Thursday, June 27, 2013

happy birthday


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Happy Birthday ANis
my dearest adik turns 24 years old today.
 nik ada 4 adik perempuan, so ni adik yang ke tiga.hehe

buat Anis, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
May Allah bless you dunia dan akhirat. Amin

ikhlas dari kakak comelmu..kahkahkah

Tuesday, June 25, 2013

face mask


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

gaya terkini ketika jerebu. ada rupa macam ninja tak? .hewhewhew

face mask memang laku la masa musim jerebu ni.
dengarnya ada yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan stok face mask ni.
nasib baik la company nik ada jual face mask. so beli ngan company jea. dapat banyak dengan harga yang murah
boleh la bagi adik-adik sikit. satu kotak iolss beli. opismate lain siap borong 2-3 kotak kot.kalau jual balik ni mesti dapat untung banyak kan.haha



harap sangat jerebu ni cepat-cepat hilang.

Monday, June 24, 2013

Fiesta Floria Putrajaya 2013


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

meriah lagi Putrajaya dengan Fiesta Floria Putrajaya 2013 yang berlangsung di Presint 2 
sempatlah menyinggah sekejab semalam.
macam-macam jenis bunga-bungaan ada. kalau korang jenis yang gila posing , memang akan teruja coz banyak sangat tempat menarik tuk korang posing.hahaha

pada yang tengah pening coz hidu asap jerebu,
 jom cuci mata tengak gambar bunga yang sempat di snap kat Fiesta Floria Putrajaya 2013
nik pi masa 2nd day Pesta Flora, so bunga still segar lagi. kalau ambik gambar dari jarak dekat still cantik lagi. setiap tahun akan ada tema. so kali ni tema nya Orchid – Tropical Treasure.

 official photographer saya iaitu en hubby tak ada. dia ada event kereta kat Melaka. so kali ni ke Fiesta Floria Putrajaya 2013 dengan adik-adik dan anak-anak saudara.



















mak cik feeling muda bila bergambar dengan anak saudara.hewhewhew




















indoor showroom tak sempat nak masuk. ramai giler orang beratur nak masuk kat dalam.
tak sanggup nak tunggu lama. hehe
event ni 9 hari dari 22 jun sampai 30 jun , so kalau korang nak datang sempat lagi :)


Sunday, June 23, 2013

I-City Shah Alam


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

ke I-City Shah Alam buat kali ke empat rasanya. kali ni tak plan pun. niat just nak jumpa akak yang datang ke Shah Alam jea. tak tahu nak pi mana, adik bawak kami ker I-City.
lagipun ada sorang anak saudara tak pernah ke sini lagi. so just nak bagi kenal I-City Shah Alam ni macam mana.hehe
dah agak lama tak singgah sini. 
masa mula-mula nik datang sini, masuk free jea. skarang dah berbayar.
lampu-lampu yang bewarna warni :)



kami try naik ni, macam menarik jea kan. nak naik perlu bayar rm 10. tapi tak berbaloi. dia pusing sekali jea. pastu slow lak geraknya. bosan duk kat atas sana.haha...first dan last la nik naik benda ni.huhu




gambar tak banyak coz tuan blog pi ngan adik-adik. lupa nak bawak kamera. ni pun guna kamera hp yang tak brapa nak canggih.kalau ada en hubby memang selalu banyak la gambar.kikiki
k bye


Friday, June 21, 2013

stress stress stress


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

sekejap je dah jumaat. hari Sabtu esok kena kerja lagi .tiga kali sabtu berturut turut kena datang kerja ni.
memang sibuk bulan ni *bila masa ntah yang tak sibuk
sampaikan tengah taip entry ni pun asyik duk teringat-ingat je hal kerja.
lagi panas hati bila bagi kerja last minit. pastu nak cepat. amboi amboi amboi ..ingat saya ni mesin bergerak ker.
mampu sabar dan redha jea la. nak cakap lebih-lebih, kita ni junior kat tempat kerja jea.
lagipun kerja dan stress memang tak dapat nak di pisahkan
lebih tepat lagi. nik dan stress tak dapat dipisahkan..ngehngehngeh

dulu mula-mula masuk kerja menggelabah jugak la buat kerja bila dengar kerja urgent kan. skarang ni tak heran. lagi-lagi orang yang asyik bgtau urgent tapi tak pun sebenarnya.
rasa nak lempang laju-laju jea orang macam ni.
orang kerja nak dapat pahala, nik kerja tambah dosa jea kalau gini kan.ngehngehngeh
cuba jadi se positif mungkin, tapi kadang-kadang down jugak.

