Tuesday, January 28, 2014

cuci mata di Nilai 3


Assalamualaikum  (",)

weekend lepas kami ke Nilai 3. sampai kat sana dalam pukul 9 lebih,
kiranyer pagi la kan sebab banyak kedai yang belum buka lagi. best jalan-jalan awal pagi ni. tak panas.orang pun tak ramai.
sebenarnya dah beberapa kali juga kami ke Nilai 3
kali ni, tujuan utama nak borong langsir tuk rumah kat kampung.
alang-alang nak balik kampung cuti chinese new year kan. so beli langsir terus untuk Ma.

Majlis akad nikah adik kami buat kat rumah, so nak rumah nampak cantik.harus la tukar langsir.
dah lebih 10 tahun kot guna langsir yang sama..hohoho
kami dah terbiasa beli kat sini , so malas nak ke tempat lain.terus tuju ke sini jea la
Kedai Kain Sri Bintang. ada services jahit terus kan. so senang la.
kalau pandai tawar menawar dapat la harga istimewa :)


agak stress jugak nak pilih langsir. tak banyak pilihan pun susah.
banyak sangat pilihan langsir, jenuh jugak nak pilih.muehaha
pilihan memang banyak kat sini..tapi nak pilih yang berkenan kat hati memang susah.
pi dengan adik-adik kan.masing-masing ada citarasa masing-masing.
banyak kali jugak la duk pusing dalam kedai tu..haha..dah macam apa jea kan..kikiki




korang yang kat kampung mesti tau la.
tingkap rumah kalau kat kampung selalu banyak kan.
 so banyak jugak la abis untuk langsir jea.dekat seribu lebih gak la.
ok la.10 tahun lagi tukar baru. so berbaloi la..muehaha
tu pun tukar langsir untuk ruang tamu jea uolsss..kalau satu rumah termasuk bilik. agak-agak dalam 3 ribu jugak kot..haha..pengsan.

survey hiasan hantaran untuk adik jugak. alang-alang dah sampai sana kan.
nak jimat, gubah sendiri jea hantaran.




nik cuci mata jea kat sini. tak beli apa-apa pun.
seronok walaupun hanya datang just cuci mata.

Sunday, January 26, 2014

Rezeki Awal Tahun 2014


Assalamualaikum  (",)

Alhamdulillah i'm still alive, masih bernafas and finally can update entry baru
hhhmm, rasanya dah lama tak update entry kan, dah lama tak berjalan jalan ke blog-blog yang awesome, dah lama tak merapu meraban...rinduuuuu laa

Syukur Alhamdulillah rezeki awal tahun.
permulaan yang baik untuk tahun 2014 dan semoga berterusan

Award pekerja terbaik + $$$$
yang ni rezeki tak di jangka dan tak pernah berangan pun nak dapat
lagi tak sangka , tak sampai setahun dah jadi pekerja terbaik
siap dapat award ni skali ngan cek.*wink wink
dari nak resign terus lembut hati tak jadi..muehaha

nik tau ada yang cakap belakang dan tak puas hati bila nik dapat award ni.

benda ni normal jea kat mana-mana company pun kan.
malas nak serabut kepala fikir menda yang tak berfaedah. diam dan pekak kan telinga jea
tak puas hati, bgtau boss la. tak perlu kot nak buat muka dengan nik.
senyum sendiri fikir gelagat manusia gini :)

Bonus
merasa la bonus.walaupun tak sebanyak pekerja yang dah lama.
company sebelum ni 2 tahun lebih kerja baru dapat bonus.
ni tak sampai setahun pun dah dapat. syukur sangat-sangat

Lucky draw
first time join company dinner. dapat lucky draw.
walaupun tak dapat tv or tab tapi dah kira bertuah la dapat jugak hadiah kan.
selalu kalau bab lucky draw ni, nik selalu tak bertuah jea..muehaha

