa nak kisah sangat tentang harga..hihihi
pilih 2 jenis lauk jea
sotong dan udang

rojak kat rumah mak mertua masa kenduri. tersenyum lebar nampak ni.
lama dah kot teringin nak makan.
kuah rojak dia sedap sangat sangat. pedas dan banyak kacang.
banyak sangat makanan kat rumah mak masa kenduri aritu, tapi tak sempat nak snap gambar pun. hehe


Restoran Jumaat
Restoran Jumaat berdekatan dengan tol Simpang Renggam .
tak sempat nak snap gambar makanan nyer.
tom yam kat sana sedap. dia letak tomyam dalam periuk tanah liat macam dalam gambar ni
sumber en google


Restoran Harum Kasturi
 hari last kat Johor Bahru sebelum pindah ke hotel Pasir Gudang . lepas suami balik kerja, rutin kami keluar cari makan. hehe..kami singgah jea mana gerai yang bukak.so singgah la kedai ni.
order tom yam lagi. rasa dia memang not bad.
pstt
harap - harap dapat makan cendol sedap kat Simpang Renggam. 

Friday, March 29, 2013

Johor | Hotel Crystal Crown, Johor Bahru


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sekarang ni tengah bersiaran langsung dari Johor Bahru. 
kami stay kat Hotel Crystal Crown, Johor Bahru sampai Ahad ni.tu pun kalau keje en hubby siap.
kalau tak extend lagi la. best jugak sekali sekala duk hotel kenn. hotel free lak tu.kuikuikui
tak ada apa nak update, kita tengok gambar bilik hotel yea..kikiki
first impression mula-mula masuk bilik....boleh tahan gak la bilik hotel ni.review from my point of view la yea. orang lain iolss tak tahu.
moh le kite tengok rupa bilik hotel nyer 
mula-mula masuk harus mata kat katil dulu..hehe
so comfortable..katilnya agak besar
dekorasi bilik biasa jea.tak ada la wow mana..hehe

side lamp yang romantik! haha
suka lantai hotel ni..hotel yang tak pakai carpet.better sebab takde la berbau kalau basah

ada mini fridge

jom tengok keadaan bilik air lak
toiletteries
siap dengan bath tub

ada menu.  nak order makanan suh hantar ke bilik pun boleh tapi harga makanan dia bapak mahal
Nasi Goreng Istimewa harga RM 20.apa yang istimewa pun iolss tak tahu.
sepanjang 3 hari kat sini tak pernah order apa-apa makanan kat hotel ni.selalu kami makan kat luar
 setiap pagi dapat Utusan, lagi bagus dalam seminggu tu setiap hari tukar newspaper
macam isnin Utusan, esoknya Harian Metro, lusa lak Star and then Harakah..eh! hihi
or maybe masa nak booking hotel tu, diorang dah pilih newspaper apa kot..huhu
Hotel Crystal Crown ada 4 branch

yang tak best, bilik hotel yang tidak kedap bunyi.
boleh dengar bunyi orang berjalan dan bersihkan kan bilik sebelah. tapi nasib la nik jenis yang tak heran ngan bunyi- bunyian tu. dah ngantuk lena jea :)
tapi yang pelik bunyi TV dari bilik lain memang tak dengar langsung.

hotel ni ada WiFi free.tapi sepanjang 3 hari kat sini, memang langsung tak boleh nak guna. kedekut ke apa ni. pagi tadi, WiFi kat hp ok.kat laptop signal limited lak.
ok tu jea review nik tentang Hotel Crystal Crown ni.
overall hotelnya not bad la. yang penting bersih :)

117 Jalan Tebrau,
80250 Johor Bahru.
Malaysia.
Tel : 07-333 4422
Fax : 07-334 5505
Email address: cchjb@crystalcrown.com.my

pstttt!!!
lambat pulak en hubby balik keje arini. bosan.nak keluar makan..huhu

Thursday, March 28, 2013

Happy Birthday to my Hubby!


