Monday, March 9, 2015

Persona Stance 2nd Anniversary 2015


Assalamualaikum

aktiviti weekend lepas, join family day sempena Persona Stance 2nd Anniversary 2015. first time join family day Persona Stance. 
iolss bab pi jalan-jalan ni on jea.
kami stay di Puteri Beach Resort . trip ni tuk 2 hari 1 malam jea.

gerak dalam pukul 7 pagi dari Puchong. 
first meet point kat Puchong Gateway. gerak awal sebab nak konvoi.
biasa la kalau dah namanya konvoi, gerak lambat punya sebab tunggu orang.muehaha
perjalanan ke Port Dickson ambik masa dalam 1 jam lebih.
kami sampai dalam kul 12 pagi tgh hari sebab banyak menyinggahkan 

tak ada aktiviti menarik tuk nik kat sini. kalau tanya en hubby confirm la best sebab dapat jumpa kawan2 kereta dia. so nik just lepak-lepak kat bilik hotel.dah la line telefon u mobile sendu jea kat kawasan hotel ni. tak ada internet access pun.kesian kat iollss bosan kat bilik hotel sorang2.en hubby lak bersuka ria ngan kawan2..uhuk uhuk


ada banyak pilihan bilik, hubby pilih bilik jenis 1 bedroom studio

bilik luas, sesuai sangat untuk family tapi perabot jenis lama dan tak moden












tv pun jenis lama, tak ada remote control. nak tukar channel kena tekan butang kat tv. 
mula-mula tak dapat siaran,lepas check, rupanya signal cable tak disambung ke wall socket.adoyai..haha..tapi banyak channel Astro.
first time jumpa hotel tak ada telefon dalam bilik.




 alamari jea besar. tapi hanger tak di sediakan * tepuk dahi



ni keadaan bilik air. 

selalu kat hotel nik duduk rasa best jea mandi lama2 sebab bilik air selesa. 
kat sini nak mandi pun fikir 2 3 kali.huwaaa













view dari tingkap bilik










pilihan menu sarapan pagi kat  sini tak banyak.

menu biasa macam nasi lemak, mee goreng, roti bakar dan cereal tu ada.
cukup la tuk nik yang tak makan banyak ni :)



kat sini ada aktiviti sukan air . blh cuba jet ski dan banana boat

ATV pun ada





tempat ni sangat okey untuk buat family day or reunion kawan-kawan. 
kawasannya yang luas.ada kolam untuk kanak2 main air. 
bosan terjun kolam, boleh terjun main kat pantai lak.
tempat bbq pihak hotel boleh sediakan.

 Puteri Beach Resort
KM16, Batu 10, 
Tanjung Biru, Port Dickson

sebelum balik singgah makan tengah hari kedai kat depan Politeknik Port Dickson



tolak bahagi tambah darab, lebih kurang 40 buah kereta join family day kali ni.

dah namanya community kereta, so harus la ada gambar kereta yea dak
diorang ni sanggup berpanas semata-mata nak ambik gambar kete.
respect la :)






psttt..gambar ada yg cilok dari kawan2 en hubby.
harap di halal kan :)
next family day tahun depan di Johor lak.
nik? tak join dah kot..muehaha..k bye

3 comments:

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^