Monday, September 7, 2015

MyTeksi

Assalamualaikum

 pengalaman pertama guna MyTeksi masa balik dari kerja aritu.
dah banyak kali jugak nik guna aplikasi ni. sebelum ni guna aplikasi ni masa pi taining sebab tak familiar dengan tempat kan.so better guna myTeksi. dapat claim balik dari company kan. tu yg syok tu.haha

 senang dan mudah. tak sampai beberapa minit dah dapat teksi.
tapi ikut kawasan jugak sebenarnya.kalau peak hours tu selalunya susah skit nak dapat.
but setakat ni kawasan nik still lagi ok. driver teksi tak jumpa tempat tu biasa.huhu
driver cancel booking pun pernah kena skali.  

interface dia mudah dan simple. 
orang yang pertama kali guna aplikasi ni memang tak ada masalah nak guna
sebelum tu korang kena download aplikasi ni kat playstore and daftar dulu yea.

bila buka aplikasi MyTeksi ni korang dapat lihat anggaran teksi yang berada dekat dengan tempat korang. pilih tempat pick up dan tempat drop-off korang
so korang dapat tahu brapa anggaran harga tambang kena bayar nanti
pilih jenis teksi yang korang nak. uollss pilih teksi bajet jea.hihi
korang boleh pilih masa untuk driver tu pick up korang. 
booking awal pun boleh.cuma korang kena set kan tarikh dan masa untuk driver teksi pick up korang..kat notes nik akan letak no rumah or nama opis/no opis tempat nik nak tuju tu sebab selalu kat tempat pick up or drop-off hanya dapat pilih no jalan jea.
so senang skit driver nak cari kan . kalau driver tak dapat cari, diorg akan call korang.so jangan risau 
kalau kita dah confirm, aplikasi ni akan cari pemandu dan tunggulah dalam ramai-ramai pemandu ni siapa yang nak ambik kita.
system myteksi akan pilih pemandu yang paling hampir dengan tempat korang so kalau bukan peak hours tak sampai 5 minit teksi dah sampai, paling lewat nik tunggu tak sampai pun 30 minit. 
kalau tak jumpa tempat, selalunya driver teksi tu akan call korang.
kalau tak ada driver teksi yang accept job, korang akan dapat message ni.
boleh try booking lagi. sampai la korang berjaya

yeay..dah dapat teksi
maknanya ada driver teksi yang dah accept job. 
nanti aplikasi ni akan bagi details driver tu siap dengan nama, gambar, jarak driver teksi dari tempat korang.



lepas dah sampai tempat korang tuju tu, korang boleh bagi feedback samaada khidmat driver teksi ni ok or tak. selalunya ok bagi nik. 
tapi nik pernah bagi feedback poor sebab lambat sangat nak sampai. pastu salahkan kita lak bagi nama jalan salah. selalu iolls letak nama jalan sama jea, boleh jea driver lain cari.huhu
melambat2 masa tu dah pernah kena jugak. malas nak bising. nik buat bodoh jea.
rezeki tak berkat beb .lantak kome la. dosa kome yang tanggung.

kalau yang bagus selalu nik bagi 4 & 5 star terus.
siap tanya mana jalan yang dekat lagi. moga murah rezeki untuk driver2 teksi yang bagus.

so far, aplikasi ni sangat la mambantu. rasa puas hati sebab senang sangat nak guna
tak payah nak tahan teksi tepi jalan kan.muehaha
so selamat mencuba



2 comments:

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^