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdullillah, harini 28 Mac birthday hubby 
Happy Birthday to My Beloved Hubby
tahun ni dia sudah
T I G A P U L U H T A H U N
semoga my hubby dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dibawah perlindungan Allah selalu
love u so much
May Allah bless you and our life
terima kasih buat mertua - mertua yang melahirkan dan membesarkan en hubby
petang ni kami balik Simpang Renggam, ada kenduri doa selamat :)

psttt !!!
tak suka hotel ni...tak boleh guna langsung WiFi. kalau rosak pun takkan la sampai 2 hari dah.
nasib baik tergerak hati nak bawak P1 Wimax. tu pun slow.
ingat duk sini boleh la layan movie ker apa sementara tunggu hubby balik keje. iolss tengok tv siaran Singapore jea la..huhu

Wednesday, March 27, 2013

makan petang : Pengat Ubi Kayu


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

hoyeahh..dah sampai johor. sejuk sangat aircond hotel ni.boleh la feeling duk Berlin sekejab. 
boleh kan Mama JJ..kikiki

sejuk-sejuk gini terus teringat Pengat Ubi Kayu yang sempat nik makan semalam
adik kedua nik yang masak.tetiba jea ada kat dapur, rajin adik kita uolss :)
dah lama tak makan ubi kayu... haa..siap snap gambar Pengat Ubi Kayu yang dari dalam periuk lagi ..hihi
dessert simple,  dessert untuk minum petang
terangkat jugak makan panas-panas..nyumm nyumm
hirup pengat petang-petang..nikmat
nik suka sebab manis dan lemak jea rasanya

makanan ni kalau selalu sangat makan memang cepat jemu,
tapi bila makan ni sekali sekala memang syiokk abis :)

psttt !!!
internet tak brapa nak cun kat sini, so lambat skit nak terjah blog korang :)

update
nik idzni dalila, ingat yunnie yang masak sebab dia kata dia beli barang.kuikuikui
tak tahu lak adik yang buat..hahahaha..ampun.kikiki

Tuesday, March 26, 2013

outstation



Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

en hubby outstation lagi. sian dia, baru balik dari Bintulu dah kena outstation ker Johor pulak. 
ni nik tengah kemas barang dan segala mak nenek nak bawak ke sana (^,^)
outstation kali ni tak sedih sebab iolss boleh ikut *wink wink
en hubby offer ikut sekali ..macam orang ngantuk disorongkan bantal, terus setuju la.kehkehkeh
tapi dah namanya ikut suami pi oustation, memang kena kerja la kan .
tak ada maknanya la nak berjalan - jalan. so kita duduk diam - diam je kat dalam bilik.
tak apa la, asal dekat dengan en hubby.
harap ada WiFi free kat hotel yang kami tinggal nanti. tak ada la bosan sangat nik bila hubby kerja kan.

kira mini honeymoon la. check in hotel. lepas itu boleh claim opis. siapa nak bagi. untung kan..muehehe..
harus guna peluang yang ada sebaik mungkin. jarang berpeluang macam gini :)
kami duk sana sampai Ahad.
apa pun doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan kembali

Friday, March 22, 2013

kisah adik beradik perempuan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

 family nik tak ada la besar mana. kami 7 beradik jea. 6 perempuan 1 lelaki.
masa kecik terasa ramai tetapi bila dah besar, rasa macam skit la pulak kennn.
nak suh Ma pregnant lagi dah tak boleh..hohoho..Ma nik kawen lewat so sempat produce 5 anak jea.kalau kawen awal gak-agaknya kami dah 11 beradik.siap boleh buat team bola agaknya* mula mengarut dah :)

sepatutnya kami 9 beradik, tapi 2 orang meninggal masa kecik :(
abang sulung dan adik lelaki bongsu saya. tak dapat nak merasa macam mana rasanya ada adik lelaki.
tapi tak pe.Allah lebih sayangkan mereka. sekurangnya ma dan ayah ni ada someone yg menunggu mereka kat sana nanti .InsyaAllah.
keluarga kecil kami... ma, ayah, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu
pelbagai bentuk, rupa dan saiz..ngehngehngeh
kami adik beradik se ibu dan se bapa
kesian kat ayah nik, tak ade geng laki.hehe

ada orang tanya best ker ada adik beradik perempuan ramai?

