Tuesday, May 27, 2014

Review Sister’s Wedding Ja & Faidz : Hantaran, Bunga Tangan, Doorgift & Kasut


Assalamualaikum  (",)

2nd review selepas review outfit untuk akad nikah semalam.
harini nak sekali harung cerita bab Hantaran, Bunga Tangan, Doorgift dan Kasut

Hantaran
wedding adik yang sorang ni serba ringkas dan sederhana.
hantaran pun 2 jea. kedua-duanya untuk pengantin wanita. hihi
1 untuk duit mas kahwin, 1 lagi untuk cincin :)





Bunga Tangan
fuhhh.. yang ni last minutes baru dapat.
mintak adik beli kan dekat rumah dia. boleh tahan mahal jugak bunga tangan ni
yang best iolss dapat lepas majlis..muehaha
cantik bunga ros merah ni.


Ma sapa yang comel sangat ni..hihi


siap ada pearl lagi 


cantik warnanya


pengantin dan bunga tangan

Alamat: 1-67, Jalan Prima SG 3, Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor. (Sebelah Paparich)
Tel/Hp No: 03-61887796/010-4379628/012-6925068
FB: Heart To Heart Florist & Gift
Blog:www.heart2heartfloristgift.blogspot.com
Website: www.floristh2h.com.my

Kasut
cantik kan warna kasut ni.adik bongsu kami beli kat London.
sebenarnya kasut ni beli tuk pi kerja.
alang-alang warnasesuai dengan baju akad nikah kan, pakai la terus.
tak perlu membazir beli yang baru


Doorgift
saya paling suka doorgift
adik bagi 60 pages YASIN termasuk terjemahan, doa dan tahlil.



kotak dia sangat menarik. banyak warna untuk di pilih
yang menarik ada hot stamping tulisan pada cover yasin dan kotak.
100pc yasin RM1.90 !!
so kalau Yasin dan kotak harga RM2.80 sahaja
60 pages YASIN termasuk terjemahan, doa dan tahlil.

selain Yasin, ada custom design kad kahwin, yasin, bunting, paperbag, 
tanda arah, guestbook, welcome board, TQ tag, sticker dll.
berminat nak order boleh ker fb pages

56, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19
40000 Shah Alam, Malaysia
Phone 0196221022 whatsapp / sms only
Email gift@qzara.com
Website http://gift.qzara.com/


Monday, May 26, 2014

Review Sister’s Wedding Ja & Faidz : Akad Nikah Outfit


Assalamualaikum

baru balik dari kampung. ada kenduri kesyukuran.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.
adik saya sorang lagi dah nikah..tahun ni dapat 2 orang adik ipar uolss
so kali ni review wedding adik pertama saya pulak.muehaha.review wedding lagi..kiki

jom review details about nikah outfit:

Pengantin Perempuan

Baju Nikah
adik beli baju nikah yang ready-made je.
tak payah fikir nak beli kain,upah jahit semua.tak sempat kot nak buat.
kami survey kat area Jalan Tar dan Masjid India.kedai baju ni btol2 sebelah Masjid India.
ada banyak deretan kedai jual dress ready made macam ni. 
so korang yang mencari boleh terjah sana jea.

ni dia dress pilihan hati adik kita.
sebenarnya niat hati nak cari warna mint tapi tak jumpa pulak dress mint.
bile tengok atas, cantik pulak dress gabungan warna grey + purple ni
first time tengok iolss terus jatuh hati.
tak sangka adik pun berkenan jugak dengan warnanya


try terus kat kedai


dress ni simple and sweet, less is more
yang bagus.tak perlu alter apa-apa pun

pandangan dari depan dress
dress gabungan purple + grey. manik penambah seri.

kain yang flowy


jahitan manik di dress pun cantik
ada zip kat lengan

Veil
beli kat tempat yang sama jugak dengan baju nikah. diorang memang ada veil siap
kat sana korang boleh pilih.adik siap try terus kat sana.nampak cantik jea kami beli.

veil dari pandangan sisi

veil dari pandangan atas



Shawl
beli shawl half moon grey untuk match dengan baju akad nikah, RM10 kat Bazar Jalan TAR.
punya la susah nak cari warna yang sama dengan baju. yang ada kebanyakannya grey gelap skit.
tapi akhirnya jumpa jugak.



Pengantin Lelaki

Baju Melayu
kalau bukan musim raya susah sangat nak cari baju melayu.
kedai btol2 depan Masjid India.ada deretan kedai jual baju melayu.macam-macam warna ada.
ikut perancangan nak beli baju purple dan sampin grey.
tapi tak jumpa sampai ke sudah. jumpa warna sama tapi saiz pulak tak ada.
so decided tukar warna baju.so baju melayu grey dan sampin purple.
bila match balik nampak sangat lawa


Sampin
harga sampin lagi mahal dari baju melayu.muehaha
beli kat kedai sama dengan baju melayu.
corak ni jea yang cantik.punya la susah nak cari sampin kaler purple yang cantik.
harga dia boleh tahan mahal.
ada yang murah tapi corak tak cantik lak.corak tak sesuai untuk pengantin..huhu
terpaksa beli la jugakkan walaupun mahal.takkan nak pakai kain pelikat lak nanti


Songkok
beli dekat deretan kedai kat Masjid India jugak.RM50.

