Saturday, August 31, 2013

Rendang mak mertua


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

masa balik rumah mertua kat Simpang Renggam sempat la merasa masakan Mak Mertua
masakan mak memang terbaik kan. even simple pun kita rasa sedap kan
nik kira beruntung sebab masakan mak mertua kena dengan selera nik .wink wink :)
cuma nik ni jenis yang tak makan banyak. ruang dalam perut iolss kecik jea.so makan skit pun dah kenyang..hohoho

Rendang mak mertua


terima kasih Mak selalu masak sedap sedap .



Wednesday, August 28, 2013

Beli purse baru


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

yeay!!! ada purse baru..nak show off skit purse baru kita. tak mahal pun
actually dah agak lama nak beli purse baru tapi sayang purse lama...sayang la sebab adik bongsu iolss yang kasi. beli kat london dengan duit biasiswa dia.
tapi purse lama ni dah rosak. burok sangat dah rupanya.huhu


 purse baru kita ..wink wink
mintak adik belikan masa dia ker Aussie. beli yang murah-murah sudah la.
asal tahan lama kan

suka sangat dengan purse baru ni
boleh isi kad banyak banyak

psttt!!!
pada yang berkenaan, tak suka baca blog kita tak pe la.
tak perlu nak perli-perli kata blog kita tak best la, blog kita boring la.
kalau dah baca tu maknanya suka la teww..cuma malu nak mengaku kan kan kan..muehaha
mesti kena perli lagi nanti coz update blog citer sal purse jea..kikiki
yang penting ada iolss kisah. mulut orang kita susah nak tutup. so senyum sudah la ^____^

Monday, August 26, 2013

open house



Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

dah beberapa hari tak menulis
setiap hari mengadap jea blog, baca kisah kawan-kawan
cuma tak sempat nak tinggalkan komen

jumaat lepas sempat balik ke Johor rumah Mertua.
sian en hubby tak sempat lagi nak beraya dengan family dia.
so bagi can la dia beraya sebelum naik kapal balik kan. kang kalau tak balik ada yang nangis.
anak bongsu manja skit.kikiki  ^__^

sempat la kami ke rumah terbuka abang dan kakak ipar en hubby di Gelang Patah.
rumah terbuka tokey bridal, harus la meriah kan.hihihi
yang tengah survey pakej pengantin boleh la jenguk-jenguk Mega Bridal Creations ni yea.
* sempat promote. wink wink :)

menu special..kambing golek


 rojak buah.yang ni 3 kali nik makan.
sedap.lagi-lagi bila letak kacang tumbuk banyak-banyak.haha
orang Johor panggil rojak petis. kami kat kelantan panggil colek buah..ehehe

banyak lagi lauk pauk yang ada. gambar jea yang tak ada
segan kot nak ambik gambar.bukan open house rumah sendiri :)


bayangkan la duk kat situ dari petang sampai ke malam. 
muka dah berminyak , badan dah melekit2..huhu
recycle balik baju raya pertama aritu :)


tuan rumah :)
terima sudi jemput kami.hehe

psttt!!!
esok dah kena start kerja balik. uwaaa...malas giler kot.
tetiba rasa rindu nak jadi full time housewife balik. hihihi

Sunday, August 18, 2013

Lokan


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

perjalanan balik kampung tahun ni agak smooth.
2-3 kali jea tempuh jem tapi kereta still boleh bergerak walaupun perlahan.
tahun ni kami ikut Jabor-Jerangau
tak sanggup tempuh jem kat bandar Bentong, Raub, Gua Musang dan Kuala Krai. huhu

yang best boleh singgah ke Kemaman, rumah Abang kandung saya..
boleh rehat sebelum mulakan perjalanan balik ke Kelantan.
sempat singgah  kat pantai Semerak, Pasir Puteh beli Lokan. diorang jual ni kat tepi-tepi jalan sekitar tu.

harga dalam rm 2 = 1 kg . kira murah la berbanding yang jual kat key ell ni. 
adik nik beli sampai 15 kg. nak buat bbq katanya. ala kalau ikutkan bukan banyak sangat 15 kg tu.
kulit dia jea besar. tapi isi dia ciupt jea :)
masa balik, adik nik siap beli lagi 20 kg. kawan dia mintak belikan .

lokan ni cepat masak bila di bakar.

rupa bentuk isi dalamnya.
first time nik makan ni.cicah lak dengan kicap pedas.
uishh...sedap sangat

bbq ni aktiviti wajib kami setiap tahun sejak kakak bina rumah kat ke Kelantan.
sambil berbbq sambil borak-borak kosong. seronok.

