Sunday, July 28, 2013

Iftar @ Hayaki Shah Alam


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Allhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 19 kita berpuasa
memandangkan hari ni hari minggu so decide makan kat luar.

Kafe Hayaki Accapella Seksyen 13 Shah Alam jadi pilihan.
Hayaki ni dekat dengan Stadium Shah Alam. 
bawah pangsapuri Sri Acapella, sebelah dengan Restoran Tupai-tupai

Alhamdulillah, rezeki :) dapat iftar bersama adik -adik tercinta :)
sangat syiokk bila berkumpul ramai-ramai macam gini.
adik -adik nik ada empat orang.  bagi yang tak tahu. kalau tak nak tahu pun takpe.
ngehngehngeh ..kali ni semua ada.








kat sini ada buffet ramadhan,
boleh ambil apa-apa sahaja selagi mampu nak makan.
tapi tak sesuai untuk kami yang tak mampu nak makan banyak :)
so kami pilih style order biasa jea.

jom lihat menu





makanan
Nasi Kukus Hayaki - RM7.90

Nasi Lemak Ayam Goreng - RM7.90

Nasi Kerabu Ayam Percik - RM10.90

Nasi Dagang Ikan Tongkol - RM8.90

minuman yang kami order
Iced Bandung Cincau - RM3.80

Iced Lemon Tea - RM3.80

Iced Barley - RM2.80
Iced Blanded Cappuccino - RM6.90

Iced Longan - RM3.50

dessert
Pulut Mango - - RM5.50

Mango Ice Rock Special - RM6.90

Total = RM 83.60

anyone yang suka makanan Kelantan, boleh la singgah makan kat sini yea
harga murah dan makanan pun sedap :)

Hayaki Kopitiam
Sri Acappella, Sek 13, Shah Alam
Selangor
03-5524 5477

puding karamel aka puding gula hangus


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

puding karamel atau puding gula hangus ialah salah satu puding kegemaran nik. 
tapi tak boleh dimakan selalu sebab manis!
time  bulan posa selalunya tak miss makan puding ni... nak buat pun bukanlah susah sangat
cuma kat rumah nik tak ada periuk kukusan, so teringin nak makan terpaksa la beli kat bazar ramadhan.

nasib baik sedap. tak puas makan.kalau makan time sejuk, lagi mabeles 
orang lain tayang makanan masak sendiri, kita tayang makanan dari bazar ramadhan jea.
ngehngehngeh

pstt!!
wee...arini nak iftar kat luar dengan adik-adik


Shopping lagi


 Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

penat giler semalam. kul 11 pagi dah ada kat Jalan TAR.
sesak sungguh keadaan di jalan TAR. tapi tak pe. 
dapat la merasa kemeriahan persiapan raya kan :)
maklumla ramai dah dapat gaji kan.
Alhamdulillah sangat, gaji nik kat company baru ni masuk 25hb setiap bulan
tak macam dulu, bercinta nak tunggu gaji masuk.

sebab gaji masuk awal la, tak pasal-pasal TERbeli baju raya lagi..eeeh baju raya ke?
tu kalau sempat la. rasanya macam nak buat baju pi kerja jea ..kihkihkih
maafkan saya yea en hubby. TERbeli lagi 2 helai. tak pe.masih di dalam bajet raya lagi kan..ngehngehngeh



suka sangat dengan kain cotton ni.lembut dan sangat selesa bila pakai 
beli yang murah-murah sudah. beli kena ikut kemampuan bukan beli sebab ikut orang :)

Thursday, July 25, 2013

Tudung Raya 2013


*sticky post*

 Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

korang dah beli tudung raya? ada sapa-sapa suka pakai shawl aka selendang?
nik nak promote sikit ni. pada yang malas nak beli kat kedai boleh la try usha-usha kat sini. ni bukan nik yang jual.tapi adik bongsu nik yang jual.
dia baru start buat bisnes kecil-kecilan jea. nik just promote. support bisnes adik kan.
mana tau ada bloggers yang tengah tercari-cari tudung nak raya kan.

ni antara shawl-shawl yang korang boleh dapatkan dari adik saya.
jom usha color apa yang ada. 

