Monday, August 4, 2014

Relax Santai di Pulau Tioman Part 1


Assalamualaikum  (",)

tak ada mood nak start kerja. lepas ni, no more cuti panjang.
kena focus kerja kerja dan kerja. stress uolss.muehaha
so sebelum start kerja, kita pi bercuti.trip ke Pulau Tioman ni last minute planning sebenarnya.
nik kan raya kat Johor, so raya kedua kami ke Mersing cari ajen tuk ambik pakej ke Tioman.
nak main terjah takut hotel fully booked nanti. 
musim cuti sekolah dan cuti raya, confirm ramai yang nak pi bercuti kan.

banyak travel agensi yang tak buka lagi. second day raya kot..hihi
terjumpa Pakcik Sani, so dia bawak kami ker travel agensi ni

Island Connection Travel & Tours (M) Sdn. Bhd
Address : No:38 Jalan Jeti, Bandar Tepian Sungai,86800 Mersing,Johor Malaysia
Tel : 07-799 2535
Tel 2 : 07-799 4033

ada lebih 200 pakej, so korang boleh bgtau brapa bajet, nak tinggal kat mana.semua diorang boleh uruskan.kami pilih untuk stay kat Berjaya Tioman Resort.
kami ke Tioman raya ke 4.tiket feri kami kul 11.30 pagi.
so datang awal untuk ambik tiket dan bayar balance duit.
harga tiket RM 35 untuk sehala. so tiket pergi balik RM 70 seorang



parking kereta Rm10 per day.
Pakcik Sani yang kami jumpa sebelum ni ada sediakan tempat parking.

tunjuk tiket kat kaunter 8, Blue Water Express tu.
isi maklumat diri kat kaunter sebelah.
and then ambik boarding pass kat kaunter jabatan laut. beratur lagi
takde boarding pass ni tak dapat naik feri yea uolss




tiket kami pukul 11.30. tapi jam 2 petang baru ada feri. dah naik kematu dah bontot
lama kot tunggu.sabar jea la
perjalanan feri ambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeti Mersing.
feri yang nik naik ada singgah 4 perhentian.Genting, Paya, Tekek dan ABC.so make sure korang tahu jeti mana yang korang kena turun.
untuk ke Berjaya kami kena turun di Jeti Tekek.ni pun terpaksa menunggu lagi.feri tak boleh nak turunkan penumpang sebab kawasan jeti penuh.banyak btol halangan nak sampai Tioman ni..huhu

dari Jeti Tekek ke Berjaya Tioman Resort dalam 15 minit. jangan risau yea, ada free shuttle bas
kalau menapak confirm pengsan..haha
yeay..sampai akhir.penat tol.ingat katil jea ni



ni chalet kami.mampu sewa standard chalet jea..hihi
ni jea pun chalet yang tinggal, semua dah fully booked.















rehat, mandi and tido sekejab kat bilik.tunggu untuk dinner jea.
tak sempat pun nak jenguk pantai.

kami dinner di Restoran Sri Nelayan Coffee House.
Restoran ni agak jauh dengan chalet, so kena menapak skit la
tapi uolss ok jea.hihi






sambung nanti yea.panjang pulak uolss membebel..huhu

6 comments:

  1. Sempat bercuti ya nik..teringin nak gi tioman...nanti bagi info keseluruhan kos ke sana ya

    ReplyDelete
  2. bestnyer ke pulau..
    xpernah lg jejak kaki k pulau

    ReplyDelete
  3. Bestnya...dah lama tak ke sana :-)

    ReplyDelete
  4. jemput datang ke blog saya ye... saya ada jugak tulis travelog, resepi, dan catatan tentang life saya di germany... salam perkenalan...saya suke bace blog akak ni... :D hope we can be friends ye! :D

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan dari germany... jemput join giveaway saya ye... http://jindrisska.blogspot.de/2014/08/harry-potter-postcards-giveaway-from-me.html

    ReplyDelete
  6. Salam. Hee sungguh nampak seronok ke pulau itu.

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^