Tuesday, December 31, 2013

2 hari di Simpang Renggam, Johor


Assalamualaikum  (",)

rasa macam lama dah rasanya tak update blog. 
nampak macam bz bebonar jea muahahaa.weekend lepas balik johor. 

ada kenduri kesyukuran.
Ma dan Ayah nik follow skali masa balik Johor tapi tak dapat ke kenduri coz Ayah tetiba tak sihat.so rehat kat hotel saja. nasib baik la hotel yang hubby sewa tu selesa.
Ayah dan Ma check in kat hotel ni
SR Inn.selesa dan bersih.






Sabtu malam Ahad, ada kenduri
Alhamdulillah.. bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana dah berjaya 
merealisasikan impian hubby tuk buat kenduri kesyukuran kat Johor.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. dah lama teringin nak buat kenduri dan jamu sedara-mara.
walaupun tak ramai yang datang,
tapi ada saudara mara hubby yang tak pernah jumpa datang kenduri kali ni.

semua ni kakak dan abang ipar hubby yang masak.
terima kasih kat semua yang sudi datang ke majlis kenduri ala kadar kami sekeluarga
pada yang tak datang, rugi la.makanan sedap..hihi




entry penutup untuk tahun 2013.
Selamat Tahun Baru 2014 semua.

Monday, December 23, 2013

jalan-jalan cari makan di hujung minggu

 
Assalamualaikum  (",)
weekend semalam, banyak makan kat luar.
eh eh eh..selalu memang banyak makan kat luar pun kan.tettt..kantoi

sabtu kita kerja. so pagi-pagi dah kuar.sebelum tu ajak hubby breakfast kat mamak
tu jea kedai yang paling dekat dengan opis.
ni fav nik..roti canai cicah gula. tak suka cicah dengan kari or sambal.
kuah dhal ok tapi still kena campur gula.

tengah hari makan kat food court Tesco kat Bandar Bukit Puchong
ni pun dah jadi makanan fav nik, Nasi Ayam Penyet. kawan opis yang suggest makan ni.
harga murah jea. RM 5.50 sepinggan. sup dan sambal sedap sangat
 


ni makanan petang semalam. lupa lak nama tempat nya.
tapi dekat ngan Seri Kembangan. not bad la makanan dia.ikan siakap 3 rasa dia sedap.
ikan yang di goreng rangup. selain tu order tomyam campur, sotong celup tepung dan telur dadar.
sayur terlupa nak order..nampak sangat tak suka sayur..hohoho
 



tapi kan.nak bgtau skit la.
kalau yea pun free tapi takkan la sampai bagi ulam yang dah kering
kesian tau kat kami.haha.

ok. tu jea nak share
esok kita terjah blog korang yang sudi tinggalkan komen .tunggu !!!
 

Sunday, December 22, 2013

Tukar-tukar hadiah dengan geng opismate


Assalamualaikum  (",)

ada aktiviti tukar hadiah dengan opismate jumaat lepas.
yang menarik boss-boss pun siap join skali . sporting
semua perlu beli hadiah. setiap seorang sekurangnya hadiah berharga lebih dari RM30.
kami perlu cabut nama and nama yang kita dapat tu adalah orang yang kita perlu bagi hadiah.
dapat opismate pompuan. dapat lelaki pun tak kisah. sebab hadiah yang nik bagi tu, lelaki or pompuan boleh guna. hadiahnya????

rahsia..shhhhh..hahaha
 
semua hadiah yang dapat di kumpul :)
siap letak bawah pokok Krismas kot. ni kawan-kawan opis yang hias

aktiviti suka-suka jea. tak ada bawa maksud apa-apa
ni hadiah yang nik dapat

 

tak ada la excited sangat . sebab tak berharap dapat hadiah yang best pun.
dapat ni kira ok la. ada gak sudi bagi kan
 
happy dengan hadiah masing-masing


Soalan
25 disember setiap tahun adalah hari krismas/natal bagi penganut
kristian.jika sekiranya penganut tersebut mengadakan upacara
bertukar-tukar hadiah sempena menyambut krismas sama ada di pejabat atau
di tempat kediaman dan ada segelintir umat Islam yang mengikut/turut
menyertai acara tersebut. soalan saya..apakah hukum sambutan itu bagi umat
Islam.

Jawapan
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Umat Islam juga boleh memberi hadiah, tetapi adalah lebih elok jika hadiah
tersebut tidak diberikan pada hari tersebut (25 Disember) kerana ia sama
seperti mereka yang merayakan perayaan tersebut. Panel mencadangkan agar
hadiah tersebut diberikan sama ada sehari sebelum atau sehari selepas
sambuatan perayaan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan daripada meniru cara
dan amalan mereka. Wallahu 'alam.

Saturday, December 21, 2013

TERbeli di Watson ^__^


Assalamualaikum  (",)

semalam hubby ajak ke Aeon Big. 
singgah diWatson. niat di hati , masuk Watson nak beli syampoo jea.
tapi beli barang yang tak ada dalam list pun..opsss
dapat beli, terus senyum sampai telinga...hehehe
yeeehaaaaaa....best giler dapat shopping...hilang terus penat kerja

barang yang TERbeli di Watson.
kalau hubby tak tarik tangan ni.agak-agak banyak lagi yang di borong..hoho.
.ni pun kat Watson jea..kat Aeon Big terbeli jugak..haha..padan.
 
