Sunday, February 16, 2014

dugaan beli rumah second hand


Assalamualaikum  (",)

dah rancang umo 30, nak ada rumah sendiri. 
maksud nya nak ada rumah sendiri dengan hubby..start cari rumah since last yea
last year tu,seru tak brapa sampai lagi jadi duk usha-usha rumah pun tak berapa bersungguh la
bila tengok harga rumah memang rasa tak mampu jea. gaji kami suami isteri bukan banyak mana pun.
takut tak mampu nak bayar duit bulanan.tapi bila fikir, sampai bila nak menyewa kan.
so start bersungguh pun awal tahun ni 


dapat la rumah idaman.walaupun bukan rumah baru.
lepas dah pilih rumah idaman,bayar deposit then start cari bank untuk apply loan
Alhamdulillah, Allah permudahkan.loan dah lulus.
tapi kan beli rumah atas tangan orang ni memang kena banyak bersabar.
mcm-mcm masalah korang akan jumpa.

kami dah bayar duit booking 2% dari harga rumah.
lepas loan lulus dia mintak kami mintak bayar deposit selebihnya.kalau tak, deposit sebelum ni burn.
siap suh berhutang ngan sapa-sapa untuk selesaikan deposit selebihnya.
hati dah menyirap dengar ni. kami tak ada bincang pun nak bayar cash utk duit deposit selebihnya,
or maybe silap kami yang tak tanya btol2. arghhh...stresss
tapi seingat saya, sebelum ni dah rancang nak keluarkan epf untuk bayar deposit selebihnya sebab memang kami tak mampu nak bayar guna duit sendiri.

so jadi pengajaran buat kami.apa2 kena tanya btol2.
ni jual beli rumah.bukan jual beli makanan kat pasar malam.
so kita tunggu la. kes ni akan buat kami lebih berhati-hati.banyak guna duit nak beli rumah ni.

doa-doakan segala urusan kami di permudahkan.
seram baca pengalaman orang yang kena tipu bab rumah ni.
kalau seratus dua ok la. ni beribu-ribu.
korang ada tips beli rumah.share la.
maklum la.kami ni langsung tak ada pengalaman bab2 beli rumah ni.
stress la..huhu

Friday, February 14, 2014

Hayaki Tune Hotel


Assalamualaikum  (",)


Entry basi sebab tak sempat nak update..tapi tetap jugak nak cerita.
balik kelantan aritu, sempat singgah makan di Hayaki Tune Hotel.first time ke sini.
sebelum ni makan di Hayaki cawangan Danau Kota.
tekak terasa nak makan western.
so order chicken chop



ingat nak makan pulut mangga.boleh plak pulut abis.
mango ice rock. pun jadi la.
mango ice rock yang super nice


Hayaki Tune Hotel +60 9 7472677

Sunday, February 9, 2014

Melawat Baby Baru


Assalamualaikum  (",)

balik kampung aritu sempat la melawat baby girl comel ni.
ni baby sepupu.sepupu balik bersalin kat kampung.
ambik berkat.mana tahu lepas ni gilirin nik lak kan **wink wink
sempat la dukung dia. kecik sangat baby nyer.seram nak pegang tapi sayang lak kalau tak pegang kan.haha...omey angat la dia.mengundang kegeraman...muehaha
siap dapat gomol.suka bau masyam baby.gomol pun tak kisah dia
nyenyak jea tido.abang dia bising pun.ada dia kisah..kikiki

bertuah sebab baby tahnik oleh Tok Guru Nik Aziz.
moga jadi muslimah solehah yea sayang
Alhamdulillah.. welcome to dunya 





Gerrrammmm!...grrrr...grrrr

Saturday, February 8, 2014

shopping di Pasar Besar Siti Khadijah & Bazar Tok Guru


Assalamualaikum  (",)

cuti Tahun Baru Cina minggu lepas, nik balik kampung.
dah lama tak balik kampung. semangat nak balik.rindu :)
sempat la pusing-pusing KB. nik kalau balik kelantan prefer duk rumah jea
malas skit nak jalan-jalan. tapi kali ni lain. setiap hari keluar.

teman adik sebenarnya, beli barang untuk majlis nikah dia nanti
sempat gak la beli baju melayu dan sampin untuk en hubby.
sakan naa..macam dia jea yang nak nikah..muehaha
mula-mula singgah kat Pasar Besar Siti Khadijah.
adik beli sampin untuk bakal suami dia.Ma beli sampin untuk suami dia..hihi
try cari baju melayu kat sini. tak ada pulak kaler peach.harga dah murah dah.RM 60 sepasang baju melayu. mana nak dapat harga semurah tu. upah jahit pun dah brapa kan.


