Saturday, April 27, 2013

akhirnya


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

akhirnya weekend tiba !!! .fuhhhh , penat sangat ! mentally physically exhausted. sob sob :(
macam ni la nasib pekerja baru. banyak benda nak kena blaja. org buat kerje bagi fokus 100%, kita kena bagi fokus 200%. kalau tak, lambat la nak faham.
bila tak faham, keje tak jalan. pandang pc, nampak kecik besar, kecik besar jea.

keje nik senang jea. keje admin biasa . 
cuma bila kita tak faham flow kerja memang main ikut arahan jea la. 
pastu bila banyak tanya, orang tu buat muka kelat jea.ngehngehngeh...hahaha..padan
nasib baik ada someone yang banyak tolong terangkan bagi mudah faham walaupun dia tak brapa nak tahu.kalau dia ajar nik, nik cepat sangat nak faham. bukan nak buat perbandingan, tapi tu la hakikatnya. 

dia ajar reason naper buat itu ini. so lain kali bila dapat job yang sama.kita tak perlu la tanya lagi kan. ni kalau setakat ajar sistem jea, memang setiap kali nak buat job iolss akan tanya la nak buat apa dulu.
bila fikir balik, susah kan nak mengajar ni. ada sorang yang banyak tanya pun dah buat muka kelat.apa lagi cikgu yang nak mengajar ramai student. so respect kat cikgu semua :)
so pada yang terima opismate baru, sila la bagi tunjuk ajar yang sepatutnya. bukan main tangkap muat jea. memudahkan kerja ko jugak. tak ada la orang ganggu ko nanti. ari pertama nik dah kelam kabut.terkial-kial nak siapkan kerja. stress jugak tapi cuba buat cool :)

tapi skarang ni lega la skit..semalam dah tak banyak bertanya.salah pun dah makin kurang. 
at least diorang tak pernah marah teruk kalau nik salah. selalu bagi support..hehe
cuma ada la yang muka kelat skit tu. pengalaman kerja ngan company dulu lagi teruk.
supervisor asyik moody jea. dalam sebulan 2-3 hari jea kot elok.huahuahu

eh.eh..panjang pulak bebelan hari ni. have a nice weekend !


Thursday, April 25, 2013

opis baru


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

bila dah kerja ni, rindu pulak kat kawan opis lama. kat tempat baru tak jumpa lagi kawan yang btol2 serasi.maybe baru seminggu jea kerja kan. rindu nak sarapan kat kedai makan sebelum masuk opis. rindu nak makan kat kedai mamak sebelum balik dari kerja. rindu nak window shopping dan borak lama-lama. huhuhu

nak tahu tempat paling nik suka kat opis baru. nik suka pantry..huahuahua
luas pantry nyer. selalu kalau sampai awal ke opis. duk lepak kat pantry dulu sebelum masuk opis.
pantry kat tingkat 2.opis tingkat 3. 
selalu kalau rehat nik jarang makan kat luar.nik tapau pastu makan kat pantry jea.lagi best sebab ada aircond.ngehngehngeh..makanan kat sini tak semurah kat opis lama.tak banyak pilihan makanan pun.
tiap-tiap hari makan tempe. tu jea yang murah  ^____^

kat sini rehat 1 jam. just untuk makan. so kalau nak solat boleh curi masa bekerja. boss tak kisah.seronok kan. surau pun dah di sediakan kat dalam opis ni. selesa sangat.

dan yeayyy...esok dah jumaat. so esok saja la iolss balas komen semua. esok nak blogwalking sampai lebam.
k bye.


