Tuesday, December 22, 2015

Beauty Haul dari Watsons

Assalamualaikum

sejak ada Watsons kat Tesco Bukit Puchong ni kerap jugak iolls kesana.
kalau lagi lama kat Watson tu, agaknya banyak lagi barang yang TERbeli ni. lepas ni jeling Watson pun tak boleh dah. kena elak pi Watson dah lepas ni.muehaha
item yang baru di beli.

Maybelline The Magnum Volum' Express Mascara (Waterproof Brown)
suka mascara ni sebab lebatkan kan bulu mata iolls. at least  nampak la iolls ada bulu mata.
packaging mascara ni menarik perhatian.warna kuning tulisan lak purple. cun kan.
ni waterproof . sesuai sangat la dengan tabiat kita yang suka gosok mata ni.haha. walaupun kalis air tapi mascara ni mudah dicuci guna make up remover.


Maybelline Pure Mineral Concealer
nik beli shade 01 Light. guna ni untuk tutup dark circles dan jerawat. senang nak blend
cara nik pakai,titikkan concealer pada parut or bawah mata, and then sapu guna jari or berus hingga sekata. sapu bedak or powder.seeloknye dap2 je. pastu kalau jerawat still tak dapat cover dap lagi dengan concealer. cuba try. selalu cara gini boleh tutup jerawat.


Maybelline Clear Smooth BB - Stick 02 Natural
pilih bb stick ni sebab senang. pakai je kat muka dan blend.
review dari youtube,  bb stick ni lebih sesuai untuk yang oily skin sebab dia akan kurangkan shine kat muka
IN2IT Pearl Powder Bricks Beam 01
ni mengada nak beli.konon nak bagi glow kat muka la.tak sedar muka confirm dah glow sebab selalu berminyak jea muka kita ni. muehaha.
dah lama tak pakai mask. saje mengada beli.
tadi check dapat bonus lak. terima kasih boss. esok boleh singgah Watson lagi.ehhh.k bye

1 comment:

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^