raut wajah tak menunjukkan stress sebab dah set kat otak ni tuk berlagak cool


doakan nik di beri kesabaran yang berpanjangan yea.
kena yakin, Allah maha melihat. Allah pasti bagi ganjaran setiap kesabaran kita kan.
Allah takkan beri dugaan diluar kemampuan hambanya.

psttt!!!
tak sempat nak nak blogwalking
just singgah luahkan perasaan..sorry uols. nik pasti terjah blog uolss nanti 


Monday, June 17, 2013

bulan yg memenatkan


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

bulan 6 ni bulan yang paling sibuk bagi nik. penat sangat rasanya.
dah abis satu kerja, kerja lain lak yang menanti.
tekanan bila buat kerja dalam keadaan  terkejar-kejar ni. 
tapi Alhamdulillah,,kerja opis banyak yang dah setel. tu pun sebab kerja lebih masa hari Sabtu.
kalau tak , memang tak menang tangan nak buat. ada masa blur nak start yang mana dulu.ngehngehngeh
minggu depan hanya tunggu nak buat stock take jea la. penat jugak tu.


kuli ..kalah pekerja bangla. diorang pun tak kerja hari sabtu tau.harharhar

sebenarnya macam-macam benda yang berlaku dalam bulan ni. 
bulan ni jugak nak kena pindah rumah. stress tau tak. tuan rumah tetiba kata wife dia nak pindah duduk rumah ni pulek dah. mengada btol. hahaha
nak buat macam mana, sewa rumah orang kan .so kena la pindah. pening jugak kepala cari rumah ni.
tapi skarang dah settle cari rumah sewa baru. nak kena pindah lagi hujung bulan ni. penat fikir nak pindah dan mengemas ni. dari Cluster 8 pindah ker PP3.rumah kecik skit tapi still sewa rumah teres. hubby tak nak sewa apartment. sayang kete katanya. nanti kereta parking tempat panas.hohoho

dah nekad , kali ni last nik pindah rumah sewa. nak kena try submit loan la untuk beli rumah. tak larat pindah randah gini. sewa dah makin mahal,. dari duk bayar sewa, baik beli rumah sendiri.harap-harap ada rezeki kami nanti

panjang pulak bebelan kali ni
k bye.


Sunday, June 16, 2013

doakan kesihatan adik saya


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah lama tak membebel di blog. rindu sangat-sangat. 
sejak beberapa hari lepas hati nik sentiasa tak tenang. setiap saat teringat, pasti akan berdoa. 
tak putus-putus doa saya pada ALLAH. 
semoga ALLAH permudahkan segala-galanya buat adik bongsu saya.

selepas pembedahan buah pinggang,  adik ada buat rawatan radiotherapy.selepas beberapa kali rawatan, doktor mintak stopkan rawatan coz melalui scan doctor ada kesan something kat tulang dan paru-paru adik .

untuk make sure, adik perlu buat Pet scan. kat Malaysia hanya ada 2 jea mesin scan,
satu kat Hospital Putrajaya dan satu lagi kat Hospital Pulau Pinang. 
nak kena tunggu lama, so kalau nak cepat kena pegi private hospital dan of course la harganya lagi mahal.so doktor pakar adik suggest buat Pet scan di Mahameru International Medical Center & Heart Scan.

Pet scan ni akan dapat kesan kalau ada cell kanser yang aktif.result dia, ada cell kanser aktif kat beberapa tempat kat tulang.Alhamdulillah, masih tak merebak ke paru-paru.
tapi ia still berita yang tak nak kami dengar.

dan berkemungkinan juga, kami adik beradik perlu buat ultra sound dan chromosomel test kat HUSM Kubang Kerian.coz doktor suspect penyakit ni berkaitan dengan genetik.. penyakit adik ni penyakit yang jarang berlaku kat Malaysia even kat oversea skalipun.

hanya mampu support adik dari doa dan dari jauh.
coz tak tahu macam mana nak respon sebenarnya. berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas dugaan.
tak ada sapa yang suka lihat family sendiri di sahkan pengidap kanser.lagi la adik langsung tak ada sebarang tanda-tanda sakit cuma hanya bermula dengan ketulan di buah pinggang
tapi saya percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri adik. setiap orang dugaannya berbeza-beza.


kagum dengan semangat adik sebenarnya.
macam-macam cara rawatan dia cuba.macam-macam makanan dia makan. dari pada yang manis sampai ke air akar kayu yang pahit.
selain rawatan dari doktor pakar, adik masih lagi teruskan rawatan cara Islam.

Allah bagi ujian dan dugaan, Allah juga yang memudahkan semua urusan. Nikmat Allah terlalu banyak untuk di syukuri.
doakan yang terbaik buat adik dan kami sekeluarga
stay strong sista.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buat kamu.

my sista blog