Sunday, April 27, 2014

Lunch Date Dengan Kesayangan


Assalamualaikum  (",)

.setiap kali ada entry baru je mesti ada gambar makanan.sabor jea la yea :)
keluar berdua dengan en hubby ke KB Mall masa balik Kelate minggu lepas
syok jalan-jalan masa orang lain semua kerja kan.tak bersesak dengan orang ramai
singgah makan di Secret Recipe.kali ni tak order dah Chicken Cordon Bleu
try menu baru, Chicken Parmigiana. menu baru bagi nik :)
saya dan menu ayam tak dapat di pisahkan..haha

Chicken Parmigiana Secret Recipe.
first time makan ni. and it was lovely.suka :)

Fried Rice with Chicken Satay!


kenyang, Alhamdulillah

gambar makanan jea yang berjaya di snap.
lama rasanya tak selfie shiok sendiri then upload kat blog.
kesan peningkatan usia mungkin..bahaha

Saturday, April 26, 2014

ronda Wakaf Che Yeh + makan di Hayaki Cafe


Assalamualaikum  (",)



menghabiskan sisa-sisa cuti di Kelantan, sempat la jalan-jalan ke Wakaf Che Yeh.
bukan time cuti, so best skit nak jalan-jalan.nik ni jenis tak suka sangat tempat ramai orang, sebab tu jarang ke Wakaf Che Yeh kalau balik kampung.
bila time public holiday or cuti sekolah , orang punya lah ramai, bersesak-sesak

niat nak cari tudung bawal.banyak sangat pilihan warna.jadi rambang mata la pulek kan..haha
sempat la beli 4 helai.RM5 sehelai.tudung bidang besar,suka sangat :)

takder niat pun sebenarnya nak beli skirt..tapi sebab murah sangat kan.so rembat jea la
pastu tetiba ada yang tawarkan diri nak bayar.apa lagi.berseri2 terus muka iolss..tq b
skirt ni rm 20/sehelai. kain selesa.

sebelum ronda Wakaf Che Yeh tu , sempat singgah makan di Hayaki Cafe.
dekat dengan Tune Hotel , bersebelahan dengan KB Mall.
kali ni waitress dia ok. sebelum ni waitress kat sini kurang mesra.berlagak pun ada jugak.opss

nasi dagang.sedap.licin iolss makan



 first time singgah sini dulu, pulut mangga abis.kali ni pun sama
bila ntah dapat merasa pulut mangga lagi..huhu

opsss sorry.entry di penuhi dengan gambar makanan.
next entry gambar makanan lagi k..muehaha
k bye

Friday, April 25, 2014

birthday dinner with Family


Assalamualaikum  (",)

sebelum balik kampung kenduri adik minggu lepas,
sempat celebrate birthday adik bongsu kami
birthday kali ni we all celebrate simple je, just makan-makan kat secret recipes.
tak ada cara potong kek bagai.birthday girl makan satu slice kek jea
tu pun harus di kongsi dengan akak2 yang lain..muehaha

yang best dapat makan makanan feveret iolss
Chicken Cordon Bleu
bila potong ayam tu, keju dalam ayam tu meleleh-leleh.fuhh..sedap


Hot Honey LEmon



Prawn Macaroni with Cheese



seronok.sambil makan-makan kami borak sal persiapan nikah kawen adik.hihi
yang buat lagi seronok, makanan ni semua ada yang belanja.
makan free kami aritu *wink wink

happy belated birthday to my adik..semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
Semoga Allah memberi banyak kebaikan kepadamu di dunia dan akhirat
jaga diri dan jaga kesihatan :)

Thursday, April 24, 2014

A Journey of Rumah Pertamaku Part 1


Assalamualaikum  (",)

setelah hampir 4 tahun lebih nik dan suami menyewa.akhirnya nekad nak beli rumah sendiri.sampai bila nak menyewa kan. at least bayar mahal pun rumah tu atas nama sendiri.
entry kali ni nak share prosedur yang kami lalui
mana tahu boleh jadi rujukan untuk sapa-sapa yang nak beli rumah
lagi-lagi untuk yang first time beli rumah macam kami ni.
tak tahu apa apa pun.tapi tetap jugak nak beli rumah kan.
tak ada tips pun, just share pengalaman.
entry ni buat simpanan peribadi jugak. mana la tau ada rezeki lebih boleh beli rumah kedua, ketiga dan seterusnya * mood berangan lebih ..muehaha

Cari rumah
first cari rumah idaman dulu
memang hajatnya nak beli rumah sekitar kawasan perumahan kami kat Puchong.
dah selesa tinggal kat sini.lagipun kawasan sini tak crowded sangat nak banding dengan kawasan Puchong yang lain.

kami jumpa rumah ni kat Mudah.my.rumah 2sty Cluster Semi-D jadi pilihan.
harga rumah tu paling murah dari yang lain.
contact agent dan buat appointment untuk tengok rumah.selalu rumah kat kawasan nik ni under agent.

dah berkenan so ke bank dulu . tanya sal permohonan loan rumah.berapa loan yang layak kami pohon.
baru confident nak pi bayar booking nanti.

