Wednesday, January 1, 2014

Short Vacation | Gold Coast Morib Resort Part 1


Assalamualaikum  (",)

1st entry di tahun baru 2014.update percutian terakhir di akhir tahun 2013.
kalau cerita jalan-jalan harus ber part-part kan. malas nak buat sekali harung.
dasar pemalas...muehaha
just came back from Gold Coast semalam..last minute holiday.
tak sampai kat Gold Coast Australia sampai Gold Coast Morib pun jadi la.
1 jam setengah jea dari rumah kami.


memang dah lama plan nak ajak hubby stay kat sini.
walaupun kebanyakan review kata biasa jea.
beli voucher thru StreetDeal . ada voucher penginapan 2D1N dengan harga RM168
harga kalau tak offer dalam RM584 katanya la :)

dapat penginapan 2D1N di Studio Suite termasuk sarapan 2 dewasa
dan 2 ticket nak masuk ke Theme Park.
voucher yang ni beli ni valid dari 8 Feb 2013 hingga 31 Dec 2013 dan untuk weekdays sahaja.
actually beli voucher ni dah lama.sebelum kerja lagi. nasib baik sempat booking sebelum tamat tempoh.

kalau sapa-sapa nak beli voucher Gold Coast Morib , boleh try tengok kat Groupon, Milkadeal, Streetdeal or Mydeal. selalu ada promo kat sana
jangan lupa baca syarat-syaratnya. lagi-lagi travel period. selalu yang murah tu untuk weekdays.

sebelum ni pernah ke sini, masa team building opis aritu
kali ni berdua dengan en hubby. keadaan bilik sama jea cuma kali ni mengadap theme park.
mengadap theme park atau hutan, sama jea bagi nik.bukan bila mengadap theme park ko boleh terjun terus dalam kolam pun..hihi



sewing kit, body lotion, comb, tooth brush, shower cap
tandas pun nak ambik gambar.muehaha..
mana tahu korang first time nak ke sana kan. so boleh tengok keadaan biliknya macam mana.

jakuzi dalam bathroom


view theme park dari balcony bilik
boleh la cuci-cuci mata * wink wink



 next entry akan update apa aktiviti yang kami wat kat sana.
makan malam kat mana. beli voucher yang tak include makan malam so pepandai la cari makan sendiri.

PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Morib Beach,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: +6 03 3198 1028
Fax: +6 03 3198 1055
E-mail Enquiry: info@goldcoastresort.com.my
Reservation E-mail: reservation@goldcoastresort.com.my
Website: www.gcr.com.my
 
 

7 comments:

  1. Wow kak nik. Jakuzi tu penting. Hehwhe

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi, belum pernah ke malaysia tp jadi penasaran kita ini liat pemandangan theme park dar balkon hotel nya :)

    selamat tahun baru 2014

    ReplyDelete
  3. gold coast ni memang best kan tempat dia.. cantik..

    ReplyDelete
  4. Zara pn bru blk n bru je update psl gold coast hehehe!

    ReplyDelete
  5. Wahhhh memang menarik kat sini ye :)

    ReplyDelete
  6. syoknya nik kalau bawak anak pi mandi kat situ...

    ReplyDelete
  7. mak aih besarnya ikan kaloi berenang2 lam kolam. berbaloi giler beli pakej macam ni.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^