Saturday, April 18, 2015

2 tahun di sini


Assalamualaikum

hai.. lama betul tak membebel sal kerja kat sini.
diam tak diam, arini dah 2 tahun kerja dengan company skarang.
untuk tempoh 2 tahun ni, macam-macam dugaan ada. tak sangka boleh bertahan sampai skarang 

2 tahun kat sini, macam-macam ragam manusia nik jumpa
6 bulan pertama tu,  setiap malam tak boleh tidur lena bila fikir sal kerja yang banyak dan esok pagi  nak kena mengadap orang2 kat ofis. 
apa lagi si polan tu si polan ni  akan buat.
ragam manusia ni kadang2 buatkan nik rasa down, stress dan tak happy
ada yang suka cakap belakang, perli depan2 pun ada,
ada yang tiba-tiba masam muka, tak puas hati, berkira dengan kerja.
susah la ada jenis manusia yang konon perasan kalau tak ada dia , orang kat opis tak boleh buat kerja. macam dia jea yang tahu semua benda.
kalau ikut hati yang menyampah ni, nak bagi  jea penumbuk sebijik*amboi amboi.haha..tapi selalu nik buat derk je kalau jumpa orang macam ni.biar diorang sakit hati sendiri.

nik tak perfect, ada silap sana sini, tapi selagi  boleh cuba la jaga hati orang lain
jangan berkira pasal kerja, tapi jangan tak berkira langsung nanti akan ada orang ambik kesempatan plak. diri yang susah nanti nak kena buat semua. 
just buat or tolong selagi mampu.


yang ni salah satu penyebab diorang tak suka nik *wink wink

tahun ni jea dah 4 orang bahagian operation resign. 
setiap bulan terpaksa back up kerja orang lain. phewww. 
nasib baik  skarang dah kembali normal. staff baru dah masuk :) . 
suka dengan suasana kerja skarang.
happy jea kerja  sejak 2 senior yang bermulut laser tu resign.
tak sangka, mulut jea tak ada insurans tapi hati macam tisu.
please jangan rindu kami kat sini. kami baik2 jea tanpa kamu berdua. sumpah tak tipu..muehaha

setakat ni, cukuplah kerja yang ada ni, ada masa untuk diri sendiri dan family.
gaji skarang pun alhamdulillah. boleh bagi family sikit dan simpan skit. 
Alhamdulillah sangat-sangat.work pressure. biasa la, kat mana-mana ada pressure.terpulang kat diri sendiri macam mana kita handle pressure .kalau attitute tak berubah kerja kat mana pun sama jea dear *wink wink

kerja kat sini sebenarnya seronok.
hubungan antara boss dan staff rapat, macam family. boleh bergurau.
kalau ada masalah boleh terus direct jumpa dan bincang dengan boss.
hope boleh bertahan untuk tahun-tahun seterusnya

2 tahun yang sangat indah..* mata ke atas tangan ke bahu..bahaha
dulu suka buat OT hari sabtu. 
best buat kerja sorang2 tanpa gangguan.



team bulding 2013


dinner 2013


 dinner 2014





selain my boss dan ex-manager Angeline
2 orang kat opis ni banyak bantu saat sukar saya. 
terima kasih Anira n Kak Haida . selalu bagi kata2 semangat bila nik rasa down dan stress dengan kerja or dgn ragam2 manusia. 
moga kita kekal kawan sampai bila2.

13 comments:

  1. semoga akan happy2 selalu yea :)

    ReplyDelete
  2. wahh..bestnya dpt awards...tahniah Nik..kepenatan yg dihargai :)

    ReplyDelete
  3. Akk ..besnye.kje ajin2 t blnj nbila

    ReplyDelete
  4. Mmg susah kerja dlm suasana xbest. Tp skg ok dh kan.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. eee bestnyaaa company ada bagi award² bagai. akak kerja kat tmpt akak ni hampir 13 tahun. nan hado award² bagai...huhu. small company je... hikss.

    tahniah nik. u deserved it :)

    ReplyDelete
  6. wah.. patut ade yang jealous.. tahniah.. saya tau.. awak memang layak terima award tu..

    ReplyDelete
  7. selalunya org mulut laser ni jadi duri dlm daging . buat org jadi tak ikhlas buat kerja . alhamdulillah , mrk dah x de ... tahniah nik dapat award .

    ReplyDelete
  8. tak semua orang akan suka kita. dan tak mudah sebenarnya nak cari company yang environment bagus & paling penting susah nak jumpa bos yang tahu hargai staff. reward tu sebagai pembakar semangat. moga terus berjaya!! ;)

    ReplyDelete
  9. award mahal tuuuu..hehe
    eh kite pun dulu suka buat OT hari sabtu..tenang sangat..takde orang call, takde kena panggil..heheh

    ReplyDelete
  10. perangai orang memag macam2. heheh.. masa saya kerja dulu, saya buat prinsip "lantak ko perangai n mulut macam mana, asal kerja ko siap tak susahkan aku." hahahah.. malas pikir banyak.

    ReplyDelete
  11. Wah dapat awrdlagi.....congratz akak

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^