 

ini semua salah Watson.tak sah masuk Watson kalau tak beli barang.
lagi teruk,tujuan asal nak beli benda lain,. tapi bila dah masuk terbeli benda lain..hahaha
 
feveret compact powder, Pixy Uv Whitening
percuma Pixy Cleasing Lotion

pertama kali beli produk skincare dari brand Simple
beli facial wash dan scrub jea :)


 akhirnya..beli jugak lipstik setelah sekian lama pakai lip balm jea
 cantik kan kaler dia.harap cantik jugak la bila pakai kat bibir *wink wink
haaa..yang ni sebenarnya nak di beli. tapi lain yang di beli dulu..huhuhu
pompuan macam gini kan. tapi tak semua la kan
yang special jea la selalu mcam gini. kikiki

beli barang yang mesti guna. so tak ada la rasa membazir pun
yang penting gua happy  ^__^

tak dapat apa-apa pun dari review ni,
 cuma saja nak berkongsi :)
k bye
 
.

Tuesday, December 17, 2013

jom kita makan


Assalamualaikum  (",)

dari minggu lepas teringin nak makan pizza. akhirnya dapat jugak makan.
mengidam mengalahkan orang pregnant.haha
makan kat Pizza Hut Puchong Prima. nasib baik orang tak ramai. service pun cepat jea.

amik set untuk empat orang makan coz adik join makan skali.
dapat pizza sedang 2, mushroom soup 4, air 1 jug dan garlic bread
ni pun dah banyak. hubby lak order menu lain.
teringin sangat nak makan kan. haa..makan la kenyang-kenyang *wink wink



2 mushroom soup untuk nik :)..hubby tak suka sangat mushroom soup ni
so isteri dia la yang tolong abiskan.



2 slice pizza jea berjaya masuk perut. makan banyak-banyak muaklak
last skali terpaksa tapau. buat makan malam..haha
muka happy sebab dapat makan apa yang di idam kan.thanks hubby :)

masa hubby ada la baru best jalan-jalan.
kalau dia outstation, memang weekend selalunya nik terperap jea la kat rumah.
nak kuar pun tak tahu nak gi mana. lagipun tak berani nak keluar jauh-jauh ni.iolss buta jalan.
kikikiki..nasib baik tahu jalan balik rumah dari tempat kerja pun kira ok la tu..haha


Saturday, December 14, 2013

Inner Neck Cotton Black

Assalamualaikum  (",)

suka sangat inner neck ni.
nik beli sebab nak pakai bersama shawl or tudung bawal sebab nak cover leher.
selalu tudung bawal or shawl kan jarang especially untuk warna cerah macam putih or cream.
material sejuk, lembut dan selesa. tak panas langsung pakai ni.
inner neck ni  ade pengeras dibahagian depan.

jujur cakap, sebenarnya masa mula-mula terima dan pakai rasa tak best.
rasa macam ketat semacam jea kan. meybe sebab inner dia ala ninja skit. kepala nik lak besar kan..hihihi..try pakai jugak.lama-lama rasa macam best pulak.
nik  ni pakai apa-apa pun still akan nampak muka bulat.sama jea inner ni pun.
still bulot jugak muka kita.cuma bila pakai kat dalam bersama tudung bawal memang ok sangat.
Alhamdulillah sangat puas hati

ni gambar inner nyer
paandangan depan

ni dari pandangan tepi.ala ninja skit kan:)
*gambar pinjam en google

nik beli inner ni dengan si cantik manis Lyana Hisham
confirm akan beli lagi satu untuk tukar2 pakai.


Late dinner @ Hayaki Kopitiam


 Assalamualaikum  (",)

semalam ker downtown Danau Kota.saje jalan-jalan. terapi minda kata nya..haha
pusing dari satu lorong ke satu lorong
last-last tak ada yang berkenan.selamat duit en hubby *wink wink

perut lak time tu jugak nak berbunyi kan.
so sebelum balik singgah makan di Hayaki Kopitiam
order Nasi Dagang Ayam. sangat sangat sedap ini Nasi Dagang.
sampai arini teringat-ingat.hihihi


**gambar sumber dari google
tak sempat nak snap.lapar sangat ..hahaha..
tapi sebijik macam ni la hidangan dia :)

Wednesday, December 11, 2013

aktiviti di kala cuti


Assalamualaikum  (",)

11.12.13, date cantik arini . no wonder la ramai yang pilih arini tuk kawen.
dan arini jugak cuti untuk negeri selangor. ala..cuti sehari jea pun.tapi ok la. dapat jugak rest.
sempat la kami kuar jalan-jalan hiburkan hati..hihi


macam biasa la, kami selalu ada problem time nak pilih tempat untuk makan
arini hubby belanja, so biar la dia buat keputusan.
last-last ke Alamanda la kami.ajak adik saya join skali.
dah lama tak bersantai-santai dan jenjalan di Alamanda
makan di secret recipes. service kat sini arini lambat gila.
 nampak cam ramai pekerja tapi dekat 1 jam jugak la tunggu makanan sampai
fuhhh..sabar jea la



nik order Chicken Cordon Bleu
ayam keju + jagung + fries..
sedap cuma keju dalam ayam tu tak brapa nak meleleh sangat..huhuhu



terima kasih en hubby
moga selalu murah rezeki.isteri boleh tumpang sekaki..hehe