Thursday, October 30, 2014

usb charger


Assalamualaikum

dah lama mencari.tapi tak ada masa nak pi beli.
usb nik sebelum ni dah tak elok. cilok usb en hubby..haha
charge hp ok cuma dia tak detect bila sambungkan dekat laptop tuk transfer gambar.
tak tau pulak yang adik ipar rupanya jual ni.nasib baik jugak tak pi beli
boleh beli dengan adik ipar.support family bisnes.hihi
usb charger ni untuk sumsung, nokia, sony, xiaomi, huawei, asus, and more.
colourful usb nyer.comel jea
nik pilih warna hijau dan pink. dari jauh dah nampak.
satu nak letak kat opis.satu lagi kat rumah.

nak lagi murah beli la banyak.pakat la dengan member-member opis or family.
Price rm15 + free pos
so sapa berminat nak beli please sms call whatsapp or wechat
0182868826
facebook page : 365MY


Wednesday, October 29, 2014

genap 40 hari arwah abah pergi


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah 40 hari arwah Abah pergi
sampai skarang nik masih tak percaya yang arwah Abah dah tak ada kat dunia ni

40 hari lalu, kelam kabut kami bersiap nak balik bila dapat tahu Abah tenat
dalam kereta tu asyik berdebar jea bila dengar bunyi hp en hubby
berharap sangat tak ada berita sedih, berharap sangat sempat jumpa Abah
Alhamdulillah sempat jumpa Abah walaupun Abah koma
Abah hanya bernafas guna alat pernafasan,
sedih tengok tangan Abah yang dah berubah jadi biru
ermmm..tak mampu nak ingat balik.
asyik masuk habuk jea mata ni.susah nak menaip so biarlah jadi kenangan kami :(

yang penting arwah Abah pergi dengan tenang.
Abah dapat hembuskan nafas terakhir di rumah sendiri
hasrat Abah nak meninggal dalam keadaan cukup sifat dah kami tunaikan.
berebut-rebut orang nak tengok muka Abah masa tengah di kafankan.
Abah seolah-olah tersenyum . Subhanallah

Al-Fatihah untuk arwah abah.
yang pergi tetap pergi. kami yang masih hidup ni kena teruskan kehidupan.
semoga arwah Abah di tempatkan dengan orang-orang yang di kasihi Allah
lapangkan kubur arwah Abah. pertemukanlah kami di syurga nanti.


Al-Fatihah

Monday, October 27, 2014

Tupperware Blossom Collection


Assalamualaikum

yeayyyy..akhirnya dapat tupperware idaman hati
tupperware blossom collection
happy dia macam dapat bonus akhir tahun lak.wink wink wink





 warna hijau yang menawan hati iolss.
kalau ada tetamu, hidang makanan dalam bekas ni jea. dah cantik.
 bila guna ni, tak payah guna tudung saji. bekas ni dah ada penutup.
senduk lak boleh letak atas penutup or biar dalam bekas.
selalu senduk letak luar..kalau letak dalam bekas nanti tak boleh tutup rapat
tapi bekas ni, senduk pun boleh masuk dalam, ada lubang muat-muat tuk senduk.
yang lagi best, boleh letak dalam microwave.senang la nak panaskan makanan nanti




apa barang bekas jea cantik kan.so harus la kita masak
tgh fikir apa nak masak ni..muehaha

Sunday, October 26, 2014

owhsem weekend


Assalamualaikum

makan-makan dengan family.kali ni 4 beradik dapat berkumpul.
seperti biasa, kami berkumpul kat rumah adik nik yang kat Kajang.
adik iolss skarang ni rajin sangat masak.
tiap2 minggu ada jea menu istimewa yang dia masak.
weekend kali ni baru sempat nak ke sana.

nasi kerabu...lama dah tak makan
request adik masak ni..tak ada nasi biru, kuning jea ada
nik tak kisah pun warna nasi, warna pink skali pun iolss telan..muehaha

puding gula hangus.ni nik yang request jugak
kat rumah sendiri tak ada periuk kukus sebab tu susah nak buat puding ni
feveret sepanjang zaman. sedap sangattttt

puding roti..percubaan pertama
not bad.nanti boleh cuba lagi.