lacey shawl normal size
001 - Sold Out
004 - Sold Out

007 - Sold Out

lacey shawl normal size
012 - Sold out


wide shawl..ada layer berwarna di bahagian tepi
014 - Sold Out
016 - Sold Out


wide shawl
017 - Sold Out
018 - Sold Out
019 - Sold Out
020 - Sold Out

wide shawl
022 - Sold Out
023 - Sold Out
024 - Sold Out

wide shawl
028 - Sold Out

RM35 sehelai (termasuk postage)

korang boleh jea request color dan pilih lace yang mana nak
sebab akan jahit ikut permintaan. mana tahu korang nak shawl kaler biru tapi lace kaler merah kan.
blocking kaler katanya ..hihihi
kain sangat lembut. tidak panas. mudah di bentuk. macam-macam kaler ada. sesuai untuk di pakai semasa hari raya.

cara pemakaian shawls.so akan kelihatan macam gini bila siap jahit.

sebelah kiri tu wide shawls. so dia agak lebar berbanding biasa. so bila pakai dia menutup dada
yang kanan lak normal size.

so yang nak melaram di hari lebaran dengan tudung baru, boleh lah contact adik saya Idzni.
apa-apa enquiries boleh contact kami dekat
leoni.nik84@gmail.com
 +6011 1151 5986 (whats App dan message) untuk respon yang pantas.
Nama, alamat, no telefon, code produk

psstt!!!
harga boleh turun lagi tu kalau korang bgtau dapat info ni dari blog nik


Wednesday, July 24, 2013

Alkisah orang malas


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

hari ni dilanda penyakit malas. malas nak bangun, malas nak iron baju kerja, malas nak mandi,
memang tahap malas dia melampau-lampau la.

malas nak kerja jangan cakap la.seriously,tersangat malas ! 
tapi kerja ni sumber rezeki kan? so bertabahlah
bestnyer kalau dapat duduk rumah macam dulu..ehem.ehem.. huhuhu

umur baru nak masuk 20an ni. dah malas gile nak pergi kerja. 
macam mana nak bertahan sampai pencen ni? hohoho
hati ni meronta-ronta nak cuti sebenarnya. nasib baik la minggu ni 4 hari jea kerja.
skarang kan iolss keje kat negeri selangor.  so jumaat cuti nuzul quran. 
hoyeahh.. 3 hari cuti. sebab di sambung lagi dengan cuti weekend.
syok wehhh...tak sabar tak sabar tak sabar..
macam mana kerja di bulan ramadhan. ok ker. mesti ramai yang dapat balik awal kan.
nik hari biasa masuk keje pukul 8.30 pagi
tapi dalam bulan puasa ni nik masuk kerja kul 8 pagi.
tapi takde effect kat nik pun sebab selalunya nik sampai opis sebelum pukul 8 pagi kot.

yang best rehat still 1 jam. balik kerja kul 5. tepat kul 5 sebab kalau lewat skit nanti ada la yang mintak buat itu ini. mengada diorang ni. dah tahu kita balik awal, time last-last minutes la nak bagi kerja urgent.
apa nik buat? nik buat-buat tak nampak jea.malas nak layan. hahaha

keje 3 bulan dah kat sini. so dah tahu taktik diorang. pandai-pandai la susun jadual kerja supaya tak kelam kabut .wink wink :)

rindu nak blogging macam dulu. nak menulis pun tak sempat apa lagi nak blogwalking. rindu sangat nak berkunjung ke rumah blogger yang lain. nak baca kisah korang. apapun thanks pada korang yang sudi singgah even nik jarang singgah blog korang.
cuti 3 hari nanti harus terjah blog korang. bukan tahap harus.dah tahap wajib sangat ni.
banyak komen tak approve lagi, gara-gara tak sempat blogwalking.

nite uolss. kena tido awal sebab esok kerja sehari lagi.
bye


Monday, July 22, 2013

Cuti raya dah approved


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers


yeayy..my cuti raya dah approved! bos luluskan cuti 3 hari nik.
nik start cuti Rabu 7 hb Aug sampai la ke Rabu minggu seterusnya. 
selain 2 hari cuti public holiday , nik dapat 1 hari cuti free. company bagi.
ok la kan.dari tak dapat cuti langsung. sekurangnya tak tolak annual leave untuk cuti yang 1 hari tu. 

yang mana bekerja tu dah apply cuti ke belum?? brapa lama cuti raya yang uols apply
harap-harap lulus la yea. 
nik tak sabar nak balik cuti raya ni, teringin nak berbuka puasa dengan family. 