Increment gaji
laaa..increment gaji skit tahun ni.tak dapat nak beli BMW...kahkahkah..
berangan sangat la.tayar BMW pun belum tentu dapat beli..
seriously, berapa banyak pun increment gaji ,percaya lah kita still akan rasa tak cukup kan.nik ni kalau gaji lagi banyak, mesti banyak spend beli benda yang merepek...huhu
so berpuas hati dengan apa yg nik dapat..syukur Alhamdulillah.

moga dengan rezeki ni, nik lebih bersemangat, lebih bermotivasi.



psttt!!!
tunggu bonus en hubby lak..eh..hahaha

Ya Allah. If someone hates me for my happiness, 
I ask You that You send them happiness so that they forget mine.

Tuesday, January 21, 2014

Caramelo Almond Crunchies


Assalamualaikum  (",)


Caramelo Almond Crunchies
super sedap sebab banyak bijian yang best.
dalam ni ada badam, sesame seed, pumpkin seed, melon seed, sunflower seed
sebelum ni order sebekas jea. nak try rasa kan. kali ni order 4 bekas terus..haha
sedap sangat. korang mesti try.bila dah start makan jea takleh nak berhenti mengunyah
sedar2 dah nak abis sebalang..muehaha

tak dapat beli kat tempat sebelumnya sebab tempahan dah close.
hanya terima tempahan untuk bulan feb
lama nak tunggu. sebab tu order dengan yang lain.rasa dia sama jea.
yang best kat sini harga lagi murah.4 balang dapat la RM 21 tak termasuk postage.
kalau kat tempat lain selalu harga dalam RM 23.


nak beli korang boleh usha

Friday, January 17, 2014

pencarian baju dan tudung bermula


Assalamualaikum  (",)

muehaha..orang lain yang nak kawen.
orang lain yang busy cari baju.over kakak bakal pengantin ni
macam biasa, pilih warna tema dulu.bakal pengantin suggest warna peach untuk family masa majlis nanti.sangat-sangat suka if semua family pakai baju sama on that day. 
tadi usha Zalora. berkenan pulak kita dengan baju Jovian Mandagie ni.
tapi harga dia agak mahal la bagi nik. tak mampu uoll..huhu


masalah satu lagi, berkenan yang design lama punya.
memang susah la nak cari..huhu
yang bawah ni semua design lama. cantik la.

design ni paling nik berkenan.arghhh...naper cantik sangat ni.
korang rasa still ada lagi tak design ni.kat website dah tak ada.

6 panel cut dress
beatiful dress by Mazlianul Maznan


cantik..mampu cuci-cuci mata jea la..hahaha

warna kuning lak pilihan warna masa akad nikah.
so 2 baju baru harus ku cari.
nak beli baju baru. tak jumpa baju baru kita pakai baju lama jea la
majlis bulan 4, sempat lagi nak cari baju kan.

Anggun Zara

tudung of course la tudung bawal saja. 
shawl tak sesuai untuk muka bolaat macam nik..muehaha
shawl kaler ni sungguh menawan hati

over tak persiapan bakal kakak pengantin. excited okeyyy..berangan macam-macam dah.
lagipun lama dah kat rumah tu tak ada majlis nikah kawen ni.
so harus la kita nak bergaya kan walaupun confirm tak cantik.
cantik kat mata sendiri dan suami pun dah kira ok..muehaha

Thursday, January 16, 2014

hadiah lucky draw dah sampai


Assalamualaikum  (",)

just a quick update..yeay..hadiah dah sampai.
happy dia macam dapat lucky draw grand prizes jea...haha
sebenarnya takde la eksited sangat sal lucky draw tu,tak amek port sangat sebab dah tau bab-bab lucky ni,nik memang selalu unlucky..muehaha

tapi di sebabkan semua yang hadir annual dinner dapat hadiah,
terus uolss jadi bertuah.cuma tak tau hadiah apa jea.
memang berguna sangat la pemanas air ni. suami kita suka minum air manis-manis
senang la nak sediakan air nanti. tak perlu banyak kali panaskan
dah tersedia pun air panas nya.


