Saturday, January 3, 2015

azam dan harapan tahun 2015


Assalamualaikum 2015

nik bukan jenis orang yang berazam sangat..muehaha 
hidup nik simple, kalau dah plan A tak berjaya buatlah plan B. tak berjaya ada lagi plan C.
tak berjaya jugak, redha jea la.
tapi still beberapa perkara perlu buat perancangan dulu.
ni macam lebih pada apa yang nik nak buat untuk tahun 2015. hope semua jadi kenyataan

Saving
berazam untuk lebih banyakkan saving.
nik baru start projek tabung hijau ni bulan lepas.
so setiap kali ada RM5 dalam purse, terus simpan dalam Tabung Hijau.
tabung syiling masih di teruskan sampai skarang. duit tu nik akan simpan kat Tabung Haji nanti.
suka simpan kat Tabung Haji sebab tempat susah nak keluar kan duit sebab tak ada kad ATM.


working life
teruskan kerja dengan ikhlas. tak nak banyak mengeluh.
di sebabkan kerja dengan company,
so harap tahun ni dapat lebih bonus dan kenaikan gaji..muehaha
harap mampu bertahan melayan kerenah customer, boss, opismate or orang yang berlagak boss.ehemmm..

dapur impian
yang ni kena rancang btol2. sebab nak dapat ni perlu guna duit
sebelum ni iolss masuk rumah terburu2.so tak boleh terus buat renovation besar2an.
duit pun cukup2 tuk buat renovation biasa jea.
lagipun nak kena extend dapur dulu. nak bagi dapur tu besar skit.
baru boleh pasang build in cabinet macam ni.


upgrade almari
baru berjinak-jinak kumpul jubah/dress.
suka pakai dress/jubah sebab senang 1 piece jea.tak payah fikir nak mix and match.



Holiday
hope dapat bercuti ke tempat -tempat menarik
tak dapat pi Pulau Redang, pi London pun ok dah .eh2
bagi can la kita berangan jauh2 skit.gambar ni jadi sumber inspirasi..haha


Baby
setiap tahun sejak nikah, confirm list ni akan masuk dalam senarai.
moga ada rezeki kami tahun ni.InsyaAllah.

blogging
dah masuk tahun baru ni, harap sangat dapat aktif balik berblog macam dulu balik, rindu nak blogwalking dan komen di blog yang lain.

postive. postive. postive
learn to be postive
stop saying negative words or negative things bout anyone so that u will get positive result!

Selamat tahun baru semua
xoxo

10 comments:

  1. Kumpul jgn x kumpul.. hehe.. semoga impian jd kenyataan..

    hepy nuyer.. :)


    Jemput singgah "Trip ke Sabah naik My" tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..insyaAllah.moga dapat kumpul la..haha

      Delete
  2. In sha Allah moga tercapai segala hajat..

    ReplyDelete
  3. Semoga azam 2015 kak Nik tercapai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.harap mcm tu la.azam semua tercapai

      Delete
  4. Hehe comei... hrp.sgt wishlist akk fulfil.sume thun ni.aammiinnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear..harap wishlist awak pun tercapai nnt k :)

      Delete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^