Tuesday, April 23, 2013

tak sempat nak blogwalking


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

cepat sangat masa berlalu.. balik kerja dah penat,
tak sempat nak blogwalking kat blog kawan-kawan.hope korang faham ^__^ .
 akan di terjah nanti, cuma perlukan masa..huhu
tak suka terjah blog tangkap muat, semata-mata nak balas jejak yang korang tinggalkan. kalau boleh nik nak baca entry korang dari ayat pertama sampai last :)
kat opis lak rasa macam tak cukup tangan nak buat keje yang mana satu. muehaha
tak pe,slow2 kan. baru 4 hari kerja. kadang-kadang nik yang stress kan diri sendiri.
cuba bandingkan dengan orang yang dah keje 4 tahun kat situ. of course la dia buat keje cepat jea kan. 
lagi stress bila banyak pulak yang salah * tepuk dahi.. diorang tak marah pun tapi nik ni yang rasa macam ntah apa2 jea. dah fokus abis dah tu. boleh jugak silap.haishhh!

sorry yea..membebel lak yea.terpaksa korang baca bebelan iolsss
tahu ada jea yang tak baca.baca ayat mula dan last.pastu terus komen.
opsss!!! ngehngehngeh
k bye



Sunday, April 21, 2013

minggu pertama di tempat baru


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers
Alhamdulillah..setakat ni ok lagi. maybe sebab baru 2 hari start keje kan ^__^
cuma letih skit. tapi ok la coz dapat belajar benda baru.berkawan dengan orang-orang baru..belajar sistem kerja yang baru.serba serbi baru. cuma masih dalam keadaan shy2 cat...muehaha
akan cuba sedaya upaya tuk sesuaikan diri di sini

first dan second day? masih lagi blur, maybe tak biasa dengan sistem yang diorang gunakan. dan sepatutnya nik pegang jawatan ICT tapi staff lama nak jawatan tu so boss letak nik di bahagian operation. so blaja benda baru lagi :) apa-apa jea.asal keje kan. 

gaji yang di tawarkan pun ok. siap ada elaun untuk makanan dan transport. kalau kedatangan penuh setiap bulan tanpa annual leave dan MC akan dapat lagi tambahan elaun RM150.
wahhh!!! ka ching $$$$$...ni baru bersemangat nak ke opis  ^__^
yang penting cuti Sabtu dan Ahad.

apa-apa pun sangat bersyukur dengan rezeki yang nik dapat sekarang ni. ada hikmah nik berhenti kerja sebelum ni.Allah bagi rezeki yang lain. Allah selalu bagi kemudahan dalam setiap kesusahan. Allah sebaik-baik perancang.

doa -doa la moga nik dapat kekal lama kat sini. masalah dan stress ngan kerja tu mesti akan ada punya. first day nik kerja pun dah macam boleh agak diorang ada masalah sesama mereka. sifat tak puas hati tu akan ada punya lah. hahaha..cuma nik harap dapat hadapi dengan tenang.
dah berpengalaman ngan beberapa company, so pengalaman dulu sangat-sangat berguna. buat kita lagi matang dan tahu macam mana nak handle masalah dan stress.

psttt!!!
tak sempat langsung dah nak jenguk blog kawan-kawan. minta maaf sesangat. mungkin lepas ni, berblog di malam hari jea la.


Saturday, April 20, 2013

Umrah


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

di sebabkan jumaat semalam hari kedua nik start kerja baru so tak dapat la iolss nak hantar Adik, Ma dan Ayah ke KLIA. diorang nak ke Mekah tunaikan Umrah.

Alhamdulillah. niat adik bongsu nik nak ke sana Allah makbulkan.first time dia dapat peluang ke sana.
mula-mula hanya Adik dan Ma yang rancang nak ke sana. tapi start tahun 2013, kedutaan Arab Saudi dah ketatkan syarat berkaitan mahram ni

so kalau wanita berumur 45 tahun kebawah nak pergi buat umrah, mesti bersama-sama mahramnya sekali.adik berjaya pujuk Ayah kami tuk pi skali :)
Ma dan Ayah nik dah kali ke 3 ke Tanah Suci cuma ni kali pertama tunaikan Umrah.

