Wednesday, December 31, 2014

Highlight of my 2014


Assalamualaikum

entry terakhir di Tahun 2014. 
jom imbas kembali kenangan pahit manis sepanjang tahun 2014

working life
overall dari segi kerjaya,tahun ni tahun yang sangat mencabar 
kalau ikut hati nak resign 24 hours.
tapi fikir banyak commitment hidup , kita hold dulu la niat nak resign.

 yang manis, rezeki dapat pekerja terbaik.walaupun tak sampai setahun kerja.

blum pernah MC tapi EL dan beberapa kali.opsss
skarang lebih matang. kerja sebelum ni kalau stress jea terus tak pegi kerja. 
skarang stress macam mana pun hadap jea.
lebih bertanggungjawab maybe. mati la puji diri sendiri lak.muehaha 







online shop
9 daripada 10 sumber rezeki ada dalam perniagaan. berpegang pada prinsip ni, 
nik dan adik buka perniagaan online kecil-kecilan.
Alhamdulillah, batch pertama dapat sambutan. so di teruskan kepada batch kedua.
teringin nak tambah item lain.kena fikir dulu nak jual apa. hehe


rumah idaman
Alhamdulillah, finally dapat beli rumah landed
syukur sangat akhirnya Allah permudahkan urusan tuk miliki rumah sendiri walaupun rumah 2nd hand .macam tak caya pun ada.rumah masih tak siap sepenuhnya
banyak lagi nak kena renovate.




family baru
bartambah 3 ahli baru dalam family kami. 2 orang adik ipar, sorang lagi anak saudara
yang syoknyer, dalam setahun ada 2 kenduri . 
selang sebulan lak tu. kalau dah jodoh tak kemana kan.
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. 

moga tahun depan, bertambah lagi ahli dalam family kita . yang confirm sorang akan keluar bulan feb ni. mak cik awak tak sabar nak jumpa awak.cepat keluar baby.

adik kita sorang lagi pun nak kawen bulan 4 ni.
tinggal yang bongsu jea lagi..muehaha




Aufa Nuha


dengan mommy to me. perut tak nampak pun.
patut posing dari tepi..haha
ambik berkat.kot2 melekat kat nik pulak kan.amin

Syawal with hubby

setelah 2 tahun tak dapat raya bersama, 
akhirnya tahun ni sambut raya bersama hubby.



30 tahun

bulan Ogos tahun 2014, iolss dah masuk 3 series.nik tak biasa celebrate birthday.
lagipun rasa macam dah tua sangat dah nak celebrate birthday bagai ni
boss siap beli sebijik kek lagi.en hubby lak send bunga dekat opis :) 
malu kitewww..huhuhu
2 minggu lepas tu ada lagi sambutan kat opis untuk staff lahir bulan Ogos




5 Tahun
29 November, genap 5 tahun kami nikah.
cepat nye masa berlalu.rasa macam baru semalam jea kami nikah.ewahh..gedik nau
orang kata the first 5 years ni challenging. fuhhh..dah lepas la maknanya.
so skarang masuk fasa ke 2 ( tahun ke 5-10 tahun) .Alhamdulillah
jauh lagi perjalanan kita.
my soulmate, my lover, my bestfriend , my husband
kami berbeza tp Allah temukan dua hati yg berbeza ini tuk saling mencintai..dan harapan kami semoga ia kekal hingga Jannah

dapat bunga lagi :)



Holiday
tahun ni sempat bercuti ke Pulau Tioman jea
InsyaAllah, harap tahun depan dapat ke tempat menarik lagi.
ke London mungkin * mood berangan






abah meninggal
kenangan paling pahit sepanjang tahun 2014. 
Allah lebih sayang kan Abah. saya yang baru 5 tahun jadi menantu pun terasa kehilangan Abah. apatah lagi en hubby. tak akan ada lagi kata2 nasihat dan semangat dari Abah.
moga Abah tenang di sana.Al Fatihah



dari segi kesihatan, 
Alhamdulillah saya diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun, 