bila kerja ni, sangat menghargai hari-cuti macam ni
walaupun tak cukup family member tapi ok dari tak ada langsung kan.
i love weekend so much.spending quality time dengan family :)


Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah people! tutup buku lama, buka buku baru
mohon maaf atas kekhilafan saya selama ni
tahun baru, semangat baru, azam baru. permulaan baru
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk perbaiki diri.
may this year be a blessed one and full of barakah
sama-sama berhijrah ke kehidupan yang lebih di redhai Allah



Friday, October 24, 2014

long distance relationship


Assalamualaikum

saying goodbye is always the hardest part
hari-hari tengok suami depan mata, tiba-tiba dia terpaksa outstation.
kalau sehari dua ok lagi.ni sebulan dua.AllahuAkbar.
berat sangat rasa nak lepaskan dia pergi kerja.
esok dia nak pergi, kalau boleh arini tak nak tido.nak spend masa dengan dia jea :(

tapi benda paling best tentang long distance relationship ni,
akan excited and happy bila dapat tahu dia nak balik.
lagi-lagi kalau 2 bulan tak jumpa, feeling yang tak tahu nak describe macam mana.
hanya yang alami saja yang faham.hihi..siapa tak suka dapat jumpa suami sendiri kan. 
ada balik teman peluk malam-malam.teman tempat menggedik dan mengada.auww..muehaha

Myhusband Myheart

bersabarlah wahai hati..tinggal beberapa hari jea lagi

It’s hard when you miss people.
But, you know, if you miss them it means you were lucky.
It means you had someone special in your life, someone worth missing.
-Nathan Scott, One Tree Hill-


Wednesday, October 22, 2014

dapur impian


Assalamualaikum

Alhamdulillah..macam tak percaya dah duduk kat rumah sendiri.
tapi masih banyak lagi nak renovate. en hubby tengah kumpul duit lagi tu.
harus la en hubby yang kumpul duit sebab gaji cik isteri tak besar mana.muehaha

kalau ikut hati memang niat nak ubahsuai dapur dulu. mula2 nak kena besarkan dapur.
kalau boleh kat dapur tu boleh muat meja makan. 
so tempat letak meja makan skarang boleh di jadikan ruang tamu ke dua.hihi
dan kalau boleh bila masuk rumah tu tak ada la nampak dapur terus macam skarang.




dalam banyak2 design tu nik berkenan sanagat dengan dapur ni.
warna dia cantik kot. gambar dapur ni dari Dapurku id design



kabinet dapur yang boleh sorok macam2 barang
tak ada la bersepah kat atas kabinet dapur kan.mana boleh sorok kita sorok.hihi


mood berangan

Sunday, October 19, 2014

tudung bawal


Assalamualaikum

ni tudung bawal baru kita..hihi
beli dengan opismate. yang penting senang nak bentuk.
arini beli.esok iolss dah rasa pakai ke opis. nampak tak excited kat situ
tapi tak dapat lak nak pakai sebab tak jumpa baju yang sesuai.muehaha


nik tetap setia dengan tudung bawal..tak suka pakai shawl, tak reti nak lilit-lilit..
kalau pakai memang rasa tak selesa, rimas sebab rasa ada benda kat leher.
huhu..tudung bawal jugak jadi pilihan.

nak tengok tudung bawal menarik boleh terjah link ni yea
http://instagram.com/dearNiera

Monday, October 13, 2014

masalah rambut gugur


Assalamualaikum

nik ada masalah rambut gugur yang teruk
setiap kali mandi or sikat rambut confirm rambut banyak gugur.scary btol
sebelum ni pernah cuba macam-macam shampoo.
Clear, Dove, Head & Shoulders, Rejoice, Pantene, dan Sunsilk.
hampeh....satu pun tak ok.rambut tetap jugak nak gugur
belum jumpa lagi shampoo yg betul-betul serasi agaknya
kali ni kita try set penjagaan rambut La Bourse lak..adik nik yang suggest guna syampoo ni.
 lagi excited nak pakai bila dia cakap rambut dah tak banyak gugur.
hope ada kesan positif untuk rambut nik jugak.