Butang Baju Melayu & Kerongsang Di Songkok
beli butang baju melayu jenis ala berlian skit.baru cam nampak pengantin kan.hihi
pastu beli kerongsang untuk letak dekat songkok.

belanja lebih kurang 1k untuk semua outfit nikah ni.
semua outfit ni kami shopping dalam masa 1 hari jea.
fuhhh..lenguh kaki kot.pusing 2 -3 kali jugak la Jalan Tar dan Masjid India
rasa macam longgar lutut dah. nak solat tu kena tahan.sakit kot..huhu. tapi bila tengok hasilnya puas hati.saya ni suka bab2 teman beli baju, bagi idea tuk majlis nikah kwen ni.
suka sangat la.

2 lagi adik yang tinggal.who's next ?

Sunday, May 18, 2014

Kebaya for me

Assalamualaikum  (",)

cantik tak kebaya kita..purple kaler.
tema warna untuk family masa majlis kesyukuran adik nanti,kenduri lagi uolsss
2 orang adik kita nikah tahun ni.berturut-turut pulak majlis kenduri kali ni.
benda baik, kenapa perlu ditangguh kan.
insyaallah moga Allah permudahkan majlis kesyukuran nanti

kebaya ni kita beli kat Butik V One, Tecso Puchong Jaya
 tak nak beli baju yang bling bling sangat
beli yang simple jea..tak ada la segan nak pakai kat opis nanti.


dan kebaya ni nanti, akan jadi baju raya kitaorg untuk tahun ni.
first day raya pakai peach.raya kedua pakai purple.jimat
tapi tengah confius nak pakai skirt pink or dark purple :)



so which one???!! arghhh
susah sangat nak buat pilihan.kita pakai dua-dua. sebelah pagi pakai pink.
petang lak pakai skirt dark purple ni.haha

tudung  pun ada 2 pilihan, pink dan purple.pakai tudung bawal satin jea
beli kat Jalan TAR. Kalau kat Jln TAR, ada banyak choice tempat beli tudung
Rm25 untuk 2 tudung bawal satin ni.
kononnye nak beli satu jea tudung warna pink untuk matching ddengan kebaya baru
sekali bila tengok lagi murah beli 2, so rembat la 2.hihi
nasib baik tak selalu shopping sini.kalau tak abis duit.haha
actually sebelum ni langsung tak minat dengan material satin ni..sebab fikir tudung tu mudah bergerak.
tapi lepas tengok kawan pakai,nampak cam comel jea.hihi
materialnya ni sangat selesa dan sangat senang nak dibentuk
best beli kat kedai sebab boleh rasa sendiri meterial dia.



siap beli pin untuk tudung, tak nak bagi tudung tu bergerak..haha
tak sabar nak balik kampung..weee

Saturday, May 17, 2014

misi mencari baju nikah di Jalan TAR dan Masjid India


Assalamualaikum  (",)

sapa nak nikah..jeng jeng jeng..suprise..yang pasti bukan nik.muehaha
hari Sabtu beberapa minggu lepas, kitorang pegi la ke Jalan TAR dan Masjid India tuk usha2 baju nikah
memang agak mencabar nak cari busana nikah ni.Jalan Tar dan Masjid India biasa la kan.
sentiasa sesak dengan orang ramai. lagi-lagi hari Sabtu sebab adanya pasar malam
hampir 5 jam jugak la kuar masuk kedai kat area Jalan TAR dan Masjid India. phewww
beli yang ready-made jea.







jeles dengan bakal pengantin skarang.
naper la nikah dulu tak banyak dress macam skarang.
skarang ni, banyak yang ready made cantik2.harga pun mampu milik dan tak terlalu mahal
beli yang ready made senang. tak perlu susah2 fikir mana nak cari tailor

selain dress, cari jugak accessories lain macam shawl, veil untuk pengantin pompuan.
untuk pengantin lelaki cari baju melayu, sampin dan songkok.
dress yang adik beli ada jea jual online. tapi warna dress tu tak ada lak jual online
cantik sangat warna dia.iolss berkenan.nanti boleh pinjam yea..muehaha
yang best, price untuk shawl lagi murah dari online stores.



baju melayu susah nak cari warna yang sama dengan dress pengantin perempuan
pheww...berpeluh mencari.lenguh kaki iolss
sampin lak lagi mahal dari baju melayu. dah tak ada pilihan.
kalau kat Kelantan ni boleh dapat lagi murah. tu kalau kat Kelantan la..hewhewhew





ni dressnyer.saja buat havoc.letak gambar tak berwarna gini
tentang dress ni, kita review lain entry yea.muehaha
kat kedai ni, beli siap dengan veil.
malas dan nak cari yang lain.ada yang sesuai dengan dress rembat jea


lepas dah shopping dan solat semua,
then pi Sogi, lunch kat Nando's.dah lama tak makan Nando's.

sebelum tu bakal pengantin tunjuk cincin.
en hubby !!! cantik kan cincin ni. macam berkenan jea *wink wink
tapi confirm en hubby cakap. banyak duit nak guna tuk renovate rumah sayang oooi..hahaha




terima kasih bakal pengantin sebab belanja makan :)