of course la best *sambil angkat ibu jari tangan dan kaki sekali
tak caya tanya ayah nik. muka bahagia di kelilingi wanita-wanita cantik .
kan best tu * mata ke atas tangan ke bahu ..hahaha

yang best kami boleh pinjam dan share barang or baju
adik-adik saya ni memang jenis yang tak kisah. pakai dulu sebelum mintak kebenaran pun tak ada hal la. dah biasa berkongsi so memang tak kisah sangat.
tetiba rasa bosan pakai baju sendiri, iolls pi la selongkar almari adik. cari kot-kot ada baju yang boleh di pakai
beg ni pun adik bongsu iolss punya, tapi dan buat macam beg sendiri.

dan semua tahu kan kalau perempuan jumpa perempuan mesti kecoh . memang itulah selalu terjadi dalam family.meriah satu rumah bila berkumpul

jarak umo kami tak jauh beza so kalau gaduh-gaduh tu biasa sangat la.jenis ada yang cepat nak marah,pastu ada yang cepat tersentap..kuikuikui..tapi adik beradik, gaduh macam mana pun takkan simpan dalam hati. hati nik memang macam tu. tak tahu la hati korang ngan adik beradik korang..huhu

seronok ada adik beradik ramai...banyak cerita, banyak ragam ,banyak kerenah
tapi bukan senang tau nak berkumpul, masing-masing ada life sendiri
semalam semua adik pompuan saya ada kat rumah ni tapi bukan dapat borak dan ber kumpul pun
contoh arini la.sorang pi keje, sorang pi interview, sorang duk terlentang kat umah * saya la teww..huhu

Alhamdulillah...saya bersyukur atas kurniaan yang berharga ini. 
i love all my sisters!!
semoga hubungan kami adik beradik bahagia hingga ke syurga.InsyaAllah

korang pulak ada berapa adik beradik ?


Thursday, March 21, 2013

semoga dia tabah


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

welcome back ADIKlama nak tunggu adik update blog.
sebak baca apa yang adik taip :( ..akak tahu adik tabah untuk hadapi dugaan ni. 
walaupun usia adik masih muda, tapi akak tahu adik kuat. adik diuji kerana adik mampu.
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
InsyaAllah, Allah swt sentiasa bersama kamu
i need to be strong.at least for my mom because a month before that my dad was having his bypass surgery in IJN.it was quite a test for us as a family.so for this one,i need to at least be able to show that i'm fine with it.
i am so glad that things happen this way.i might have to live with my one and only right kidney but if this serves as a constant reminder for me about my Lord and His mercy,it's definitely the best thing that ever happened to me

dah dah..tak mo citer sedih sedih. mai kita citer yang gembira pulak
ruangan keywords seminggu lepas, ada yang search keyword nik idzni dalila. sapa yang minat adik iolss ni. .

nak bgtau kat korang, adik nik dirisik. tapi, tak tahu nak happy or simpati..eh!
simpati sebab yang datang merisik tu , orang yang adik saya kurang berkenan. bekas ex bf dia.
ex bf yang dia kapel lebih kurang 3 minggu . lama kan..ngehngehngeh

tapi nik salute la kat lelaki tu, berani okey. dengan tak bgtau nak datang. main redah jea kan,
akak tabik la kat awak. jarang ada lelaki seberani awak. yea la. tak cuba tak tahu kan. tapi nampaknya jodoh awak bukan dengan adik akak.
apa pun , selamat pengantin baru.dengar khabar dah nak nikah yea :)