Thursday, November 12, 2015

Percutian di Cherating - Kemaman | Aktiviti Petang dan Malam Day 1

Assalamualaikum
sambung cerita di Cherating

lepas check in dan landing kejap atas katil,en hubby ajak keluar makan. then terus ke pantai. hotel nik stay ni jauh skit dari pantai. kami drive keluar cari makan. nak jalan kaki pun boleh. banyak kedai makan kawasan situ. tapi jauh perjalanan dari puchong, nak jalan kaki ker.tak kuasa la iollss..haha
drive kereta boleh pusing2 jauh skit

petang-petang cenggini best ambik udara kat pantai.tak mandi pantai pun, just celup2 kaki main air tepi pantai.tenang dan damai bila kat tepi pantai walaupun kawasan pantai ni tak lawa mana.
tapi ok la.pantai bersih jea, tak ada sampah. holiday kami ni bukan peak season so memang best, pergi ke mana2 memang tak ramai orang.








lebih sejam jugak kami bersantai kat pantai. pastu sambung jalan2 ke Kemaman lak.
Cherating dan Kemaman ni bersempadan,so jarak antara Cherating dan Kemaman tak jauh. dalam 10-15 minit jea. so sebelah petangnya, ronda2 sekitar bandar Kemaman. sepanjang perjalanan ke Kemaman ini, memang ada banyak pilihan gerai yang menjual keropok lekor, satar dan macam2 lagi.


aktiviti malam pulak, lihat kelip2 di sepanjang Sungai Cherating. kelip2 ni sensitif pada cahaya, so tak dapat nak ambik gambar.lagi2 yang ada flash.first time tengok kelip2 depan mata. banyak lak tu. yang best, kelip2 tu sendiri akan terbang kat kita

so ni jea gambar yang ada. gelap jea. kelip2 ni susah nak dirakam guna kamera biasa. lagipun en hubby tak bagi ambik gambar, kot2 muncul makhluk lain nnt..takut takkkk...muehaha.agak menyeramkan jugak la naik sampan waktu malam walaupun pakai jaket keselamatan. 

tu saje aktiviti hari pertama di Cherating. aktiviti biasa jea kat Cherating, tapi nak gak update tuk kenangan .nanti update lagi :)

No comments:

Post a Comment

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^