semoga perjalanan mereka selamat pergi dan selamat kembali.
dan dapat melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna.
To Ayah, Ma dan Adik
Selamat Menunaikan UMRAH
Semoga Allah permudahkan urusan kalian.  amin..amin..amin...yarabbal'alamin.
InsyaAllah kita jumpa lagi 2 minggu

pstt!!!
maaf sangat tak dapat nak terjah blog kawan-kawan.bukan sombong tapi tak sempat

Wednesday, April 17, 2013

baru ada WeChat


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

selain Keek, fenomena terbaru di Malaysia ialah aplikasi "WeChat" 
nik baru nak install WeChat.. iolss memang ketinggalan je bab-bab aplikasi ni..muehaha
korang mesti dah lama tahu kan tentang aplikasi ni.
tengok iklan ni la buat nik install WeChat ..huhu



WeChat 
aplikasi ni lebih kurang macam WhatsApp, tapi tengok ciri-ciri lagi fun dari WhatsApp.
 seakan walkie -talkie pun ada kan. tak perlu taip message, just tekan untuk bercakap. 
boleh share gambar, boleh buat video call lagi.


Duta WeChat : Lisa Surihani dan Shaheizy Sam

review detail aplikasi WeChat ni boleh klik DISINI

Tuesday, April 16, 2013

syukur ya Allah


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah.sungguh tak dijangka.. hari jumaat lepas, pi interview,
isnin petang terima call dapat kerja .korang semua, sila happy untuk nik okey :)
dah dapat offer letter dari diorang. Khamis ni dah start kerja.

terima tawaran ni coz fikir dekat dengan rumah, 15- 20 minit jea dari rumah.
balik kerja malam pun tak risau sangat.gaji pun ok.
 siap ada elaun lagi. pastu kalau attendance setiap bulan penuh dapat lagi tambahan elaun* wink wink..Sabtu dan Ahad cuti * hoyeahhh
daripada duduk kat rumah mengemukkan badan yang tak boleh gemuk ni...baiklah keje, boleh jugak tambah duit simpanan kan
pekerja baru Medigene Sdn Bhd :)
macam mana la kat tempat baru ni nanti kan... hope semuanya akan okey.
Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku.
moga dapat menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi

psstt!!!
kita tengok brapa lama boleh bertahan (^_^) 
nanti kat blog ni korang akan dengar la nik mengadu sal kerja lak yea..ngehngehngeh
tak sabar nak merempit pi keje ni.vrommm vrommm..muehehe
bye uolss

Monday, April 15, 2013

aktiviti petang Ahad


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

hari Ahad petang kami kat Putrajaya. ber santai di Dataran Gemilang.
ni second time nik ke sini. saje datang lepak sambil nengok persembahan artis.
untuk info, program Santai Dataran Gemilang ni ada setiap minggu..program setiap hari Ahad start pukul 4.30 petang sampai 7 malam dekat Presint 4. setiap minggu ada persembahan artis yang berbeza. 
semalam dapat tengok live persembahan Hail Amir, Shiha Mentor dan Yuni

sesuai ngan jiwa nik yang suka tempat yang tak ramai orang. tak suka nak lepak tempat yang crowded ni. ada sediakan tempat duduk. so tak perlu berdiri :)


dan yang best..jumpa van pink ni lagi. kami beli ice blended. RM 5 setiap satu.
nak beli cupcakes tapi macam kenyang lagi time tu. baru lepas makan kat Umai Cafe .


iced blended vanilla

iced blended choc + oreo

ok tu jea la citer weekend kami.
byee

Saturday, April 13, 2013

anak saudara ku


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kat rumah nik ni, selain nik dan hubby.ada 2 orang adik yang tinggal dengan kami.
dan sorang lagi hujung minggu jea la datang bermalam kat rumah ni.
skrang ni dah bertambah ahli. sejak 2 minggu lepas, anak saudara nik dah start keje kat Kajang.