ni tahun ke-4 nik beraya sebagai isteri dan tahun kedua kami suami isteri raya berjauhan
sob sob sob..sabar jea la.
tahun ni sepatutnya giliran rumah mertua tapi hubby tak ada so nik beraya rumah family dulu.
kalau sempat baru balik Johor.
siapa tak suka beraya kat rumah family sendiri.seminggu nak balik tu, dah siap kemas beg rasanya.punya la excited kan. ngehngehngeh

orang-orang kampung, kita jumpa kat kampung nanti yea ^__^

Sunday, July 14, 2013

misi mencari baju raya


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

puasa baru 5 hari,  dah citer pasal baju raya kan ? hehe
harus la. persiapan raya kena buat awal supaya tak kelam kabut di saat akhir.
kami shopping di Kenanga Wholesale City (KWC). lokasi ni jadi pilihan coz kawasan ada aircond.

nik ni berkemungkinan raya di Kelantan ,so beli baju ikut warna tema sana.
tahun ni tema family adalah warna kuning.
tahun ini macam tahun lepas-lepas jugak, tak sempat menempah baju maka misi mencari baju ready made saje.

rambang mata tengok harganya. belek-belek baju tu, intai-intai baju ni.
last-last takde pun yang berkenan di hati..KWC ni tak banyak pilihan baju raya la. 
baju semua sama jea setiap kedai. harga pun lebih kurang sama mahal !!! 

so memang say bye bye la kat KWC.tak kan jejak lagi dah kalau untuk cari baju raya.huhu
lagi tak best, bila baju yang kami berkenan kena borong kebanyakannya sampai 6. alahai..sapa nak beli sampai 6 helai untuk baju sama patern, cuma kaler yang berlainan.
lain la adik beradik ko sampai 12 orang kan.
kalau setakat borong tuk 3 helai tu boleh kira ok lg la.

lagi tak best bila beli baju tapi tak boleh nak try pakai dulu. kalau barang dalam tu boleh consider lagi la tak boleh try. ni baju pakai kat luar pun tak boleh nak try. ni memang dah lebih la.
so bila dah macam tu, maka nya kami bergerak ke Jalan Tar la
 harganya jauh lebih murah dan banyak pilihan. walaupun terpaksa bersesak dengan orang ramai.

ni baju adik nik
baju yang berlabuci dan bermanik-manik gini kat Jalan Tar boleh dapat dalam rm 150 tapi kat KWC harga dalam rm 200 - rm 300..kalau murah of course yang tak brapa nak cantik dan pilihan warna pun tak banyak...kuikuikui

Alhamdulillah setel sudah misi mencari baju raya. akhirnya beli kat Jalan Tar jugak.
nik beli baju cotton biasa.

harga pun rm 50 jea. *jimat duit hubby kekdahnya...ngehngehngeh.
kalau kat KWC baju cotton gini dalam rm 70 ke atas.
nik skrang tak berminat dah nak beli baju bermanik dan berlabuci bagai ni coz jarang sangat pakai. membazir jea kalau setakat 2 -3 kali pakai. 


tahun ni dalam family nik meriah dengan pelbagai fesyen. 
nik fesyen kurung biasa jea.adik2 ada yang akan pakai kebaya, jubah, dan ber peplum iolss .
 kita tengok la rupa dan gaya mereka bila raya nanti.hehehe

nik tunggu en hubby balik,
baru best skit nak shopping dan mintak beli macam-macam.ngehngehngeh

korang kaler apa tahun ni?


menu berbuka Ramadhan ke 4


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

time bulan puasa gini macam tak ada idea nak wat entry lain dah
melainkan cerita pasal makan-makan jea.
hari ni dah hari ke-5 kita berpuasa. rasa macam cepat pulak masa berlalu.
 jap je dah masuk 5 hari puasa kan
apa menu berbuka puasa korang semalam? masak or tunjuk-tunjuk jea kat bazar?hihi

ni dia menu kami untuk hari ke 4 berbuka puasa. di masak oleh adik dengan penuh kasih sayang..haha
menu yang simple tapi sedap .cukup la untuk kami adik beradik makan..hehe
Ikan Siakap Masak Masam Manis

Telur Ayam Masak Lemak Kuning

onde-onde dan akok
feveret kuih kami kalau tiba masa ramadhan
kuih ni kami beli kat bazar ramadhan.

masa ramadhan ni dapat jugak makan kuih lompat tikam. ^___^
lama dah cari. suka suka ..hehe

psttt!!!
ramadhan kali ni tak excited sangat pasal makanan. makan ala kadar jea.