tq banyak-banyak boss *wink wink

Sunday, January 12, 2014

Quality time with sister


Assalamualaikum  (",)

cerita makan-makan lagi. kali ni makan dengan adik-beradik lak.
rezeki lebih harus di kongsi dengan adik-adik jugak.moga bertambah rezeki :)
kami berempat jea kali ni.adik bongsu jauh di London..huhuhu
seronok dapat berkumpul dan keluar makan macam ni.
skarang ni masing-masing busy.saya busy dengan suami, sorang busy buat persiapan perkahwinan, sorang lagi busy kumpul duit nak kawen, dua lagi busy cari calon..muehaha.
sekali sekala kuar, best jugak.borak-borak sambil makan.

kami singgah makan di Restoren Hayaki, Platinum Walk Danau, Kota Setapak
restoran ini beroperasi 24 jam.satu masalah kat situ, susah parking. pusing banyak kali jugak la nak cari parking.

gambar tuan blog dan adik-adik tak ada. snap gambar makanan jea :)
minuman yang kami order
Iced Bandung Cincau, Iced Cincau dan Iced Longan
 



Nasi Dagang Ayam RM 8.90


Nasi Kerabu Ayam Percik - RM 10.90

Nasi Kukus Hayaki - RM 7.90

menu yang wajib dipesan setiap kali datang ke Hayaki
sangat terbaik pulut mangga dia. mangga dia sangat manis.pulut lak rasa lemak manis
kombinasi yang mmg syiokk abis la.
susah nak jumpa kat KL ni :) ..sampai skarang teringat-ingat ni.
 
Pulut Mangga - RM 5.50

mango ice rock special - RM 6.80

tak rugi la makan kat sini. nik cadangkan korang kalau nak keluar dengan family boleh pilih la restoran ni, sedap pon sedap .harga jugak berbaloi. not too high but not to low

bila agaknya Hayaki ni nak ada kat Puchong. kan best kalau ada sini 1 cawangan kat Puchong
.of course nik la yang jadi pelanggan setia..muehaha

Thursday, January 9, 2014

Dating Dengan Suami


Assalamualaikum  (",)

 lepas kerja,kami berdua decide mahu dinner di OldTown White Coffee
dah lama tak singgah makan kat sini.kali ni cik puan isteri belanja en hubby.hihi

Alhamdulillah, rezeki murah untuk permulaan tahun baru.dapat bonus dan anugerah pekerja terbaik.
so harus la berkongsi rezeki dengan yang tersayang.moga bertambah lagi rezeki.
yang penting jangan dengki2. rezeki Allah tu luas.tak dapat apa yang kita nak, Allah bagi apa yang kita perlu. kalau asyik duk dengaki dan tak puas hati, rezeki pun susah nak masuk yea adik-adik.
dengar la nasihat akak ni yea..kikiki

ehh..ehh.melalut citer lain lak. nak citer sal makanan sebenarnya.nik pilih set dinner
dinner set ni akan served start dari kul  6 petang setiap hari kalau tak silap
ada makanan + minuman + dessert.lebih murah berbanding beli satu-satu.
set dinner ni harga RM 12.90
 
meal menu
 
drink and dessert menu
 
makanan nik pilih Ipoh Chicken Hor Fun.
air pilih ice lemon tea
 
Old Town coffee lava
nik suka dessert ni.sedap :)
 
kenyang sangat. tido lena malam tu dapat makan makanan sedap..haha
 

Tuesday, January 7, 2014

cerita tentang Annual Dinner 2014


Assalamualaikum  (",) 

sabtu lepas ada dinner company di Pullman Putrajaya Lakeside
sebelum ni kalau ke Putrajaya duk usha dari jauh jea hotel ni. teringin nak masuk tengok kat dalam.
nampak macam cantik jea..haha..akhirnya dapat jugak dinner kat sini.



