Saturday, October 31, 2015

My Sister's Wedding Preparation | Doorgift preparation : Bottle Jar / Balang Kaca dari Quality Pack

Assalamualaikum

finally, berjaya memborong botol kaca untuk doorgift akad nikah adik December nanti. belum buat doorgift lagi.baru beli botol dia. cari door gift yang simple dan senang.satu jenis ni sudah. jimat.tak perlu beli paper bag.

nik pegi hari Sabtu, ramai giler orang kat sana.tapi urusan dekat situ sangat cepat sebab masuk2 dah jumpa botol kaca yang nik berkenan.adik tak kisah nik pilih yang mana so botol kaca ni jadi pilihan iolss.mula2 nak cari yang saiz lagi kecik but jumpa yang ni, terus berkenan :)
banyak sangat pilihan botol kaca untuk korang pilih..macam2 bentuk dan saiz ada. nak tahu detail tentang botol2 ni boleh terjah website Quality Pack Sdn Bhd.kat sana ada macam2 gambar botol kaca untuk korang pilih
botolnya besar skit dari tapak tangan iolss.
botol jar ni nik beli harga 70sen/botol tak termasuk gst.serius sangat berbaloi.saiz botol jar kami pilih 175ml..pilih saiz comel jea. senang nak angkut kan. bagi penutup botol jar ada dua pilihan. warna merah dan hitam.but masa nik pi beli. penutup ada warna merah jea.harga botol termasuk ngan penutup skali
yang best ada penutup putih tu skali.
kami borong 4 carton.1 carton ada 48 botol. tetamu masa akad nikah lebih kurang 100-150 orang.so beli lebih skit. beli awal sebab nak cuci dulu botol-botol sebab kitaorang nak letak makanan kan so harus la bersih dulu. nanti just cari ribbons or tali dan sticker untuk hias botol kaca ni
ni kira pembelian paling berbaloi.tak nak membazir untuk doorgift.buat ikut kemampuan kita,selagi boleh jimatkan kos, kita jimat kan. doorgift kami sama. tak ada beza untuk tetamu vip or orang biasa sebab semua tetamu ada lah tetamu vvip kami.wah wah.haha

so sapa2 nak cari botol kaca untuk doorgift terjah kat sini yea.
selain kat Puchong, ada branch dekat Johor jugak.

Quality Pack Sdn Bhd
K.L. Sales Office/Showroom
No. 52, Jalan Puchong Mesra 1,
Plaza Puchong, Batu 7 1/2 Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +60 3 80763800
    Fax: +60 3 80753687
Website : http://qp.com.my/

Business Hours:-
8:00am - 5:00pm (Monday - Friday)
8:00am - 1:00pm (Saturday)

J.B. Sales Office/Showroom
No. 29, Jalan Seroja 47,
Taman Johor Jaya,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Tel: +60 7 3513322
     Fax: +60 7 3513321

Business Hours:-
 8:30am - 5:30pm (Monday - Friday)
 8:00am - 1:00pm (Saturday)

11 comments:

  1. Hari tu gi wedding dpt botol ni..diorg isi kacang 2 jenis..suka sangat mcm klasik je

    ReplyDelete
  2. waaa, rindu pula nak buat doorgift akak. hehehe nice

    ReplyDelete
  3. tak sabar nk tgk hasilnya..letak kacang pon ok ni..

    betul tu...smua tetamu adalah VIP..
    time lya kawen pon bg gift xde beza2, semua sama je..

    ReplyDelete
  4. Salam nak tanya.. Akak ada hp no. Tak mana2 pekerja dia.. Sebab ingat nak wasap gamba botol yg ktowg nak..

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya.. Akak ada hp no. Tak mana2 pekerja dia.. Sebab ingat nak wasap gamba botol yg ktowg nak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pi direct ke kedai. so sis tak ada no pekerja dekat sana. sorry tak dpt nak bantu.

      Delete
  6. Salam... Tumpang tanya.. Agak2 kalau direct pergi tanpa order dulu.. Botol ready x eh? Dalam bilangan 600

    ReplyDelete
  7. Salam... Tumpang tanya.. Agak2 kalau direct pergi tanpa order dulu.. Botol ready x eh? Dalam bilangan 600

    ReplyDelete
  8. botol selalunya ready stock. kalau tak ada kat kedai, diorg akan mintak kita ambik dekat warehouse dia.

    ReplyDelete
  9. camana boleh order post ke Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu better contact direct dengan diorg.sis tak jual.hihi

      Delete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^