Booking 
1 Feb 2014- untuk booking ni agent mintak 2% dari harga rumah.
yang ni nik bayar cash dan mintak resit.ada sign aggrement jugak yang menyatakan kita dah bayar 2% untuk harga rumah.

Loan
rumah kami ada dua penama.nik dan en hubby so 2-2 orang pon kene sediakan dokumen untuk permohonan loan.
1.slip gaji 3 bulan
2. penyata terbaru kwsp
3. bank statement
4. ic

kebanyakkan bank tak boleh nak proceed loan rumah area taman kami ni.
main reason pemaju dah bankrup. hanya CIMB yang boleh bagi market value tinggi untuk rumah.
Alhamdulillah.loan lulus. tak sampai seminggu permohonan.cepat bank proses. 

Sign Loan Offer Letter
17 Feb 2014 - pi bank CIMB untuk sign Letter of Offer.
kami apply 90% loan campur dengan MRTA dan loan legal fee.
maknanya total loan included insuran dan lawyer (loan).
MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) insuran untuk cover loan (wajib).ni pinjaman akan dibayar jika berlaku kematian/hilang upaya kekal kat owner.

selesai urusan bank, kali ni dengan laywer pula.lawyer untuk SnP.
kami mintak kat pihak bank senarai nama peguam yang jadi panel diorang.
untung sebab owner pun guna lawyer sama, jadi process documentation tu jadi cepat dan mudah sebab satu lawyer uruskan semua.


pejabat lawyer kami. recomended. kerja diorg bagus.
tak perlu nak follow up banyak kali.cepat jea proses.

lawyer tu bukan free ye kawan2. permulaan bayar RM 2500 untuk lawyer uruskan document.
sebelum sign SnP, lawyer akan bagi qoutation, brapa jumlah wang akan kita bayar sepanjang proses sehingga dapat kunci rumah. lebih kurang 5 k jugak la untuk bayaran lawyer ni.

Sign Sales and Purchase ( SnP)


26 Februari 2014- lawyer akan set time untuk sign SNP. 1 dokumen ade 4 copy then kena initial setiap muka surat tu sampai nak tercabut tangan.so bertabahlah.hahaha
nik tak amik cuti masa sign SNP ni.so terkejar2 jugak la nak sign.lewat skit la masuk opis.
opss...sorry boss..haha

owner tak nak tunggu lama.
so kami kena bayar the remaining balance dengan duit sendiri dulu.lepas tu baru keluarkan duit kwsp.
sebelum ni kami dah bayar booking fee 2% , bila sign SNP kita bayar lagi 8% untuk cukupkan 10% down payment rumah.
bayar guna bank draft. bagi yang tak ada cheque. 2 hari sebelum sign SnP, lawyer call bgtau nama nak letak dalam bank draft tu.

kerja lawyer
pihak lawyer akan buat salinan dan stamp duty,
uruskan dengan pemaju.. diorang cakap kami dapat settle lebih cepat sebab owner tak ada hutang kat bank.

 so tanggungjawab kita adalah selalu follow up dengan lawyer.
kalau boleh setiap 2 minggu lepas sign SnP, call tanya.
sebab lawyer ni banyak SnP kena buat, so bila kita selalu follow.proses akan jadi cepat.

bagi yang nak kuarkan KWSP perlu ade letter offer dari bank dan copy SnP.
proses kuarkan duit KWSP, nik citer lain entry k :)

macam2 proses yang kami lalui. perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan kan
kalau dah tertulis rumah tu rumah kita, Insyaallah, segala proses akan berjalan lancar
nanti continue lagi yea. dapat ker tak rumah tu, kita citer part 2..suprise (suprise ker??).muehaha


Wednesday, April 23, 2014

handbag + dapat hadiah purse


Assalamualaikum  (",)


mood happy teruja sebab dapat benda baru
beg yang di tunggu-tunggu dah sampai. lama dah teringin nak beli handbag baru.akhirnya
rasmi masa majlis nikah adik minggu lepas:)
beg ni nik kirim kat adik bongsu kami.
kira all the way dari london la. klas kau jah.jauh beg terbang,
nik jenis orang yang kalau ke kedai sure susah nak beli beg yang berkenan di hati. so alang-alang beg kat sana ada yang murah so kirim jea la kat adik.

