Tuesday, December 1, 2015

6th Wedding Anniversary Part 2 | Makan-makan

Assalamualaikum

entry tentang wedding anniversary lagi. so take ur time atau ignore jea.
anniversary kami actually hari Ahad, tapi kami celebrate awal sehari. celebrate simple-simple jea.just two of us. ada yang kata baik masak sendiri dari makan kat luar, lagi romantik katanya, tapi sebab iolls tak reti masak dan dari iolls tension fikir menu, makan di luar adalah pilihan terbaik. alasan di terima suami. so jom makan di luar.muehaha

makan di Kidz & Creme, Setia Alam. ni owned by Aaron Aziz
kalau korang waze, sure jumpa. kedai dekat-dekat sini banyak belum bukak lagi. nak parking pun senang . Kidz & Creme ni di tingkat 2.
 makanan kat sini banyak western food.yang local dalam  4,5 jenis jea.

the menu

en hubby order ni. Homemade Meatball Speghetti 

actually nik order Carbonara . tapi yang datang Olio Aglio Turkey Bacon. ingat Carbonara kat sini lain dari yang lain kan. tapi salah menu rupanya.malas nak argue.lagipun makan dah pun..huhu. for the food dan drinks, rasa biasa saja dan boleh diterima tekak.harga macam biasa lah standard, kalau concept cafe macam ni kan.
portion nampak skit tapi dah makan jenuh nak abiskan.phewww
 kalau datang Kidz & Creme ni try dessert paling popular ni. fikir perut dah penuh, tapi nak jugak try.so tapau bawak balik. sedap. tak muak pun walaupun ada campuran nutella dan cheese.

kekadang diorang ada buat private event so akan ditutup untuk orang lain. nak tahu event tu sila add IG dan FB Kidz & Creme yea. kat situ akan ada update hari or masa ada private event

Kidz & Creme (Setia Alam)
2-1 Jln Setia Dagang U13/AJ
Sunsuria 7th Avenue
Setia Alam

03 - 3358 8289
http://www.kidzandcreme.com 
Instagram : @kidzandcreme
Facebook : Kidz & Creme

Isnin - Khamis
12pm - 9pm

Jumaat - Ahad
12pm - 10pm

Ahad lak kami makan kek. singgah Secret Recipe Cyberjaya untuk minum petang. malas nak beli sebiji kek sebab takut membazir , so beli 1 slice jea. nik pilih kek Chocolate Brulee.


simple jea cara kami sambut anniversary. kalau ikut hati nak jea pi holiday berdua tuk celebrate wedding anniversary .tapi masa tak sesuai. ada masa nanti, kami mungkin pilih tempat yang dekat2 je. tengok la macam mana. kalau holiday lagi bersambung part 3 la nampaknya.hahaha

1 comment:

  1. selamat ulang tahun perkawinan sis... semoga bahagia dan diberkati till jannah... ulang tahun yg keberapa ni... wow... best sgt kan makan dating sesama.... suka kek chock cheese tu....

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^