Monday, September 29, 2014

Sierra Jubah Dress


Assalamualaikum

sebab puas hati dengan meterial dan cutting dress jubah sebelum ni,
so nik beli 1 lagi dress jubah dari Fabulous Heejab Boutique
kali ni beli Sierra Jubah Dress.
dulu beli Medina Jubah Dress kat lengan ada prada lace.
 yang Sierra Jubah Dress ni ada sequin kat lengan

dress jubah ni guna meterial Soft Satin Silk. so tak mudah berkedut. tu paling nik suka
nik beli 2 helai.Emerald Green dan Blue Turquoise..
1 untuk nik, dan 1 lagi untuk adik nik.
it's NURSING-FRIENDLY, ada hidden zipper kat bahagian dada
it's WUDHU'-FRIENDLY jugak sebab ada hidden zipper kat bahagian lengan
free tali pinggang yang matching dengan colour sequin lagi.



Facebook:

Instagram :

Website
http://www.fabulousheejabboutique.com/

nanti dah pakai kita show off lagi,,muehaha

Saturday, September 27, 2014

marah itu mudah tapi sabar lebih indah


Assalamualaikum

wahai awak yang cukup sempurna sudah-sudah la mengata dan berburuk sangka pada orang lain
sebelum berkata-kata cermin dulu diri sendiri.ku sangka orang yang busy dengan kerja tak akan ada masa fikir buruk tentang orang lain tapi sebaliknya
makin di limpahi rezeki makin meninggi diri, bercakap seolah-olah diri terlalu sempurna
bagus niat menegur tu tapi pilih bahasa yang elok dan tidak menyinggung perasaan orang lain yea.
bangga agaknya bila dapat bercerita sikap buruk orang lain.
untuk awak, u dont have 2 b a genius to know that if u say something bad about people,it reflects who u are instead of what u want to potray about them

ikhlas dari saya yang tak sempurna :)


“Manusia yang berasa diri dia betul, suka mengkritik orang, menganalisis orang dan mencari silap orang. Sebab dia tidak melihat dirinya sendiri. Dia tidak menggunakan cermin, tetapi dia menggunakan kanta pembesar, untuk sibuk duduk menilik orang. Apabila kita menilik orang dengan kanta pembesar, maka akan nampaklah dosa-dosa orang; dosa orang yang sebesar kuman pun kita nampak, sedangkan diri kita yang bersalut dosa kita tidak nampak.”

Prof Dr Muhaya

#notetoselfandothers

Wednesday, September 24, 2014

AlFatihah buat arwah abah


Assalamualaikum

Al - Fatihah buat arwah abah (bapa mertua) yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2.25 petang Jumaat 19 September 2014.arwah sakit buah pinggang..
Allah lebih sayangkan arwah Abah.
kami redha tapi dalam masa yang sama, macam tak percaya abah dah tak ada.

selamat tinggal abah.ada masa kami datang jenguk abah lagi.
kami redha sebab kami tahu abah ada kat tempat lebih baik walaupun jauh dari kami.
abah tetap dekat di hati dan doa kami
YA ALLAH ampunilah dosa abah dan tempatkan dia bersama org2 yg beriman



AL-FATIHAH

Tuesday, September 16, 2014

Kenduri Sepupu Hubby di Bangi


Assalamualaikum

Ahad lepas ke kenduri kahwin sepupu sebelah en hubby.
dah lama nik tak attend kenduri kahwin
kenduri di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM Bangi




lepak luar dewan dengan en hubby

gambar pengantin tak snap pun. dewan besar, malu la nak pi snap gambar pengantin
pengantin tak kenal pun kita walaupun sepupu. sepupu sebelah mama kandung en hubby
datang pun atas jemputan dari mak pengantin.
jumpa selisih bahu confirm tak kan kenal.tak pe la.
maybe next time bila mereka dah bersedia nak kenal :)


pengantin perempuan anak bongsu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din.
congratulation and Selamat Pengantin Baru to Haziq Jaffar dan Hana Haron 
semoga berbahagia hingga ke Jannah

psttt
Dato Ct dan Dato K pun ada uollss, kita jea tak sempat jumpa..huhu
nampak Salima AF4 ngan hubby dia

Saturday, September 13, 2014

Tempat photoshoot wedding menarik di Kelantan


Assalamualaikum

nak share tempat photoshoot wedding menarik di Kelantan, lebih spesifik di Bachok.
2 orang adik saya photoshoot kat sini.di Pantai Senok, Kelantan
tempat ni memang femes sebab banyak photoshoot wedding kat sini.
sukakan nature, Pantai Senok, Kelantan boleh jadi pilihan..ewahhh..promo lak kan.



ade tasik, di kelilingi pokok-pokok yang hijau
kalau photographer yang sememangnya bagus
lagi lah boleh jadikan view tu nampak meletop








romantikkan
berlatar belakangkan cahaya matahari yang nak terbenam
suka gambar ni.100% orginal, no editing

edit skit pun dah cantik


kalau photographer yang lagi best,
siap panjat tuk dapat kan shoot yang menarik.ko mampu.hihi









memories may fade, but pictures last forever

Wednesday, September 10, 2014

layan tekak western


Assalamualaikum

balik kerja, tetiba tekak teringin nak makan western.mengada kan tekak uolss.muehaha
masak malas so ajak en hubby ke Pasta Express @ Taman Putra Perdana jea,
sebab kat sini jea banyak pilihan makanan western .

dah sampai sini tak tahu lak nak order apa.
belek2 menu, order lasagna jea la.huhu


weekend lak nik masak spaghetti bolognese .gambar tak sempat nak snap.
puas hati.petang malam duk makan spaghetti bolognese jea.haha

Monday, September 1, 2014

aktiviti Hari Merdeka


Assalamualaikum


cuti-cuti hujung minggu ni korang ke mana je? 
nik banyak lepak kat rumah,
walaupun minggu ni cuti hujung minggu sampai isnin sempena merdeka.
petang lak keluar ke Alamanda, jalan-jalan cuci mata :)
hajatnyer nak tengok wayang, tak ada citer yang best lak..huhu

singgah makan kat Ayam Penyet AP.




sempat lepak santai kat Tasik Pullman
kalau petang memang ramai orang lepak kat sini
siap ada 3-4 pasangan pengantin tengah berphotoshoot lagi


tenang :)

 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 buat semua rakyat Malaysia
Saya anak Malaysia.
Saya sayang Malaysia