Wednesday, May 29, 2013

kisah di opis


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

amboi boss, baru up entry semalam sal boss belanja makan, arini boss belanja lagi.
baik hati sungguh boss iolss ni kan. 
ngehngehngeh..sebenarnya kat opis ada training, so alang-alang boss beli makanan kat bebudak training, boss tapau skali makanan kami.seronok :) dapat makan best. yang penting free.kuikuikui
thanks boss belanja makan tengahari kami

ni makanan kami tadi..yummm yummm
makanan ni pun sodap. terutamanya ayam rendang dan kerabu mangga :)

Alhamdulillah, minggu ni kerja tak banyak. so dah jarang buat kerja lebih masa.
tapi minggu ni minggu yang paling best coz minggu gaji.wink wink wink
kat sini gaji dapat awal. diorang terus bank in kat akaun.kan senang gini
tak macam dulu, iolss kena ke bank nak clearkan cek. .

ok la. tu saje nak citer hal keje. nanti sambung menaip lagi
bye !!!

Tuesday, May 28, 2013

boss belanja makan


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah 2 hari dapat makan lunch free. ^__^..senyum sampai ke telinga iolss dua hari ni.
erkkk...Alhamdulillah :)
semalam makan KFC, arini ni boss belanja makan Ayam Penyet lak. best sangat ^__^
macam-macam lauk lak dalam bungkusan kotak ni.selain ayam, ada udang, sayur dan telur dadar.




seronok jugak sekali sekala ada makan-makan gini kan.
dah la makanan ni jarang nik makan.lagi la best.
setakat KFC dan bosan. ngehngehngeh
semalam ambik seketul jea ayam. dah lama tak makan fast foods.
dah rasa tak best bila makan.hahaha

moga murah rezeki boss-boss semua, nanti belanja kami makan lagi yea :)


Saturday, May 25, 2013

Epicstance


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Ahad lepas, eh hubby ada join event Epicstance kat Sepang International Circuit..event berkaitan kereta.
tahniah la sebab terpilih antara 9 pemenang kereta terbaik Epictance.
tang mana terbaik pun tak tahu la.ngehngehngeh



siap ada Limbo Rock challenge lagi
tak cukup lowered lagi katanya. kalau boleh nak sampai cecah lantai tu * tepuk dahi

dalam geng dia, 4 orang crew Persona Stance dipilih antara 9 terbaik untuk event Epicstance
siap akan ada satu sesi fotografi bersama majalah kereta lagi nanti.
ni sesi fotografi buat sendiri dulu .ngehngehngeh
Persona Stance crew 
makin bersemangat la en hubby nak ubah suai kereta nanti.
berangan nak pasang sunroof kat kereta pulak dah.
haha..pening.pening.tapi dah minatkan layan jea lah

Wednesday, May 22, 2013

Terasa Hati


Assalamualaikum  (",)

arini terasa hati ngan perangai someone kat opis. rupanya dari semalam dia duk perli-perli nik cuma nik jea yang tak ambik kisah sangat. tapi bila dah ulang banyak kali ayat yang sama, kita pun faham la dia perli kita. ngehngehngeh

apa motif dia buat macam tu nik tak tahu.agak-agak kalau dapat buat nik terasa tu dah satu kepuasan kot bagi dia..kuikuikui..panas jugak hati mula-mula tapi buat cool jea la.
 rasanya berdiam diri tu lebih baik.

nik tak suka libatkan diri ngan politik di opis.. nik nak claim OT itu hak nik, rasanya tak menyusahkan dia pun.elaun OT yang nik dapat tu rasanya tak di bayar dengan gaji dia pun kan
yang penat lelah OT adalah nik. tak sikit pun melibatkan dia. 

