Saturday, November 30, 2013

our 4th anniversary


Assalamualaikum  (",)

29 November 2009 - 29 November 2013
just celebrate our 4th anniversary
tak sangka dah 4 tahun jadi isteri dia.hidup sebumbung , sekatil, sebatal.hihihi
eh..rindu pulak nak kawen balik :)

My Love. My partner in crime. My boyfriend. My bestfriend
 
happy anniversary hubby ! me luv u so much
how lucky I am having the best husband in the world
terima kasih sebab selalu ada saat saya perlukan awak.

masih baru lagi kehidupan kita di alam rumahtangga
semoga ikatan ini semakin kukuh biar apapun dugaan menanti..
moga Allah SWT sentiasa merahmati ikatan ni dan sentiasa membuka pintu rezeki kita supaya dapat berkongsi dengan yang lain.

ikhlas dari hati isteri mu. muaahh! :).
 
psttt !!!
Be thankful for what you have. 
you have no idea how many people would love to have what you got


Sunday, November 24, 2013

sister gathering+birthday celebration


Assalamualaikum  (",)

sejak sorang adik saya pindah ke rumah baru.
dah jarang sangat kami dapat berkumpul.alang-alang jumaat lepas bday adik saya.
so nik suggest tuk kami celebrate bersama..

dah tak suprise pun. siap tanya kat group what app family lagi. susah nak suprise bagai ni.adik saya yang sorang ni bukan lekat kat umah. ada jea aktiviti dia.so nak tak nak kena la tanya direct. kang kita buat suprise tak jadi lak.hihihi

sebenarnya nak la makan kat tempat baru. 
tapi tak tau nak pilih yang mana.so last-lat pi makan kata Pak Li Kopitiam jea la :)
kami berempat jea kali ni.adik bongsu ada kat UK.

menu yang kami order
semua order Nasi Ayam Lemon, kecuali nik order Spaghetti Bolognese with Meatballs





pencuci mulut

kek potong kemudian selepas keluar makan kat luar
beli kek kat The Baker's Cottage.
just simple celebration. sorry Ja, sebab dah tak suprise..hahaha




My dearest sister turns 28 years this year. 
Happy Birthday Ja.
Wish u all the best and may all your wishes come through.
semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt .

lots of love
from your sweet sister (sweet ker ???)
nak jugak interframe
blog kiteww.suka hati kiteww la.
hikhokhikhok


Friday, November 22, 2013

Ole-ole dari Medan


Assalamualaikum  (",)

dapat ole-ole dari kakak nik yang baru balik holiday dari Medan.
t-shirt untuk en hubby, purse untuk nik :)..comel sangat purse nyer.
thanks kak G. tak pernah lupa beli ole-ole kalau pi holiday.


untung la kann..syiokk dapat pi melancong kat negara orang.
sumpah jeless..sejak nik kerja ni, dah tak sempat nak rancang holiday. 
en hubby pun selalu jea outstation.hukhukhuk
tak pe la. kita kumpul duit dulu.ada duit lebih kita plan holiday. 

uwaaa..esok kerja.skarang ni kerja dihari sabtu itu normal.
kira OT la tapi tak jugak kaya..muehaha
nite uollss..esok kita terjah blog korang yang sudi singgah komen. rindu nak blogwalking.
arini tak sempat.udah penat.bye :)

Monday, November 18, 2013

santai bersama Najwa Latiff


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers


aktiviti hujung minggu saya. ke Dataran Gemilang (lagi).
selalu berdua jea dengan en hubby. kali ni angkut skali ngan anak-anak saudara.
best dari minggu lepas sebab tak ramai nak di bandingkan masa Dato Siti Nurhaliza buat persembahan.iolss tak suka sangat bersesak ngan orang ni.cepat rimas. mula la nak balik awal..hohoho

minggu ni giliran Najwa Latif buat persembahan.
yang cool Najwa siap boleh turun menyanyi kat bawah pentas lagi.
dapat la tengok dia dari dekat. manis orangnya.
suka senyum tapi nampak macam malu-malu lagi







segan sebenarnya nak bergambar. tapi macm rugi pulak tak bergambar kan.
bukan selalu dapat jumpa. artis popular tu iolss..
ingatkan bawak anak-anak saudara, nak bagi diorang excited.
rupanya mak cik dia yang terlebih excited
sejak bila pulak iolss minat Najwa Latif ni. ** wink  wink


