Wednesday, February 25, 2015

Chinese New Year Short Escape Part 3 : Penang & Ipoh, Perak


Assalamualaikum

yeay...entry akhir cuti-cuti Malaysia di Ipoh, Perak
.nanti kita sambung entry cuti-cuti kat tempat lain lak.tu pun kalau pi bercuti lagi.muehaha

Entrance 

akhirnya sampai jugak di  Lost World Of Tambun
first beli tiket dulu yea. beratur jugak la nak beli tiket.
ramai orang tapi banyak kaunter bukak so beratur pun tak lama.



harga tiket untuk Dewasa RM 52

kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm RM46
kalau ada kad Mesra Petronas boleh dapat 15% diskaun

Waktu operasi Taman Tema Lost World of Tambun 

Isnin hingga Jumaat - 11:00 - 18:00 
Hujung minggu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah - 10:00 - 18:00 

taman tema ditutup pada setiap hari Selasa 
(kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah) 



masa masuk tu diorang akan check bag . 

makanan memang tak di benarkan masuk yea
banyak kedai makanan kat dalam taman tema tu.
so jangan risau korang takkan kebulur. sediakan duit saja.haha

blur jugak mula2 masuk. tak tau nak pi arah mana
mula-mula kami pilih untuk jalan-jalan dulu, baru main air. 
sebab nanti nak simpan telefon.leceh jea bawak hp masa nak mandi .
tempat ni tak ada la besar mana tapi bagi orang yg suka air dan kehijauan memang akan suka tempat ni

kami jalan-jalan di Amusement Park.bagi nik permainan kat sini biasa2 jea. 
nik dan en hubby main ni jea, Dragon Flight




Tiger Valley
ingat nak jumpa kawan en hubby en harimau, jauh pulak dia.
so tak dapat la nak snap gambar..haha..sombong nau en harimau skarang yea


Tin Valley
ada replika tempat mendulang bijih timah kat sini




ni gajah batu jea yea. bukan yang real punya.



korang boleh buat extreme activities kat sini contohnya Zip Line , flying fox, rock climbing.masa nik pergi aritu, langsung tak ada orang yang nak cuba aktiviti ni.
hihi


Swan

Petting Zoo
ni ala mini zoo. best sebab nik memang suka sangat pergi zoo. 
suka tengok binatang comel-comel tapi takut nak pegang..huhu 











gambar sekitar tempat mandi manda tak banyak nik snap. 
ambik gambar pun sebab masa nak balik tu sempat jalan-jalan dulu.
ni Adventure River, sungai buatan terpanjang di Asia , 600 meter panjangnya.
sungai buatan ni tak dalam mana pun.
kami siap pusing 3 kali  dengan pelampung
sewa pelampung RM15 + deposit RM10.


dekat 15 minit jgak la beratur semata-mata nak cuba aktiviti ni.
yang ni kami naik skali jea. malas nak beratur lama semata2 nak naik ni. 




sebelum balik tu kami makan kat food court
and then kami decided balik terus ker Puchong.

Alamat

 No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, 
Sunway City Ipoh, 31150 
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com


3 comments:

  1. bestnya cuti-cuti malaysia nik.. cikna tak pernah sampai lagi lost world ni..

    ReplyDelete
  2. seronoknya leh jalan-jalan. kita cuti panjang dok rumah je. suami kerja..

    ReplyDelete
  3. kalo bawak bebudak ni tentu dorang seronok..banyak gak aktiviti dalam tu..tapi tengok tang tiket agak pricey jugak..anak ramai ni..huhuuu

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^