pakai shampoo ok lagi.tapi bab pakai conditioner ni ada malas skit..haha
tapi nak kan rambut sihat dan tak gugur harus la pakai.
kalau berkesan, iolss review nanti.kalau tak ada review tu maknanya tak berkesan la tu
kena fikir cara tradisional agaknya nanti...muehaha

Friday, October 10, 2014

perfume enchanteur & cetaphil


Assalamualaikum

rasanya macam dah lama tak beli barang baru..hihi
saja gedik ajak en hubby ke Alamanda, Putrajaya
nak cari perfume.tapi tak sah la kalau tak grab benda lain kan. terbeli lak Cetaphil
baru pakai seminggu, so tak boleh nak komen apa2.
just gedik nak tayang kat blog..kalau ada perubahan kat muka iolss review la nanti
kalau tak tu, confirm la tak sesuai dengan kulit muka.hihi



perfume enchanteur paris mon amie ni best.
beli ni sebab sebelum ni nik pakai yang adik punya.
ingat dia beli kat London sebab packaging dia sama macam perfume Miss Dior. haha
tak sangka perfume bawah RM 30 pun boleh tahan lama.
sembur banyak pun tak pe.sebab harga murah.hihi..nanti boleh beli lagi.



tu jea nak citer.tak ada yang menarik.
cerita biasa..bosan giler hidup iolss kan.muehaha.tapi tak apa la, asalkan saya happy :)
.tunggu hubby balik.nanti kita buat entry holiday lak * mood berangan


Monday, October 6, 2014

Taman Saujana Hijau , Presint 11 Putrajaya


Assalamualaikum

petang raya punya cerita..jalan-jalan cari Taman Saujana Hijau
Taman Saujana Hijau  ni kat Presint 11 Putrajaya
tahu tempat ni pun bila tengok video Save The Date Che Ta dan Zain Saidin
diorang shooting video kat taman ini. .tempat ni memang cantik 
kat sini boleh joging, berbasikal, jalan-jalan, snap-snap gambar, selfie pun boleh





kat area taman ini ada juga a few gazebo untuk bersantai
wedding photoshoot kat area ni pun best gak kan. sure cantik bila dalam gambar
kat sini ada yang berpiknik.siap bawak tikar dan makanan lagi.
tak sempat tawaf abis pun.agak luas kawasan tamannya







jogging trek yang luas dan panjang.





ada beberapa hari lagi untuk spend masa dengan en hubby
nanti dia dah naik kapal balik. huwaaa

Sunday, October 5, 2014

menu malam raya


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam
semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah SWT
raya ni korang balik mana? nik dan en hubby beraya di Puchong jea.
buat semua yang pulang ke kampung, 
semoga selamat perjalanan pergi dan balik.

malam semalam sempat makam-makan rumah adik.
sambut raya awal sebab ada sorang lagi adik nik keje pagi raya
datang umah orang selfie.buruk nau perangai
bukan nak pi tolong kat dapur..muehaha



nak tayang menu malam raya.adik nik masak laksam dan roti jala
dua2 feveret nik ni.harus la ku telan dua2.
memang sedap.. lama tak makan.
jangan mimpi la kalau nik nak buat sendiri..memang takkan buat punya.muehaha










selain makanan,set blossom tupperware hijau yang letak laksam dan roti jala ni macam menarik jea.hihi
terus mintak adik belikan 1 set.  
bila masak nanti letak jea dalam ni.so tak payah pakai tudung saji bagai
selalu senduk kena letak luar..kalau letak dalam bekas nanti tak boleh tutup rapat
tapi bekas ni, senduk pun boleh masuk dalam, ada lubang muat-muat tuk senduk.

terima kasih ja.terima kasih sebab tak pernah berkira.kalau masak tu selalu ajak kami makan
dah la ajak makan, siap bekalkan makanan tuk bawak balik
nanti masak sedap jemput makan lagi yea.
terubat rindu skit walaupun tak balik kampung