Monday, March 31, 2014

Perutusan Raja Sehari (Anis|Awie)


opss...scroll below for the latest entry

Assalamualaikum  (",)

saya dengan rasa rendah hati ingin menjemput readers blog ke majlis kesyukuran sempena majlis perkahwinan adik saya

Nik Anis Bt Nik Mahmud
dan pasangan
 Azmawi Bin Ahamad


Tarikh :
19 Apr 2014 bersamaan 19 Jamadilakhir 1435H,

Hari :
Sabtu (11:00 pagi –18:00 petang)

Alamat :
Irama Beach Resort
Lot 1104, Jln Nipah, Kg Belongen Nipah, Bachok, Kelantan

kad jemputan

pelan ke tempat majlis

close up pelan ke Irama Beach Resort

semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis kami.
Terima Kasih. Wassalam

opssss..skema pulak ayat kat atas kan.maaf kan saya.muehaha
korang yang ada kat Kelantan or bercuti ke Kelantan ker. jemput datang tau.
ni bukan ajak-ajak ayam yea.ni serius punya ajakan.berganda happy kalau ada antara korang yang sudi datang memeriahkan majlis.

excited nak balik kampung. rindu nak berkumpul ramai-ramai, rindu nak tengok satu family pakai sedondon.
jumpa bulan 4 nanti family kesayanganku!!!

sapa nak kad inform saya k :)
xoxo

Saturday, March 29, 2014

Jubah Dress dari Fabulous Heejab Shop


Assalamualaikum  (",)

nak show off dress baru kita.
finally, dapat beli jugak baju kaler peach untuk majlis adik nanti :)
yes, i've bought it online.serius suka sangat dengan dress ni.
walaupun harga dress ni agak mahal, tapi hati dah berkenan.tak boleh nak buat apa la
lagipun susah nau nak cari baju yang berkenan di hati. baju lawa, tak ada lak kaler peach.dah jumpa kaler peach, design lak tak lawa. so dah berkenan tu rembat jea la yea.
malas nak cari lagi. kakak pengantin cari baju cerewet lebih dari pengantin uolss..muehaha


Medina Jubah Dress

sweet and simple jubah dress ni.tak over.
cantik di badan felixia yeap ni.harap kat badan sendiri pun ok la.
peach + purple. kombinasi warna yang menarik. i loikeee

meterial dia sejuk.kain tak melekat kat badan.
nik pilih saiz M.ngam la ngan badan.tak kecik or tak terlalu besar.sedang elok jea
lace ada kat tangan. bf friendly. wudhu's friendly jugak sebab ada zip kat tangan
bila beli dress, korang akan dapat belt free :)
dress ni labuh skit dengan nik.so kena potong la nanti.  


ada beberapa pilihan warna. semua cantik sangat. dah sold pun semua
tapi akan di restock balik. so berminat boleh la usha2 page diorang.

Facebook:

Instagram :

Website
http://www.fabulousheejabboutique.com/

psttt!!!
now, nak fikir style tudung ..lalalala
pilih tudung bawal kaler purple kot.

Friday, March 28, 2014

28 Mac


Assalamualaikum  (",)

28 Mac... Alhamdulillah, genap 31 tahun umur en hubby
seperti biasa, no suprise for him..hewhewhew..
nak suprise macam mana.tuan badan ada kat laut..lagipun saya ni bukan jenis yang pandai buat suprise bagai.kesian en hubby dapat isteri macam saya.huhuhu


to en hubby kesayangan
semoga perjalanan hidupmu diredhai Allah..dimurahkan rezeki.
diberikan kesihatan yang baik.dan bertambah sifat sabarmu melayan isterimu ini..haha
 moga keluarga kita sentiasa dibawah limpahan rahmat dari-Nya.

