Friday, April 10, 2015

bila balik Kelantan


Assalamualaikum

best giler dapat balik kampung 5 hari .dah lama tak balik kampung
setiap kali balik kampung rasa tak nak balik puchong dah.
semua rasa best jea bila kat kampung ni.
 langsung tak stress.relax dan tenang jea. apa pun tak yah fikir. 

balik kampung kita orang tak berjalan ke mana sangat pun
isnin sebelum esoknya balik puchong, kita orang jalan-jalan bandar Kota Bharu
jalan-jalan cuci mata di KB Mall
singgah makan di The Chicken Rice Shop.


tak ada arah tujuan, ajak en hubby ke Bazar Tok Guru.
Ma dan adik ada kat sana. niat nak usha2 jea tapi terbeli jubah dan baju kelawar.haha
syok jalan-jalan time tak ramai orang ni.


balik dari KB singgah Pantai Irama
lama dah rasanya tak jalan-jalan kat pantai bila balik Kelantan
pantainya dah berbatu..dah dibuat tembok.
lepak tepi pantai atas batu sebelum minum coconut shake kat gerai depan








sepanjang pantai macam2 makanan lain ada. 
ada sate ikan, keropok dan makanan goreng-goreng celup tepung. 
sedia duit jea
dah siap minum, so jom balik
ok.bye



2 comments:

  1. ritu hana ada perhi kelantan setelah3 tahun meninggalkan bumi kelantan.. banyak perubahan dah :) best best

    ReplyDelete
  2. Perjalanan pergi balik selanvor Kelantan tu jauhkan.. Follow blog ni..

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^