sumber gambar : google

bagusnya dinner ni coz dapat bawak orang lebih dari seorang.so dapat la iollss bawak adik dan sorang lagi of course la en hubby kesayangan.hihihi
hanya pakai baju yang ada dalam almari jea. baju yang beli online tapi tak pernah lagi pakai. yang penting pakai pakaian yang selesa, besar dan tidak ketat..so boleh makan banyak..muehaha
 tak reti pun nak bersolek bagai ni .so tepek bedak dan lipstik sudah


ootd for dinner
Maxi dress dari Amoi Heaxa..suka maxi dress ni :)
cuma labuh sangat. so terpaksa la potong skit


my adik.kalau hubby outstation.dia la yang teman dengan saya
so harus la bawak dia bersama-sama


hubby kesayangan . yang sure tak boleh tinggal
merangkap driver jugak.kalau cari sendiri sure tak kan jumpa hotel ni punya..muehaha
my dear colleagues
sempat bergambar dengan diorang jea.haha
punya la duk angkut kamera dslr tu, tapi tak banyak pun snap gambar.
aishhh..tetiba rasa menyesal.huhuhu
 
kita menang lucky draw.
sebenarnya semua staff akan dapat hadiah.cuma tak tahu hadiah apa.yang bagus hadiah semua best-best. so tak kecewa la kalau dapat yang mana-mana pun. banyaknyer barang letrik yang boleh guna untuk rumah.


dan nik dapat Pensonic AIR POT PEN-PET4000L.
happy dapat barang yang dah lama nak di beli tapi tak tahu bila akan di beli
so dapat free ni happy la
planning annual dinner ni dalam 2 minggu jea. so hadiah untul lucky draw tak dapat lagi.
perlu tunggu lagi 2 minggu..hihi

dinner was buffet style.
makanan dia biasa-biasa jea. tak snap gambar makanan pun.adoi la.


paling terkejut bila dapat Best Performance Award bahagian operation.
dapat cek jugak.jumlah nyer rahsia.terus tak jadi nak resign..muehaha
sumpah tak sangka.apa la yang boss nampak sampai boleh bagi nik title tu.
tapi sorry yea.saya bukan kaki bodek boss okey..muehaha..seram jugak bila dapat title ni.
yea la. blum sampai setahun ko dah dapat award pekerja terbaik.
masih lagi terkejut dan tak percaya.
opismate yang sporting cakap be happy of what u get.you did it well *wink wink

orang tak suka or mengata tu belakang kira. dia tahu saya ikhlas bekerja so ini rezeki saya la kan.tak nak fikir negatif.nak salurkan aura positif jea untuk tahun baru ni.
terima kasih untuk bos-bos semua *wink wink
rezeki tahun baru yang tak di sangka. tetiba rasa sebak.
Allah bagi rezeki dalam pelbagai bentuk. moga sentiasa di murahkan rezeki dan boleh berkongsi dengan yang tersayang :)

Saturday, January 4, 2014

3 series club dan hadiah anniversary

Assalamualaikum  (",)

sedar tak sedar, hampir 30 tahun merasai nikmat hidup
welcome to 3 series club. suka la teww en hubby kita dah masuk 3 series jugak
muehaha
2014, please be nice to me.
apapun, terima kasih Allah sebab masih lagi panjangkan umur nik, semoga nikmat yang Allah bagi ni dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya

* gambar tahun lepas.masa umur 29 tahun...kikiki

balik johor aritu, dapat hadiah anniversary dari en hubby.
suka sangat cincin ni.cantik giler. bersinar-sinar mata uolss bila dapat ni *bling bling
moga sentiasa di murahkan rezeki yea en hubby.terima kasih selalu kongsi rezeki dengan isteri. hopefully lebih murah rezeki di tahun baru ni. Amin
 


 
tetiba feeling pengantin lak.sebelum dapat cincin ni, nik dah pakai inai dulu
tak sangka. nak dapat cincin rupanya..muehaha
 
ni cerita bukan nak riak tau..just suka-suka nak berkongsi cerita
k bye