Overall, tahun 2014 adalah tahun yang mencabar
lots of thing happened in 2014.
Thanks Allah for all the god and bad memories
looking towards 2015 pulak.
semoga tahun mendatang akan lebih baik dari tahun yang sebelum

come on 2015..let the journey begins

adik di Berlin, Jerman


Assalamualaikum

seronoknya orang tu pi holiday,nak up gambar. tak nak biar nik jea yang jeles
nak korang yang baca dan tengok gambar pun jeles.huwaa..jom la kita jeles beramai-ramai
adik bongsu kita yang kat London tu holiday ke 3 negara sejak minggu lepas
jeles iollss tengok gambar yanga adik share kat group whatsapp family

yang ni kat Berlin, Jerman
cantik nyer Berlin ni















skarang adik kat Prague, Czech Republic.
dan akan sambut new year di Budapest, Hungary
 take care and have fun





Tuesday, December 30, 2014

Hujung Minggu Punya Cerita


Assalamualaikum

hujung minggu paling di nanti . happy dapat cuti,
 walaupun balik-balik buat aktiviti sama
keluar makan, jalan2 Putrajaya or window shopping.muehaha
 hujung minggu lepas dapat spend the whole 2 days dengan family.
family kakak nik ada kat rumah nik skarang ni. letrik dan air kat Jerantut dah tak ada.
so terpaksa cari kawasan lain tuk pindah,nasib baik akak decided awal.skarang jalan dah tutup. #PrayforPantaiTimur

kami ke kenduri di Dewan Perdana, Keramat.anak kawan kakak nik yang kawin.
kami lak pi menyibuk..muehaha. lama jugak tak makan nasi kenduri.

bosan budak berdua ni tunggu Mama dia.
Mama dia lak excited sebab dapat jumpa kawan lama yang dah 28 tahun tak jumpa.
kira seisi reunion jugak la.tapi ada beberapa yang tak dapat datang sebab terlibat dengan banjir.


nik tak ambil gambar banyak pun, sebab malu nak jalan - jalan
gambar pelamin jea ada. pelamin yang simple dan cantik




me and anak2 saudara. dah besar dah.
4-5 tahun lagi uolss dapat cucu agaknya.muehaha

ahad lak uolss keluar dating berdua dengan hubby
1st time makan kat Restoran Padi House, Cyberjaya
Padi House ni bersebelahan dengan Old Town White Coffee.
love the environment .ala-ala open air. nampak lapang
banyak menu. ada local, dan western and rambang mata nak pilih





nanti boleh datang lagi try menu yang lain

Restoran Padi House
Block 3503
Jalan Teknokrat 5
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.

Saturday, December 27, 2014

misi berjaya..my baby blue dress jubah


Assalamualaikum

kalau ikut kan ni kali ke 3 nik beli jubah dress dari Fabulous Heejab Boutique.
kali ni beli 4 pasang terus. haha..beli jubah sama lak tu.
3 lagi untuk adik-adik nik.yes..kami pakai jubah yang sama untuk majlis nikah adik nik nanti.
sweet kan kami..muehaha..nampak nau kakak pengantin lagi excited dari pengantin.muehaha
nik berkenan 2 dress jubah ni. tapi sain yang nik nak tu dah sold out.ku kecewa...huwaaa


so beli Medina Jubah Dress yang ni
Frozen Blue + Tiffany Green Lace

macam menarik jea bila gabung jubah dress Medina Jubah Dress
dengan ALLURE The Sequin Scarf dari Ameera Zaini ni.tapi sayang bawal sequin ni dah tak jual

beli Medina jubah dress dapat free cloth belt.
belt tu nak bukak boleh, nak pakai pun boleh, boleh buat 2 gaya gittewww 
Medina jubah dress ni nik beli RM124  dari harga asal RM 175.
biru bukan faveret color nik. tapi cantik lak warna baby blue ni.hihi



done. misi berjaya.