nik bukanlah peminat handbag sangat, handbag lama dah lunyai, baru tukar baru.
tak suka tukar-tukar beg sebenarnya, pakai baju kurung ke, pakai seluar jeans ke,.pergi kenduri kahwin ke,pergi shopping or ke opis skalipun akan pakai handbag yang sama.kesian kan..haha
tak berapa nak rajin pindah-pindahkan barang...kalau dah pindah-pindah barang sure akan tertinggal punya.stress mak..haha


tetiba feeling mak datin pegang handbag macam gitu..muehaha
tapi handbag iolss murah jea. 

suka gilerrr handbag ni. besar saiznyer.banyak boleh isi.
nik tak kisah sangat design lama ke baru,janji handbag tu sesuai dan nik suka.

purse baru jugak.ni en hubby yang belikan.
balik Kelantan  minggu lepas, sempat singgah jalan-jalan ke KB Mall.
macam tau-tau je memang saya nak beli purse yang baru sebab yang lama dah tak elok..huhu

tq B. I sayang u lebih la gini..haha

Teaser Sister’s Wedding


Assalamualaikum  (",)

teaser dulu eh?
cerita coming soon.muehaha
dah dapat gambar-gambar dari OP baru la best skit nak review

The Solemnization 

The Reception




last but not least
comel kan kami...hahaha

Barakallahulakuma Anis dan Awie.
Congratulation! May Allah showers both of you rahmah, strength, mawaddah wa sakinah. 
Forever and ever

Tuesday, April 22, 2014

Prada Lace Collection


opss...scroll below for the latest entry

Assalamualaikum  (",)

Hot selling PRADA LACE !!!

dah tempah baju raya? bagi yang sedang mencari kain untuk di buat baju.
apa kata tahun ni korang cuba prada lace.kami jual prada lace yang sangat - sangat cantik
Gred AAA(high quality prada lace).kalau buat baju gerenti meletoppss uolss.
atau untuk yang sedang cari kain untuk ur beautiful bridesmaid,
prada lace sangat la sesuai. pakai warna sedondon. sure cantikk
boleh jugak kalau nak buat border or patch kat baju

setakat ni kami just tawarkan 7 warna sahaja

Red
Available
bidang 47'
RM 75 semeter

Mint
bidang 47'
RM 75 semeter

Black
bidang 47'
RM 75 semeter

Gold
bidang 35'
RM 65 semeter

Dark Gold
bidang 35'
RM 65 semeter

Coffee Brown
bidang 41'
 RM 70 semeter

Yellow
bidang 47'
RM 75 semeter

if berminat nak beli..pm kami cepat-cepat.ready stok
minimum order 1 meter untuk satu warna.

Whatsapp 018 322 8727
Email order.pradalace@gmail.com

pos RM 8 (sem) RM10 (ss)

bidang setiap lace tak sama tau. so check btol2 yea sebelum order
jom ramai-ramai tahun ni kita sambut raya dengan prada lace!!

Saturday, April 12, 2014

hadiah dari kami


Assalamualaikum  (",)

untuk ayah tercinta


kami adik-beradik kongsi duit beli hadiah ni.lama dah dia teringin nak beli.mengadu jam asyik rosak jea.sebab sebelum ni jam yang ayah ada, guna nadi.kena pakai selalu.so kalau tak pakai jarum jam tak bergerak..bunyi jam macam canggih jea kan. tapi menyusahkan.
jam dulu pun asyik jatuh jea.yang paling dasyat jatuh dari kereta.haha

so jam ni dapat ganti jam lama tu. dah dapat bayang macam mana senyuman dia bila dapat barang kesukaan dia nnt :)..yea la. asyik dapat baju t-shirt jea kan.sampai penuh almari.kali ni dapat jam pulak.barang yang memang dia selalu guna.


i miss him so much. tak sabar nak balik kampung :)
mesti ayah pun tak sabar nak tunggu anak-anak kesayangan dia balik.
kalau dia tahu anak-anak dia nak balik.mesti sambut kami depan tangga sambil tersenyum.
kalau kami lambat sampai berkali-kali call tanya kat mana. risau kan.

minggu depan kami balik.sambut kami depan tangga k.hihi

Sunday, April 6, 2014

operasi spring cleaning


Assalamualaikum  (",)

jumaat lepas, kami satu opis kena kemas dan bersihkan stor.
semuanya sebab sistem yang nak diimplementkan kat opis.
leceh tapi nak tak nak, kena la ikut.
tetiba confius, kami ni kerja opis or cleaner opis..muehaha
tu pun ada yang siap tak puas hati .eh hello.kami ni tolong jea tau. jgn nak kecoh sgt.
akak kawasan marah ni tau.kahkahkah

yang tak menahan, siap bergambar lagi.ko mampu
dah la tengah berpeluh ni. phewwwww *sambil lap peluh
ni hanya sebahagian staff yang join.
cari di mana saya...haha..tentu la yang paling comot.




minggu ni dah jadi cleaner, minggu depan kita tengok apa yang kami nak jadi
jadi hulk mungkin..muehaha