Friday, August 16, 2013

di risik


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

Alhamdulillah, selesai sudah majlis merisik adik ke dua nik. semunya berjalan lancar.
rombongan pihak lelaki datang masa raya ke dua.
ni antara hidangan yang kami sediakan untuk tetamu. family iolss masak sendiri.
masak menu simple-simple jea. tu pun berselera semua orang makan :)
bakal suami adik orang Kelantan jugak. so selera kami sama agaknya


sup tulang sedap ..hehe


ayam berempah


tembikai


puding koktail, kakak nik yang buatkan



sambal mangga


kerabu perut lembu hasil air tangan kakak ipar.


orang lain yang di risik, orang lain yang sibuk bergambar :)
yang dirisik berdebar-debar so tak kuasa dah nak posing bagai.
so bagi peluang kat akak dia posing yea.


budak comel ni siap berjubah jugak
geram nak picit hidung. 


alolo..awat comel sangat adik oooii...



cantik baju mak mertua adik iolss..ni sapa yang di risik sebenarnya ni :)
siap ada seisi sarung cincin lagi.
so skarang adik dah tak single. tapi boleh tukar fikiran lagi kalau tak serasi..opss...ngehngehngeh


kalau ikut apa yang di bincangkan, takkan ada majlis tunang tunang dah.
nanti kawin je terus..jimat masa dan duit . wink wink.
semoga dipermudahkan sehingga pernikahan dan seterusnya berkekalan hingga ke syurga

Thursday, August 15, 2013

Raya 2013 - family photo


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

 tahun ni family kami decide pilih tema warna kuning.
dah seperti biasa la. confirm ada yang akan lari tema.huwaaa.
apa-apa jea la. asal korang pakai baju sudahla  ^___^

agak-agak tahun depan kena beli sepapan kain yang sama.
pastu jahit la ikut fesyen yang korang suka. yang penting sama kaler.huhu

gambar wajib setiap kali raya
ada ruang lagi kalau di takdirkan ahli baru masuk sebelum raya tahun depan :)
keluarga kami yang tak besar mana.kikiki


family abang


family kakak

adik beradik

anak-anak saudara

sumpah rindu nak kumpul ramai-ramai gini lagi.
rindu suasana meriah masa raya aritu :)



Wednesday, August 14, 2013

cerita di hari lahir


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

9 august bersamaan 2 Syawal,  tarikh istimewa untuk nik..Alhamdulillah.. i am 29 years old.
tapi saya still nampak muda kan kan..ehehe
Syukur.Allah masih panjangkan umur saya sehingga ke hari ini. bertambah lagi satu angka.
Moga rahmat Allah makin bertambah dari hari ke hari.

nak ucapkan terima kasih kepada korang2 yang dah wish my birthday .
terima kasih sebab ingat birthday saya!
Hah, sapa yang belum wish lagi, boleh wish skarang.hahaha

buat Ma dan Ayah nik
terima kasih melahirkan dan membesarkan nik dengan penuh kasih sayang.

birthday girl.

girl la sangat...ngehngehngeh

dari family tiada sambutan yang dibuat. cuma ingatan daripada adik beradik tu ada. 
thanks buat adik-adik. susah susah jea beli kek birthday kan.
kek tiramisu.sedap :)


hubby balik raya ke 5. arini baru sempat celebrate.
tak ada sambutan yang luar biasa. ala kadar jea sambutan nyer
tak demand mahal-mahal punya. makan di Kenny Rogers Roasters kat IOI Mall Puchong pun dah buat cik isteri tersenyum lebar sampai esok  ^___^


dear Hubby
walaupun hanya sambutan yang simple tapi special untuk saya
thanks u so much. me love u till jannah

Hari Raya Pertama 2013


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

ni cerita hari raya pertama. cerita yang penuh dengan gambar.
Alhamdullilah..kali ni beraya di Bachok, Kelantan lagi. wink wink :)
raya tahun ni ada best dan ada yang tak best. yang best dapat kumpul ramai-ramai lagi.
complete 7 adik beradik.
yang tak best, of course la sebab en hubby tak ada.
sedihnya pagi raya tak dapat salam, peluk, cium suami..huhuhu

tahun ni raya disambut dengan sederhana tapi meriah

.rumah di kampung.

menu kami di pagi raya pertama

nasi dagang







comel jea perangai ayah nik ni, pagi-pagi dah paksa anak dia snap gambar dia
sebelum ni tak pernah mintak snap pic.hahaha
baju raya beli malam raya. nasib baik sempat :)

anak-anak pun sibuk menyelit jugak :)

baju raya paling simple tahun ni. baju kurung jea iolss

adik nik yang ni siap berpeplum

yang ni berjubah

ni lak berkebaya

sorang lagi kurung moden berlabuci 
akak dia jugak la yang biasa-biasa jea :)

my lovely Mama

anak saudara

anak saudara. dah sama tinggi dengan mak ciknya





budak comel ni makin cerdik, dulu punya susah nak snap pic
skarang dah ok skit.haha

mereka ni tetamu yang selalu datang masa raya.pagi-pagi raya dah sampai.
satu family sebelah Ma, satu family sebelah ayah nik.
tak ada mereka-mereka ni tak meriah la raya kami sekeluarga :)





yang lelaki tu sepupu kita sebelah ma yang masih single.
yang dah kwen semua raya ngan mertua.huhu

k. tu jea citer raya kami. jumpa lagi raya tahun depan.kikiki
bye