program ni setiap minggu.setiap hari ahad.
start dari kul 5 hingga 7 petang.persembahan artis start lebih kurang kul 5.30 petang.
selalu artis ni nyanyi 2 buah lagu jea.
kalau sempat boleh la bergambar.wink wink :)

next week kalau tak silap ada Ramli Sarip dan Nora Danish
wewittt..best tu.sorang cantik,sorang suara best.
ermmmm..kalau boleh kan.
nak request Zamani Slam and Faizal Tahir pleaseee..
sure nik orang pertama yang sampai. muehaha

Wednesday, November 13, 2013

shopping baju kurung online


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

mesti bosan korang baca blog nik kan. asyik duk update sal shopping online jea.
bajet macam banyak sangat jea duitnyer..ngehngehngeh

sejak dah start keje balik ni. tabiat suka shopping muncul balik.
selalu ada jea benda nak beli.susah jugak ada duit sendiri ni kan.
tak ada duit pun susah jugak. ermmm...gitu la manusia.tak pernah nak puas hati.opsss

 sebenarnya best jugak, bila dah kerja penat-penat, lepas tu spend duit untuk diri sendiri.
nampak la hasil bila kerja kan . cuma kena pandai la berjimat.

ni latest purchase saya.harga promotion.dapat la rm 50 untuk sepasang.
susah dah nak dapat baju murah gini. sebab tu nik beli.kikiki
memang puas hati sangat. mula-mula ingatkan saiz kecik,takut gak ketat dan melekat kat badan kan.
tapi bila pakai, longgar jea. ermmm..atau nik yang kurus sangat ni.hohoho
tapi yang penting..suka sangat baju kurung ni. kain bukan jenis melekat kat badan




ni confirm last purchase untuk bulan ni.

nik beli online kat sini.

Monday, November 11, 2013

santai bersama Dato Siti Nurhaliza


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

saya di sini semalam

Santai@Dataran Gemilang semalam full house. selalu nik pi tengok , tak ramai pun orang. 
ni semua penangan Dato Siti Nurhaliza. 
nak bergambar ngan Dato Siti memang confirm tak dapat. so mintak hubby snapkan gambar Siti kat atas pentas jea la. tu pun susah nak snap. ramai giler orang nak ambik gambar dengan dia.

diorang ni sanggup berdiri depan pentas dari duduk.
dari mula persembahan sampai ke akhir.
hebat la. tak bagi peluang langsung kat orang lain nak ambik gambar jugak. so ni jea la gambar yang sempat hubby snap..tu pun terpaksa bersesak dengan orang ramai.hehehe

cantik sangat dia. pakai simple gini pun dah cantik.











i love u Dato Siti Nurhaliza. tak dapat bergambar berdua pun tak pe la.
at least dapat gak tengok Dato Siti Nurhaliza dari jauh.

video rakaman dari jauh





ni video rakaman dari jarak dekat





thanks pada yang sudi upload kat you tube :)


Sunday, November 10, 2013

hasil shopping online


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

kalo dah start beli online, memang asyik nak beli je.bahaya btol..huhuhu
sangat-sangat suka blogwalking dan cuci mata kat online shops.
sekarang ni kan banyak sungguh online shop yang jual pakaian yang cantik-cantik

sebelum beli nik dah survey dulu a few online store lain.
perlu survey coz ada barang yang sama boleh dapat dengan harga berbeza. 
tapi kalau jenis korang yang tak kisah sal duit, no hal la.
ni antara online store yang jual baju dengan harga yang murah

Roses Shop II

contoh nya baju ni



Geometric Printed Round Neck Tunic Dress
RM 29 kalau beli kat sini. kat online store lain ada sampai rm 42 tau.tak termasuk postage
beza harga dalam rm 13. banyak gak tu boleh jimat kalau kita rajin survey.
so rajin-rajin la survey yea.

satu lagi bila beli online store,
nik suka baca review atau comments dari orang-orang yang pernah beli .
kalau banyak complaint tu memang takkan beli la.

kat online shop ni, bila beli 3 item dapat free postage.
so TERRR paksa la iolss beli sekurangnya 3 helai.
kalau tak rugi la perlu bayar duit postage * baik punya alasan..kikiki
so TERR beli la 2 helai lagi. opsss...



baju kat sini semua ready stock.tak ada yang pre order punya.
so cepat la dapat :)
argghhh...banyak lagi pakaian yang cantik-cantik yang nik berkenan.
tapi nak stop dulu shopping online ni.

pstt!!
tujuan entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk yea. just nak share saja.
lagipun ini bukan iklan berbayar.tak salah nak share something yang saya suka.
mana tahu ada yang tengah nak survey pakaian, so harap ianya dapat membantu.
kalau korang ada mana-mana online store yang lagi best, meh la share.