tak ada buat apa kat umah baik la keje.dia lepasan spm.dah tak minat nak blaja kan.
so adik nik suggest suh dia keje mekanik kat bengkel kawan adik. dia memang minat bab baiki kereta dan moto ni. so elok sangat la kan.tak cemerlang dalam pelajaran pun, still boleh berjaya dalam hidup yang penting kena usaha. 

anak saudara nik sorang ni mmg mudah sesuaikan diri. campak jea kat mana-mana senang jea nak dapat kawan. blaja berdikari yea Im. takkan nak duk bawah ketiak umi lagi.

tapi satu tabiat dia, suka tido dan susah nak bangun tido. Ya Allah, seksa nak kejut dia tido. 
dan dia boleh tido kata mana-mana jea dia suka. no wonder la umi dia selalu jadi tarzan kat umah.ngehngehngeh
dah bekerja ni pandai-pandai la bangun pagi.



aritu duk mengadu duit banyak kuar sebab asyik makan jea. yea la kiri kanan kedai jea kan.
hahaha..rasakan, baru tahu macam mana indahnya hidup..kikiki

pandai - pandai la berjimat yea Im. moga Im belajar sesuatu yang berguna.
bertuah anak saudara nik sorang ni, sekurang - kurangnya adik nik still pi jenguk dia selepas balik kerja. mana nak dapat mak cik macam gitu :)
kalau buat tak elok jugak, memang nak kena pang terus ni..jaga-jaga tau Im, ada yang memerhati
ngehngehngeh


Friday, April 12, 2013

Thanks Orga


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

wallawehh...nik dapat keychain comel lagi
hari tu dapat keychain Penang dan kali ni dapat keychain Korea pulak

yang ni dari Orga , owner blog Skampung  
nak berkenalan dengan tuan blog boleh la klik kat gambar bawah ni.
tuan blog ni suka melancong, so banyak info tentang tempat - tempat menarik kat blog Orga. detail tau dia citer. yang lagi best, siap dengan bajet dan gambar - gambar awesome lagi. gambar real punya, bukan gambar super impose ..ngehngehngeh



senyum lebar nik bukak sampul surat tu.
Terima kasih banyak-banyak yea Orga. hehehe :) 


hampir 7 bulan menganggur


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

 ingat macam dah malas nak keje.boleh tak? muehaha
tapi tadi baru jea balik dari interview.sampai sampai rumah je terus online.haha.gigih je nak cerita pasal interview tadi. belum dapat kerja lagi tu dah over.
lagipun tak ada peristiwa menarik pun yang berlaku masa interview tadi.ngehngehngeh
interview kali ni santai jea. berbahasa melayu jea uolss. tak ada la terbeli-belit lidah nak susun ayat omputih kan. mula - mula tu siap ada test menaip lagi.
nik tak buat persediaan apa-apa pun, semalam diorang call, pagi ni pi interview.
try jea kan. lagipun dekat dengan rumah iolss..dalam 15-20 minit jea.
doa dan tawakkal jela yer.ada rezeki insyaAllah
kalau tak dapat, jawatan domestic engineering aka housewife still lagi kekal..muehehe

tapi dalam hati rasa macam tak dapat jea.ngehngehngeh
mula- mula manager tanya brapa expected salary. muka dia macam tak nak bagi jea apa yang nik mintak.siap tanya banyak kali gaji minimum yang nik nak..huahuahua
nampak macam berkira jea ngan gaji. gaji yang nik mintak bukan banyak pun. kalau tengok keadaan company tu, rasanya  mampu kot bayar gaji sama dengan apa yang nik mintak tu.

tak pe la, nak amik nik kerja , amik, tak nak sudah.kikiki
bak kata En. Nasir dalam iklan McD, 'rezeki ada di mana-mana' dan carilah kerja yang membawa keberkatan :)))