cuma nak jea dia tahu, nik bukan suka-suka nak buat OT untuk dapat duit lebih. gaji dan elaun yang boss bagi InsyaAllah cukup untuk kehidupan nik sebelum dapat gaji seterusnya.
nik start claim OT pun bulan 5 jea.bulan sebelumnya tak claim pun walaupun hampir setiap hari balik lewat. sebelum pukul 8 pagi dah terpacak kat opis. rehat pun sekejab jea.

kalau nik tak buat OT, yang akan hadapi masalah kerja yang banyak pun nik jugak.
 tak ada sapa pun akan tolong nik buat kerja :)
kalau tak ada OT pun, nik terpaksa jugak balik lewat untuk siapkan kerja. bila company bagi claim OT, kita guna la keistimewaan yang ada tu. orang kata rezeki jangan ditolak ^__^
dan kalau dah rasa kerja nik ni senang, apa kata kita tukar. nik tak kisah. hehehe

ada yang bagi nasihat suh buat dunno jea. lama-lama dia penat, dia berhenti la bercakap.
hehehe..memang itu pun yang nik akan buat. nik memang tak suka nak cari gaduh ngan sesiapa pun.
buat sakit otak jea kan. kerja dah la banyak pastu nak cari masalah ngan kawan opis lak. tu bukan nik la. sorry.silap pilih lawan ni..hahaha * riak la pulak kenn

kata-kata motivasi untuk diri sendiri

saya hanya manusia biasa. tak perfect. tapi kalau hidup asyik nak cari kesalahan orang jea susah la.
blaja la terima kekurangan dan kelebihan orang lain kan.
be positive dan mintak Allah jauhkan kita semua dari masalah hati :)

pstt!!
jangan salah sangka tau, entry ni bukan nak mintak simpati,
cuma saja nak buat luahan hati..kikiki..lama dah iolss tak buat seisi luahan hati kat blog.



Sunday, May 19, 2013

Pulut Mangga vs Bubur Jagung


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

adik iolss terlebih rajin minggu ni. 2 pencuci mulut ni dia yang buatkan :)
pencuci mulut yang paling simple dan mudah.. tapi kalau malas, apa pun tak boleh.
akak dia makan jea tahu. nak buat tu fikir banyak kali jugak..kuikuikui
ni pulut mangga.korang pernah makan? ore klate panggil pulut pauh  ^__^
pulut + mangga manis + santan..sedap sangattt

 ni bubur jagung, lemak berkrim..yummy :)
makanan petang tadi
of course la yang ni pun sodap..jemput tengok yea...kikiki

psttt!!!
teringin nak makan kuih Lompat Tikam..
kat sini susah nak cari la.

Friday, May 17, 2013

esok kerja


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

esok kena kerja lebih masa lagi.nak siapkan kerja yang melambak ni.
letihhh .setiap pagi rasa macam tak larat je nak bangun pi kerja 
tapi gagahkan diri demi mencari rezeki..ewah ..poyo sangat la kennn..kuikuikui
best sebenarnya kerja lebih masa,  lagi-lagi hari sabtu,banyak kerja dapat siap cepat sebab nik jea yang kerja so tak ada gangguan macam hari-hari biasa. fuhhh

bagus boss kat sini. siap offer suh buat OT lagi.
kalau company dulu, buat OT banyak skit mula la berkira.
untuk boss semua, kalau tak nak pekerja buat OT sila la bagi kerja skit jea. kikiki
meja kerja nik jarang kemas dan bersih. setiap hari paper berterabur..hahaha
kerja under operation macam ni la kan. jarang tak busy.
^___^ 

balik kerja nanti hubby dah janji nak bawak makan kat sini lagi.
reward untuk diri sendiri sebab kerja lebih.huhuhu
minggu lepas dah ke sini. nik order grilled chicken chop dan fresh oren.sedappp.

apapun happy weekend uolsss!!!!



Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu buat 3 wanita hebat ini ^__^


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

hari ni nak wish Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu terutama buat
MA tersayang, Rokiah Che Hassan.Moga MA panjang umur dan murah rezeki.
Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap jasa dan kasih sayang MA.
terima kasih atas doa yang tak pernah putus.

bukan mudah nak jadi ibu bekerjaya. selain sibuk dengan urusan sekolah, nak kena uruskan anak-anak dan rumahtangga lagi. dah la antara kami jarak umur dalam 1-2 tahun jea semua.
kasih sayang Ma terlalu ikhlas, tak pernah mengungkit atau mengeluh.sampai skarang masih lagi kuat.
sentiasa doakan MA di beri kesihatan yang baik.Moga Allah melindungi MA dunia dan akhirat.

Love you so much. Thanks for everything
Sayang Ma LillahiTaala


Selamat Hari Ibu jugak buat kedua mertua saya,
moga dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT
buat Mak, terima kasih menjaga suami saya dari kecil sampai skarang.
terima kasih selalu masak makanan yang best bila balik johor.
mak suka masak makanan feveret orang lain dari masak makanan kesukaan sendiri. teringat-ingat tempe sambal Mak .dah jadi feveret makanan nik dah..hihihi
terima kasih selalu menceriakan suasana.

buat Mama, terima kasih sudi terima nik sebagai menantu.
Terima Kasih melahirkan suami kesayangan saya :)
Moga MaMa sentiasa tabah hadapi setiap ujian.


Alhamdulillah..saya ada 3 ibu yang sayang kan saya..ewah  ^__^
dan tak lupa Selamat Hari Ibu to the all greatest mother in the world
 Semoga kita menghargai jasa ibu bukan sahaja hari ini, tetapi setiap hari.

Persona Stance


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

en hubby dah join group kereta lain pulok doh * tepuk dahi ...huhu
Persona Stancegroup kereta lowered dan kangkang. pastu sportrim ada macam-macam warna. trend kereta skarang katanya. buat style gini, kereta tak boleh laju. yea ker?? tengok macam sama jea.laju jugak kalau kat highway..cuma kalau jumpa bonggol dan jalan berlubang jea slow kan.
macam-macam hal orang lelaki yang giler kete ni kan.ngehngehngeh..pasni agak-agak trend kete paling tinggi pulok muncul. 


makin kembang kuncup la hidung laki iolss. ramai yang duk puji rim dia yang baru ni.
dah siap spray kaler kuning lagi.
sokong BERSIH ker apa ni..opsss
pink kaler pun ada :)



contoh kereta kangkang.
adoyai..ni terlebih kangkang sangat ni.cantik ker korang rasa tayar gini???
.macam-macam hal la geng diorang ni
yang macam ni lagi hebat. dia duk kawasan rumah tak ada bonggol agaknya
sebab tu boleh buat kete lowered macam gini skali.

hahaha.. sorry hubby. buat entry mengutuk pulak yea.kuikuikui
setakat ni, nik boleh cool lagi..boleh terima sebab bagi nik dia keje siang malam cari duit, so dia berhak guna duit tu untuk kepuasan diri sendiri, asalkan dia tahu batasnya.
bagi la en hubby enjoy dengan apa yang dia suka kan.. kata nak jadi isteri yang memahami dan menyokong minat suami  
cuma jangan terover bajet sudah. yang penting bajet dan elaun untuk saya ada
dah sokong ni, tak reti-reti nak tambah elaun bulanan untuk saya ker  ^__^

sumber gambar
Persona Stance


Saturday, May 11, 2013

kerja lebih masa


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

happy weekend uolss ! yuhuuu... dah sabtu :)
lama rasanya tak update citer diri sendiri.kata blog peribadi tapi post kebanyakannya citer hal lain.
mood nak berblog dah kelaut sejak kerja ni. balik umah dah penat. ingat kat katil jea la..huhu
hampir setiap hari jugak la nik kerja lebih masa . nasib baik boleh claim OT. hari ni pun buat OT, banyak sangat kerja nak kena setel.

