Thursday, April 24, 2014

A Journey of Rumah Pertamaku Part 1


Assalamualaikum  (",)

setelah hampir 4 tahun lebih nik dan suami menyewa.akhirnya nekad nak beli rumah sendiri.sampai bila nak menyewa kan. at least bayar mahal pun rumah tu atas nama sendiri.
entry kali ni nak share prosedur yang kami lalui
mana tahu boleh jadi rujukan untuk sapa-sapa yang nak beli rumah
lagi-lagi untuk yang first time beli rumah macam kami ni.
tak tahu apa apa pun.tapi tetap jugak nak beli rumah kan.
tak ada tips pun, just share pengalaman.
entry ni buat simpanan peribadi jugak. mana la tau ada rezeki lebih boleh beli rumah kedua, ketiga dan seterusnya * mood berangan lebih ..muehaha

Cari rumah
first cari rumah idaman dulu
memang hajatnya nak beli rumah sekitar kawasan perumahan kami kat Puchong.
dah selesa tinggal kat sini.lagipun kawasan sini tak crowded sangat nak banding dengan kawasan Puchong yang lain.

kami jumpa rumah ni kat Mudah.my.rumah 2sty Cluster Semi-D jadi pilihan.
harga rumah tu paling murah dari yang lain.
contact agent dan buat appointment untuk tengok rumah.selalu rumah kat kawasan nik ni under agent.

dah berkenan so ke bank dulu . tanya sal permohonan loan rumah.berapa loan yang layak kami pohon.
baru confident nak pi bayar booking nanti.

Booking 
1 Feb 2014- untuk booking ni agent mintak 2% dari harga rumah.
yang ni nik bayar cash dan mintak resit.ada sign aggrement jugak yang menyatakan kita dah bayar 2% untuk harga rumah.

Loan
rumah kami ada dua penama.nik dan en hubby so 2-2 orang pon kene sediakan dokumen untuk permohonan loan.
1.slip gaji 3 bulan
2. penyata terbaru kwsp
3. bank statement
4. ic

kebanyakkan bank tak boleh nak proceed loan rumah area taman kami ni.
main reason pemaju dah bankrup. hanya CIMB yang boleh bagi market value tinggi untuk rumah.
Alhamdulillah.loan lulus. tak sampai seminggu permohonan.cepat bank proses. 

Sign Loan Offer Letter
17 Feb 2014 - pi bank CIMB untuk sign Letter of Offer.
kami apply 90% loan campur dengan MRTA dan loan legal fee.
maknanya total loan included insuran dan lawyer (loan).
MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) insuran untuk cover loan (wajib).ni pinjaman akan dibayar jika berlaku kematian/hilang upaya kekal kat owner.

selesai urusan bank, kali ni dengan laywer pula.lawyer untuk SnP.
kami mintak kat pihak bank senarai nama peguam yang jadi panel diorang.
untung sebab owner pun guna lawyer sama, jadi process documentation tu jadi cepat dan mudah sebab satu lawyer uruskan semua.


pejabat lawyer kami. recomended. kerja diorg bagus.
tak perlu nak follow up banyak kali.cepat jea proses.

lawyer tu bukan free ye kawan2. permulaan bayar RM 2500 untuk lawyer uruskan document.
sebelum sign SnP, lawyer akan bagi qoutation, brapa jumlah wang akan kita bayar sepanjang proses sehingga dapat kunci rumah. lebih kurang 5 k jugak la untuk bayaran lawyer ni.

Sign Sales and Purchase ( SnP)


26 Februari 2014- lawyer akan set time untuk sign SNP. 1 dokumen ade 4 copy then kena initial setiap muka surat tu sampai nak tercabut tangan.so bertabahlah.hahaha
nik tak amik cuti masa sign SNP ni.so terkejar2 jugak la nak sign.lewat skit la masuk opis.
opss...sorry boss..haha

owner tak nak tunggu lama.
so kami kena bayar the remaining balance dengan duit sendiri dulu.lepas tu baru keluarkan duit kwsp.
sebelum ni kami dah bayar booking fee 2% , bila sign SNP kita bayar lagi 8% untuk cukupkan 10% down payment rumah.
bayar guna bank draft. bagi yang tak ada cheque. 2 hari sebelum sign SnP, lawyer call bgtau nama nak letak dalam bank draft tu.

kerja lawyer
pihak lawyer akan buat salinan dan stamp duty,
uruskan dengan pemaju.. diorang cakap kami dapat settle lebih cepat sebab owner tak ada hutang kat bank.

 so tanggungjawab kita adalah selalu follow up dengan lawyer.
kalau boleh setiap 2 minggu lepas sign SnP, call tanya.
sebab lawyer ni banyak SnP kena buat, so bila kita selalu follow.proses akan jadi cepat.

bagi yang nak kuarkan KWSP perlu ade letter offer dari bank dan copy SnP.
proses kuarkan duit KWSP, nik citer lain entry k :)

macam2 proses yang kami lalui. perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan kan
kalau dah tertulis rumah tu rumah kita, Insyaallah, segala proses akan berjalan lancar
nanti continue lagi yea. dapat ker tak rumah tu, kita citer part 2..suprise (suprise ker??).muehaha


7 comments:

  1. alahhh bersambung la pulak.. tgh excited ni.. banyak gak urusan jual beli rumah ni eh..

    ReplyDelete
  2. bestnya dah ada umah, teringat zaman liza beli umah dulu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dpt jugak dok umah sendiri... lama tak singgah sini...

    ReplyDelete
  4. wahhh.. tahniah kak Nik, akhirnya berjaya jugakkan. Syukur sebab dapat lawyer yang okkan.. Semua benda jadi mudah. :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nik,, sye pun actualy dalam proses beli rumah juga, rumah sye nak beli ni pun devaloper bankrup juga dah 25 tahun masih status master title. But alhamdulillah cimb and publicbank call ari ni dah approve loan.. Boleh tak kalau emeil personal saya, sebab sye ada nak tanya mengenai lawyer yg nik guna tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Pn.nik sye nak minta sedikit tunjuk ajar. Sye pun dlm proses beli rumah devaloper bankrup, masih master title.dah 25 tahun master title. Owner pun tak ada hutang bank. Alhamdulillah hari ni bank call loan approve . Boleh tak reply emeil personal saya. Nak tahu mengenai urusan lawyer ni. Umah sye beli rm123k guna islamic loan. Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pn.nik sye nak minta sedikit tunjuk ajar. Sye pun dlm proses beli rumah devaloper bankrup, masih master title.dah 25 tahun master title. Owner pun tak ada hutang bank. Alhamdulillah hari ni bank call loan approve . Boleh tak reply emeil personal saya. Nak tahu mengenai urusan lawyer ni. Umah sye beli rm123k guna islamic loan. Terima kasih

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^