Thursday, May 8, 2014

Review Sister’s Wedding #7: Bunga Tangan & Button Badge


Assalamualaikum  (",)

selamat petang. sambung lagi review.
tak habis-habis lagi entry review sal wedding adik.banyak lak idea nak membebel..huhu
kali ni 1 entry ada 2 benda nak review sekaligus.

Bunga Tangan
pengantin perempuan dengan bunga tangan memang tidak dapat dipisahkan
bunga tangan ni boleh naikan seri pengantin.
tak ada la nampak kosong masa sesi bergambar,
skarang ni, banyak pilihan untuk bunga tangan.
terpulang nak yang mana, yang penting sediakan duit.yang lagi kreatif boleh DIY.

adik nik ada 2 jenis bunga tangan.
keduanya dia beli sendiri.butik pengantin ada jea sediakan.
memang bunga tangan je pun, tak ada apa sangat. tapi bukan selalu pun kan kita pegang bunga tangan so apa salahnya beli yang kita suka.yang penting ikut kemampuan.

untuk majlis akad nikah, adik pilih Sakura HB. harga range dalam RM 100 - RM 150.
bunga tangan ni hasil kreativiti Pastelicious Hand Bouquet
hasil nya amat memuaskan.cantik sangat bunga ni dalam gambar.










untuk tempahan contact diorang yea
Seri Kembangan
43000 Seri Kembangan
Today 08:30 - 22:00
Phone 017-2064100 (Whatsapp Only)
Email pastelicioushandbouquet@gmail.com

masa majlis resepsi adik guna bunga tangan fresh flower
kalau tak silap nik harga bunga tangan ni RM 60.
bunga tangan ni beli di Jalan Che Su. berhadapan dengan Smart Reader Kids








Button Badge
 trend pakai button badge untuk keluarga pengantin,
guna sebagai pengganti bunga corsage
senang tetamu nak kenal ahli keluarga pengantin
adik tempah kat Wedding button badge murah
adik beli masa promosi, rm1.50/pcs.murah kan.
banyak design button badge dia cute miut je
kalau korang kreatif boleh la design sendiri
yang best tiada minimum order, saiz 58mm. permukaan glossy- laminated so sure cantik,
berkualiti dan tahan lasak.tempoh siap 1-2 minggu

design yang adik saya pilih
i just love this simple badge. sebab ada nama pengantin dan date.
adik nik tempah untuk family, family in law bridesmate dan bestfriend dia yang datang wedding


close up button badge untuk nik dan hubby
nama manja dalam family..muehaha

worn with pride.kakak pengantin nak jugak interprem
pengantin pun ada button badge. untuk kenangan


tunggu review seterusnye..jeng jeng jeng
hahaha

2 comments:

  1. ewahhh..kakak pgantin lak yg comel byk nih hehee :)

    hyee kak nik :) shida singgah sini naa :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^