Wednesday, May 20, 2015

Drama Dia Isteri Luar Biasa

Assalamualaikum


Tajuk: Dia Isteri Luar Biasa
Channel : TV3
Slot : Akasia
Mula Tayangan : 18 Mei 2015
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm]
Jumlah Episode : 28

Lagu Tema : Potret - Akim And The Magistrate

Barisan Pelakon : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza

Sinopsis Drama Dia Isteri Luar Biasa

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi? 

Dia Isteri Luar Biasa Episod 1


Dia Isteri Luar Biasa Episod 2 


Dia Isteri Luar Biasa Episod 3 


Dia Isteri Luar Biasa Episod 4 



Dia Isteri Luar Biasa Episod 5 


Dia Isteri Luar Biasa Episod 6 


Dia Isteri Luar Biasa Episod 7 



Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16   Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20 Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28

jom tengok sebelum di delete..hihi

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^