dah masuk minggu ke 3 nik kat kat opis baru...pergh, tetiba rasa cepat betul masa berlalu. 
2 minggu pertama tu agak stress jugak la. berlagak cool itu harus
skarang dah boleh handle walaupun ada masa kelam kabut jugak...muehaha
 keje ni paling best masa dapat gaji ..ngehngehngeh
Alhamdulillah..gaji bulan lepas dah dapat walaupun bukan gaji penuh *wink wink

so far nik setakat ni tak ada masalah ngan staff kat opis
opismate skarang lagi ramai dari company dulu.walaupun ramai tapi tak ada yang ngam pun.
masing-masing macam buat hal sendiri jea. dah tak ada geng lepak minum macam dulu.huhu
tapi tak kisah pun. kita buat hal sendiri jugak la.senang :)

abaikan meja kerja yang berselerak. meja orang busy.macam ni la..ngehngehngeh
operation + purchasing department


minggu lepas celebrate birthday staff.ada 2 orang lahir bulan may :)
ok. tu jea nak update. nak ambik masa untuk terjah blog korang pulak.
rindu nak baca blog :)

Monday, May 6, 2013

terima kasih Tok Guru


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers


Koleksi Dikir Barat video klip Tok Guru Ku Sayang
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilantik sebagai Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad.



berita paling menyedihkan bagi rakyat Kelantan yang menyayangi Tok Guru
terasa satu kehilangan besar buat kami.
Allahuakhbar! jasa Tok Guru akan di kenang sampai bila-bila. sangat besar jasa Tok Guru kepada kami terutamanya rakyat Kelantan. hanya Allah mampu membalasnya. Terima Kasih atas keikhlasan Tok Guru memerintah Kelantan.
Tok Guru di hina di caci, kata-kata di salah erti tapi Tok Guru tetap bersabar,
Panjangkan usia beliau ya Allah
dan semoga TGNA akan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T.moga Allah memberi kebaikan di dunia dan akhirat.


Selamat bertugas buat Menteri Besar baru Kelantan.
Datuk Ahmad Yakob
moga rakyat kelate terus maju di bawah pentadbiran MB yang baru.


berangan-angan, kalau dapat baby nak mintak Tok Guru tahnik kan.
harap impian akan jadi kenyataan.

Friday, May 3, 2013

saya dapat bunga!


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

tak ada angin, tak ada ribut. ada someone tetiba jadi sweet sangat..ngehngehngeh
dah agak lama jugak en hubby tak bagi bunga gini :)
balik kerja semalam..tengok-tengok atas katil dah ada bunga. makin kembang la hidung yang sedia kembang ini.
bagi korang ape sangat setakat bunga kan tapi tak kira..hati nik tetap berbunga-bunga.haha
nak kata minat bunga sangat tu tak ada la, tapi kalau ada yang bagi of course la happy.yea dak?
 lagi-lagi dari hubby tersayang.ewahhh...hohoho
thanks B.



abaikan muka penat baru balik dari kerja. nak jugak posing dengan bunga..huhu

Wednesday, May 1, 2013

buah tangan dari Mekah


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah, adik, ma dan ayah dan selamat sampai dari menunaikan ibadat umrah.
ayah nik kurang sihat sikit, selsema dan batuk. masa kat sana lagi dia dah tak sihat. hilang selera makan. tapi Alhamdulillah, Allah bagi kemudahan untuk ayah beribadah walaupun terpaksa tawaf di tengah panas terik.
Adik nik semalam dah start deman. rindu Mekah agaknya :)
Ma nik lak sihat macam biasa.

ni antara makanan yang ma beli.sehari dua ni kerjanya menguyah jea la.haha
kurma

coklat ni tersangat la manis. ma beli 3 kilo.
1 kilo adik nik dah abiskan masa kat sana..ngehngehngeh

apricot dan buah tin

kacang pistachio(kacang cerdik), badam, gajus
dan tak lupa air zam zam