Thursday, November 7, 2013

army blouse



Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers


setelah berzaman tak beli online, tetiba tergerak hati nak usha kedai online.
setakat ni, tak pernah kena tipu lagi tapi kalau rasa tak puas hati tu adalah. 
tipu sangat kalau kata semua okey.

nik beli ni...army blouse
harga sangat reasonable nak di bandingkan dengan online store yang lain.
perkara paling penting bila nak beli baju, of course kita tengok harga dulu. orang lain maybe suka beli baju mahal, boleh pakai lama tapi nik suka beli baju murah, boleh beli banyak-banyak.hahaha

blouse ni jarang, so kena pakai inner.
 tak nak pakai pun tak pe , dosa tanggung sendiri.hikhikhik
nik ni blouse jarang or tak jarang memang dah ter biasa pakai inner. 

haha..recycle gambar entry sebelum ni.

kalau berkenan boleh singgah intai di

http://instagram.com/cottoncandylab

target nak cari seluar or skirt army pulak.
macam cantik jea tengok orang lain pakai :)

korang ada online shopping yang best, share la.
yang penting cantik dan murah.


Wednesday, November 6, 2013

semalam di Putrajaya #piiacuf2013


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

semalam sempat ke Festival Kesenian dan Kebudayaan Antarabangsa Putrajaya 
di Dataran Putrajaya, Presint 3
festival ni start dari 1 hingga 10 November 2013.
bermula pada jam 10.00 pagi sampai jam 10.00 malam.


nik sempat masuk ker Pameran Kesenian Islam jea. gambar tak snap banyak pun.
snap pun guna hp cikai jea..hoho..pastu hujan lebat sangat. 
so tak dapat la nak explore apa lagi yang menarik kat sana
nasib baik pamerannya dalam khemah.

kat pameran tadi ada jumpa Ustaz Don. yeayy..dapat tengok Ustaz Don dari dekat
tapi tak pi bergambar pun. ramai orang..huhu
suh hubby pi bergambar, dia tak nak pulak. rugi..rugi..Ustaz Don hensem tu...hihihi

ruang pameran tak besar mana pun.
barang-barang yang di pamerkan pun tak banyak.
rasanya macam banyak booth jual pakaian jea :)





replika batu bersurat

tuan blog dah lama tak interprem
my selfie photo #camera360  #imnotthatflawlesslah#hikhokhikhok


ok bye

Tuesday, November 5, 2013

Western Food @ Pasta Express Putra Perdana


Assalamualaikum  (",)
hi my lovely readers

pagi-pagi dah update pasal makanan. makan malam kami semalam.
sesekali tekak nak makan makanan western..kuikuikui
kalau nak makan western food,
sah-sah kena cari kat luar. mana la reti nak buat.
dekat area rumah nik kat mana lagi nak makan western kalau bukan di Pasta Express.
dah pernah buat entry sebelum ni sal tempat ni.
nik makan malam agak lewat, so order mushroom soup dulu.
laparrrrr..huhu


Mixed Grill - Lamb Chop, Chicken Grill and Beef

review???
 makanan dia biasa-biasa je,
takde la sedap sangattt tapi tak ada la teruk sangat rasa dia sampai
tak boleh makan.nak rasa kena la korang try sendiri. tekak manusia ni lain-lain

kalau uolss nak datang ni alamatnya


Express Malaysia Modern Western Cuisine
4pm-12pm daily
GM 12A, Jalan Putra Perdana 5C1
Taman Putra Perdana
47100 Puchong, Selangor.
011-2365 5298

uolss juga boleh like page Pasta Express Malaysia kat sini:


Thanks for reading this entry!
ok bye