rambang mata tengok songket ni


kalau ke Pasar Besar Siti Khadijah.boleh singgah kedai Abang Din ni
harga kat sini gerenti murah.selain songket ada jual baju melayu.

berkenan kat baju tengah ni. ingat nak beli untuk majlis akad nikah adik nanti
tapi warna kuning dia tak kuning sangat..hahaha
sulaman bunga dah cantik dah tu.

seterusnya shopping di Bazaar Tok Guru.
kali pertama jejak kaki kat sini. beli baju melayu dan sampin en hubby kat sini.
kat sini banyak pilihan baju melayu. macam-macam warna ada. sasau sekejab..muehaha
akhirnya jumpa jugak baju melayu kaler peach.nak peach terang, peach gelap.semua ada.
pilih dan sediakan duit saje..




yeayyy..seronok jalan-jalan sekali sekala balik kan
sumpah tak puas balik kampung 4 hari jea.
tak pe. bulan 4 ni cuti balik kampung lagi.can't want  ^___^

Friday, February 7, 2014

cerita tentang CNY


Assalamualaikum  (",)

semalam kat office ada buat makan-makan sempena Chinese New Year tahun ini.
first time merasa makan yee sang tau..
first2 tu macam takut jugak nak rasa, tapi bila dah rasa sedap rupanya.
cuma kekok skit sebab tak pandai pegang chopstick..kikiki
orang kampung beb.biasa makan guna tangan jea.

Yee Sang sedap
bertambah sedap bila orang belanja makan la kan.muehaha
warna warni dan rasa dia manis manis masam, selalu tengok kat tv ingat rasa dia tawar

deco-deco sempena Chinese New Year

setiap sorang staff dapat sekotak limau.manis-manis limau nya.
makan sampai muak :)



dapat ang pow dari company
walaupun tak seberapa pada orang lain, tapi Alhamdulillah bagi nik .
ok la lepas gak la tuk beli top up..hehe


Tuesday, February 4, 2014

makan tengah hari di Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan


Assalamualaikum  (",)


\

balik Kelantan minggu lepas, sempat round bandar KB.
singgah makan tengah hari kat Restoran Cikgu Nasi Ulam
tempat ni tak jauh dari Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.
dekat sangat dengan Bazar Tengku Anis
kami parking kat Bazar Buluh Kubu. so jalan kaki jea ke sana.
walau panas, sanggup iolsss redah.ma nik suka sangat makan kat sini

tempat makan ni selalu penuh dengan orang.kalau nak datang better datang awal yea.
kat sini memang meriah dengan ulam. nama pun restoran ulam kan.
ulam macam jual kat pasar jea kan, berbakul-bakul lagi  :)




ni tempat budu, belacan, tempoyak, kerabu
kat sini sistem layan diri.

hidangan kami.makan untuk 4 orang
harga Rm 18 untuk semua ni.

kalau datang ke KB, jangan lupa ke sini,
tak rugi kalau datang ramai-ramai, harganya berpatutan. tempat bersih
sangat sesuai untuk orang yang suka makanan ala kampung ni.


so ni alamatnya

Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan,
Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota,
15300 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu perniagaan 11.00 pg - 5.00 ptg.
dibuka setiap hari kecuali Jumaat


restoran ni kat dalam kampung kraftangan. ada jual banyak hasil kraftangan .
lepas makan kenyang-kenyang, boleh lah nak pi cuci mata tengok barang.
mana tahu ada yang berkenan so boleh la buat cenderamata.

Monday, February 3, 2014

Restoran Beryani Gam Johor cawangan Nilai


Assalamualaikum  (",)

sapa-sapa pernah membeli belah di Nilai 3..mesti familiar ngan Restaurant Nasi Beryani Gam Johor kan.hehe. nik first time jejak kan kaki kat restaurant ni. kebetulan ke sana.
tunggu langsir siap jahit, so kami makan tengah hari kat sini :)


Nasi Beriani Ayam Masak Merah

Nasi Beriani Daging

satu pinggan ni kami share 2 orang.
sapa-sapa yang belum try, pegilah try. memang puas hati makan kat sini.

psttt!!!
cuti sudah habis . back to reality