Sunday, August 16, 2015

My Sister's Wedding Preparation | Warna Tema Attire Family Perempuan

Assalamualaikum

dah 1 bulan adik iolls di risik, maknanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis akad nikah dan im sooooo excited .hihi. bila adik nak kawin, kakak dia yang terlebih excited.
so akan ada update tentang preparation nikah adik iolss nanti. 
iolss suka involve dalam majlis macam gini. 

kita start dengan preparation baju family tuk pengantin perempuan dulu :)
susah jugak sebenarnya nak decide dan finalize warna tema untuk family ni.
lepas fikir punya fikir. berbincang dengan family.color yang jadi pilihan untuk attire family masa majlis akad nikah adalah Pistachio Green. masa majlis resepsi lain lak warnanya.pheww..ambik kau..mana nak cari warna Pistachio Green ni weyyy.
sendiri tetapkan warna sendiri yang pening.muehaha

semalam buat pertama kali menjejakkan kaki di Jakel Shah Alam
 tak biasa beli kain kat tempat2 cenggini sebenarnya
tapi sebab malas nak bersesak kat jalan TAR so kat Jakel Shah Alam lebih selesa.
pagi2 dah ke sana sebab paking agak terhad sebab dia shop lot kan.
rambang mata tengok warna kain depan mata. bila ada yang berkenan saiz baju melayu lak tak ada. saiz baju melayu semua ada, kain tuk baju perempuan lak tak ada, so pencariannya adalah gagal





 akhirnya, warna Maroon jadi penganti.muehaha


untuk lelaki dah siap beli baju melayu Aaron Aziz uolls
free sampin dan butang baju melayu.
yang perempuan kami pilih kain untuk jahit jubah.
hias dengan prada lace yang kami jual.hihi
alaa. gambar pada lace kuning ni tak terang sangat lak dalam gambar.huhu
nanti dah siap jubahnya kita show off lagi.haha

family harus warna berbeza dengan pengantin nanti over shadow pengantin lak..muehaha
 kitorang yang big family members ni memang cukup susah nak bergambar . 
masa wedding macam ni la dapat berkumpul ramai2 n bergambar. pakai baju cecantik
so harus la pilih warna sedondon, baru nampak meriah hihi
berdoa moga majlis adik berjalan lancar seperti yang diimpikan



4 comments:

  1. semoga Allah mempermudahkan semua urusan..Aamin.

    ReplyDelete
  2. Warna meroon pon cantik . hee :)

    ReplyDelete
  3. seronok kan kalau adik beradik kawin? Tahniah to your sister and hope the prep goes well. Have fun ahead!

    ReplyDelete
  4. Nik..prada lace tu brp semeter..cantik :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^