Monday, May 26, 2014

Review Sister’s Wedding Ja & Faidz : Akad Nikah Outfit


Assalamualaikum

baru balik dari kampung. ada kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
adik saya sorang lagi dah nikah..tahun ni dapat 2 orang adik ipar uolss
so kali ni review wedding adik pertama saya pulak.muehaha.review wedding lagi..kiki

jom review details about nikah outfit:

Pengantin Perempuan

Baju Nikah
adik beli baju nikah yang ready-made je.
tak payah fikir nak beli kain,upah jahit semua.tak sempat kot nak buat.
kami survey kat area Jalan Tar dan Masjid India.kedai baju ni btol2 sebelah Masjid India.
ada banyak deretan kedai jual dress ready made macam ni. 
so korang yang mencari boleh terjah sana jea.

ni dia dress pilihan hati adik kita.
sebenarnya niat hati nak cari warna mint tapi tak jumpa pulak dress mint.
bile tengok atas, cantik pulak dress gabungan warna grey + purple ni
first time tengok iolss terus jatuh hati.
tak sangka adik pun berkenan jugak dengan warnanya


try terus kat kedai


dress ni simple and sweet, less is more
yang bagus.tak perlu alter apa-apa pun

pandangan dari depan dress
dress gabungan purple + grey. manik penambah seri.

kain yang flowy


jahitan manik di dress pun cantik
ada zip kat lengan

Veil
beli kat tempat yang sama jugak dengan baju nikah. diorang memang ada veil siap
kat sana korang boleh pilih.adik siap try terus kat sana.nampak cantik jea kami beli.

veil dari pandangan sisi

veil dari pandangan atas



Shawl
beli shawl half moon grey untuk match dengan baju akad nikah, RM10 kat Bazar Jalan TAR.
punya la susah nak cari warna yang sama dengan baju. yang ada kebanyakannya grey gelap skit.
tapi akhirnya jumpa jugak.



Pengantin Lelaki

Baju Melayu
kalau bukan musim raya susah sangat nak cari baju melayu.
kedai btol2 depan Masjid India.ada deretan kedai jual baju melayu.macam-macam warna ada.
ikut perancangan nak beli baju purple dan sampin grey.
tapi tak jumpa sampai ke sudah. jumpa warna sama tapi saiz pulak tak ada.
so decided tukar warna baju.so baju melayu grey dan sampin purple.
bila match balik nampak sangat lawa


Sampin
harga sampin lagi mahal dari baju melayu.muehaha
beli kat kedai sama dengan baju melayu.
corak ni jea yang cantik.punya la susah nak cari sampin kaler purple yang cantik.
harga dia boleh tahan mahal.
ada yang murah tapi corak tak cantik lak.corak tak sesuai untuk pengantin..huhu
terpaksa beli la jugakkan walaupun mahal.takkan nak pakai kain pelikat lak nanti


Songkok
beli dekat deretan kedai kat Masjid India jugak.RM50.

Butang Baju Melayu & Kerongsang Di Songkok
beli butang baju melayu jenis ala berlian skit.baru cam nampak pengantin kan.hihi
pastu beli kerongsang untuk letak dekat songkok.

belanja lebih kurang 1k untuk semua outfit nikah ni.
semua outfit ni kami shopping dalam masa 1 hari jea.
fuhhh..lenguh kaki kot.pusing 2 -3 kali jugak la Jalan Tar dan Masjid India
rasa macam longgar lutut dah. nak solat tu kena tahan.sakit kot..huhu. tapi bila tengok hasilnya puas hati.saya ni suka bab2 teman beli baju, bagi idea tuk majlis nikah kwen ni.
suka sangat la.

2 lagi adik yang tinggal.who's next ?

4 comments:

  1. Wah kurus adiknye.. huh bila nk badan cmtu. Oh ye mana dia beli sampin lelaki tu ye?? cntik plak. Berapa harga sebab ngah carik jgk

    ReplyDelete
  2. Cantik la nik beli siap lagi jimat.... klu nk upah kos dia lagi mahal

    ReplyDelete
  3. Cantik juga gabungan kelabu dan ungu ni

    ReplyDelete
  4. kombinasi warna y sgt cantik
    purple+grey

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^