Sunday, March 23, 2014

Pre-Wedding Photoshoot dengan Studio.muslim


Assalamualaikum  (",)

ni pre-wedding photoshoot untuk adik nik.kalau nik yang buat photoshoot, di kira post-wedding photoshoot dah..hewhewhew
adik nik buat pre wedding photoshoot guna khidmat Studio.muslim.
Studio.muslim selalu akan buat promo untuk outdoor shoot.
korang just bayar RM100 untuk 1 jam.gambar akan dapat terus lepas shoot tu.
so tak ada edit2 apa yea.pakaian, make up dan prop pun perlu sediakan sendiri.
ok la.nak murah mcm tu la.ada pro dan cont dia..hehehe

selalu Studio.muslim akan buat outdoor shoot kat Putrajaya -Pullman Lakeside dan Tasik Titiwangsa.adik nik buat outdoor shoot kat Putrajaya -Pullman






so untuk tahu promo dari mereka, korang like la kat fb diorang yea

Utk Baby,Famili,Pre Wedding,Post Wedding dan Talent!
sila inbox/msg/call/whatsapp 017-9806680

psttt!!!
teringin nak buat outdoor shoot. harap sangat tahun ni dapat buat
sempena 5 tahun wedding anniversary kami. tapi kita ni susah skit nak senyum depan kamera or buat aksi2 sweet. mesti kaku punya .so perlu cari photographer yang boleh buat kita selesa
ada cadangan photographer yang best.share la :)

Friday, March 21, 2014

sambutan birthday @ opis


Assalamualaikum  (",)

selalunya setiap bulan akan ada sambutan birthday untuk staff. dah macam tradisi lak.
tak ada jamuan makan-makan.just makan kek jea.so dapat la merasa macam-macam jenis kek.
iolss tak kisah pun sambutan birthday sapa.asal dapat makan kek.
saya orang yang paling happy..muehaha

ni kek birthday untuk staff yang lahir bulan Dec.
 tak ada la sedap sangat. boleh la makan kan
hiasan kat kek dan cantik, tapi rasa tak secantik hiasannya..hihi


ni kek birthday untuk opismate lahir bulan Jan.
kek ni sedap. tak terlalu manis.



kek birthday untuk bulan Mac. gabung dengan yang Feb.
sambutan petang tadi
kali ni siap ada makan-makan. makan KFC jea pun.ok la.
makan free tengah hari tadi.hewhewhew



kek ni pun hiasan cantik. tapi rasa dia kurang skit..opsss
tapi boleh la makan *wink wink

Monday, March 17, 2014

Hadiah untuk diri sendiri


Assalamualaikum  (",)

serius rindu nak menaip blog.sejak kerja ni, memang dah jarang update blog..huhu.
.sorry sangat.lambat blogwalking dan balas komen korang.
ni pun just quick update
tadaaa..hadiah untuk diri sendiri
little things that make me happy.


best dapat reward dekat diri sendiri.
stress dengan kerja. so kenalah buat diri sendiri happy.
tak mahal pun. tapi cukup la buat diri happy :)





til then
bye

Monday, March 3, 2014

Kenduri Kahwin @ Johor


 Assalamualaikum  (",)

 last week balik kampung kat Johor sebab ada wedding
seperti biasa, mertua nik kalau wedding saudara mara dia, mmg akan tunggu situ dari pagi sampai petang la...fuh penattt..walaupun duk saje jea.bosan pun yea jugak.


dua orang ni la peneman setia.anak-anak saudara en hubby.


nak share gambar wedding, buat kat dewan Sekolah Menengah Bandar Baru UDA.
pengantin lelaki cikgu kat sini.
beautiful wedding. semua cantik. pelamin, meja makan beradab, candy buffet, everything.




ayah dan mak pengantin tempah bridal ni dengan biras nik
ni pelamin pengantin.eksklusif dan gojes kan
 pheww.. harga??? memang tak termampu kot bagi nik.


candy buffet

berminat boleh contact my biras. Mega Bridal Creations 019-7910878 (Jeslina)
promote skit bisnes my biras.dah maju skarang.pelamin semua class ko.
harga of course boleh di runding. ikut bajet masing2.


to Aizuddin & Azila
selamat pengantin baru
semoga berbahagia sehingga ke Jannah

cilok bunga segar. berkenan pulak iolss tengok.
tapi dah mintak dulu tau..haha..siap bawak balik Puchong dah..over kan..kikiki



ni mertua dapat sebab join makan berdamai.


banyak goodies bag kami dapat.antara orang yang last kan.
dewan semua dah nak kemas.




gambar syok sendiri. abaikan budak sebelah.hahaha
till then. bye.