Thursday, December 31, 2015

Imbasan kenangan 2015

Assalamualaikum
 terlalu banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun 2015. tak mampu nak imbas semua. so kita imbas mana yang ingat jea la.haha

my mini family & personal
kami di takdirkan masih berdua.InsyaAllah ada rezeki tahun depan nak bertiga berempat dan berlima.doakan kami yea :)
Kerjaya
dari segi kerjaya,  tahun ini tahun yang agak mencabar dari segi emosi dan mental.kalau ikut hati, nak jugak resign. tapi ikut logik, ingat senang nak cari keja.haha. budak ofis ramai yang resign, bahagian operation paling ramai, so agak kelam kabut skit.nak kena back up kerja orang lain. lagi2 yang resign tinggalkan banyak kerja tertangguh, kerja yang dah siap pun banyak yang salah.ermmm..kalau perangai tak berubah, tukar kerja kat tempat mana pun susah la dik non oii.haha

Alhamdulillah, gaji naik lagi tahun ni. siap dapat tunggakan kenaikan gaji lagi.bonus pun dapat lebih dari sebelumnya. tahun ni dapat lagi anugerah pekerja terbaik untuk kali kedua. Alhamdulillah, Alhamdulillah..ni rezeki nik. rezeki awak nanti Allah bagi, yang penting jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang lain :)
2 orang opismate yang best dah resign. mereka ni banyak sangat bantu nik masa mula2 masuk opis dulu. mereka berdua ni tak kedekut ilmu. banyak yang nik blaja dari mereka. masa nik dapat anugerah pekerja terbaik, diorang ni tak pernah perli or cuba jatuhkan semangat nik. selalu bagi support. selalu bagi kata2 positif. tempat nik mengadu masalah opis. mereka ni la yang memahami. Terima Kasih Kak Haida dan Angeline. jasa korang nik takkan pernah lupa. keep in touch selalu k. sentiasa rindu korang. kerja balik boleh? huhu
yang lain2 yang dah resign tu. moga happy2 di tempat baru. tolong jangan rindu kami dan tolong jangan sibuk nak message boss kita mintak kerja. dah resign tu buat cara resign.anda sudah tak di perlukan lagi di company kami. muehaha (gelak jahat).
walaupun ramai yang resign, Alhamdulillah dapat staff ganti yang bagus.yang boleh buat kerja.yang tak suka cari gaduh. kalau dulu perli memerli tu perkara biasa, skarang masing2 matang. masalah kerja akan ada cuma pandai2 la urus. gaduh pun bukan ko dapat apa. buat serabut kepala jea kan. buat dunno sudah la.
Family
dugaan untuk family nik.ayah kami kena mild strok. lumpuh sebelah badan. Ayah tak boleh urus diri sendiri. semua perkara perlukan bantuan. beberapa bulan jugak ayah terbaring dan tak dapat berjalan. so Ayah tinggal dengan nik. macam-macam usaha kami adik beradik buat. berubat dan berurut. Alhamdullilah, dengan izin Allah, ayah nik mampu berjalan walaupun agak slow. Terima Kasih ya Allah, masih pinjamkan dia untuk kami.
moga Ayah dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati ALLAH S.W.T. Amin.
Moga Allah beri Ma kekuatan dan kesabaran untuk jaga Ayah. sebagai anak kami akan tolong mana yang mampu untuk ringankan ujian Ma.sebab ni jugak ujian buat kami jugak. tak mudah untuk jaga Ayah yang sakit dan nyanyuk.
kena ingat, hidup ni ibarat roda, esok2 kita kat tempat mereka.
moga Allah limpahkan sifat kasih sayang dan kesabaran buat kami adik beradik untuk jaga mereka.
Terima Kasih untuk adik2 yang jadi tempat berkongsi rasa dan rahsia. kita adik beradik saling melengkapi. skit2 sorang tolong, Insyallah semua perkara jadi mudah.sama2 kita kejar pahala k. 
bertambah ahli dalam family Nik Mahmud. dapat sepasang anak saudara. Muhammad Iman Zharif lahir bulan 2 dan Nur Keisha Aqeelah lahir bulan 9. dua2 makin bambam. 
cik sepet. 
2 kali kenduri tahun ni. 2 orang adik ipar, Nik Mohd Farid dan Mohd Kamal Effendi.so lengkaplah adik ipar lelaki nik 4 orang semuanya.hihi..tahun depan kita tambah ahli lagi yea.2 orang baru dah confirm keluar tahun depan, InsyaAllah.



first time dapat invitation untuk review makanan di Viet-Thai Canteen, Cyberjaya
blogger suam2 kuku pun ada yang sudi jemput tuk review makanan. 
birthday. suprise bunga dari en hubby. terima kasih selalu buat suprise.
dapat advanced hadiah dari en hubby. 
sambutan ulang tahun ke 6.tahun ni berbalas2 suprise.nak bagi en hubby rasa macam mana perasaan cik isteri dapat suprise kat opis.muehaha..rasakan.malu tapi suka kan.

balik kampung
tahun ni 2 kali jea dapat balik kampung.Ayah dan Ma duk dengan adik ni skarang ni. so lagi la jarang kami dapat balik. balik sebelum ni sebab adik nikah.kali kedua balik sebab raya.
rindunya kat bumi Kelantan.

raya 2015
raya sorang tahun ni. en hubby outstation.sobsob.sempat balik raya kat Johor. sebulan dah raya pun, mak mertua iolls confirm sediakan juadah raya untuk kami. kali pertama beraya tanpa arwah Abah. Al-fatihah buat Abah.tenang lah Abah di sana :(
Rabun
makcik Iman dan Keisha ni tak boleh terima kenyataan diri dah rabun. punya la kama bertahan tak nak pakai spec. tahun ni terpaksa pakai. skarang baru tahu perasaan orang rabun. 
holiday+family day+jalan2 cuci mata+event kereta
en hubby selalu jugak join event kereta ni.tapi nik jarang sangat la nak ikut. tapi kali ni harus la iolls ikut sebab jauh skit. sambil tu boleh jalan2 cuci mata. kami stay 1 malam kat Kedah.sempat jugak jalan2 kat Penang.
cuti Chinese New Year, kami ke Penang skali lagi. and then singgah mandi manda di Lost World of Tambun


balik kampung, dapat jln2 cuci mata kat Terengganu

join Persona Stance 2nd Anniversary di Port Dickson.

bulan 11 kami ke Cherating. cuti berdua dengan en hubby.

mini family day di Port Dickson. hope ini yang pertama dan bukan yang terakhir untuk kami.
harus kena buat acara tahunan untuk family Nik Mahmud :)..ahhli family makin ramai, seronok kalau dapat berkumpul ramai2 lagi.

jumpa lagi di tahun hadapan.moga yang indah dan bahagia milik kita semua.
bye2 2015 and welcome 2016. we love u :)


4 comments:

  1. Allhamdulillah.... semoga tahun hadapan sentiasa dimurahkan rezeki dengan rahmahNya dan diberkati.... :)

    ReplyDelete
  2. Penuh suka duka.. moga tahun dpn makin membahagiakan.. moga yang dikatakan bakal tambah 2 orang ahli tu, salah seorangnya ank cik nik ya.. amin..

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan dgn lancar untuk sis. =)

    ReplyDelete
  4. wahhh..nice pic! semua macam menarik dan seronok :) salam 2016

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^