Thursday, April 11, 2013

adik dan rawatan radioterapi


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

arini first rawatan radioterapi untuk adik. rawatan di hari lahir yang ke 22 tahun.
apa pun hope semuanya berjalan lancar
semoga Allah permudahkan perjalanan rawatan untuk adik saya.
radioterapi? apa tu?
rawatan radioterapi adalah salah satu rawatan yang menggunakan sinaran-X yang berkuasa tinggi ataupun bahan radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser

mula-mula ingat radioterapi and kemoterapi ni sama.biasa dengar bila ade kanser, mesti ada kemoterapi kan. so try la google , lain kaedahnya. nak baca boleh klik kat SINI

pstt!!!
Alhamdulillah, visa adik, Ma dan Ayah nik dah setel
19 April  ni mereka akan bertolak untuk menunaikan umrah

Wednesday, April 10, 2013

advance birthday celebration for Adik


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

amboi..amboi..amboi... tajuk omputih cam poyo je kan.
perlu ker? la lantak lah, iolss punya entry iolss punya suka lah kan. muehehe

hari khamis ni, 11 April, my beloved adik sudah 22 tahun
di sebabkan hari ni dia nak balik ke Kelantan, so kita sambut birthday awal
tak suprise pun sebab dia dah tahu dulu  :)
simple cake ... cake tiramisu
birthday cake with birthday girl
 sambutan ni last minutes, tak ada aktiviti makan-makan . kalau bgtau awal-awal boleh la prepare makanan lain kan.
lepas dah potong kek, adik-adik nik makan nasi, ikan goreng ngan budu jea.kuikuikui
Happy birthday Adik! 
Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Adik! 
Happy birthday to yooooouuuuuu! 

to Adik, Nik Idzni Dalila
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
selalu didalam lindungan Allah dan diberkati hendaknya
tak lupa semoga dapat jodoh yang baik - baik

Monday, April 8, 2013

Birthday Mama Mertua


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

8 April..hari ni birthday Mama Mertua nik, ibu kandung en hubby
birthday yang ke 51 tahun.
Selamat hari lahir Mama!
semoga ALLAH panjangkan usia Mama, sentiasa sihat, bahagia, di murahkan rezeki
dan sentiasa mendapat perlindungan NYA
terima kasih kerana melahirkan suami saya walaupun Mama tak menjaga dia 

pada yang tak tahu, hubby terpisah dengan Mama dia sejak lahir.4 bulan lalu baru kami dapat jumpa. walaupun dah hampir ber putus asa sebenarnya. tapi Allah tahu niat kami ikhlas, Allah permudahkan urusan kami.Allah sebaik-baik perancang.

selain dapat jumpa anak kandung, Mama dapat pakej skali jumpa menantu. sorry kalau nik bukan menantu pilihan tapi nak wat macam mana kan.Mama jumpa anak Mama ni masa dia dah kwen..redha jea la Mama yea. muehehe
nak jadi menantu Mama jugak? Mama ada lagi 3 anak bujang..hahaha
kalau hubby nik baca ni, mesti dia akan cakap.dia pun ada 3 lagi kosong * ehemm..lempang nak..huhu

nik sentiasa doa moga family kita kekal bahagia sampai ke Syurga
selamat hari lahir Mama!
we love you...mmuahhh

Sunday, April 7, 2013

Muhammad Haidar pesakit kanser mata


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers
Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3 Januari 2013 merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser.

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .
Bantuan boleh disalurkan ke akaun:

En Zahidi Azhar : CIMB 0722-0015302-529
Pn Norhayati Samsudin : Maybank 1571 3969 5983

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En Zahidi di 012-5574577

Alamat: 279-5-7, Lorong Tampin, 10150 Georgetown, Penang.

Page FB:  Tabung Haidar

gambar terbaru adik Muhammad Haidar bersama Farah AF2

pstt!!
sesiapa yang ada rezeki lebih boleh la menderma yea.