Monday, December 21, 2015

My Sister's Wedding Preparation | Misi mencari kain untuk majlis resepsi

Assalamualaikum

semalam misi mencari kain ela tuk nampak family kami sedondon di majlis resepsi adik.kiranya kalau datang majlis tu boleh tahu family pengantin yang mana.
misi pencarian dimulakan dengan menerjah Jakel, Shah Alam. memang dah decide kalau boleh nak tengok kat Jakel dulu sebab sebelum ni dan pernah beli kain untuk family kat sini tuk majlis akad nikah. tengok2 ada year end sales no wonder la ramai orang kat Jakel.dari segi layanan, ok friendly walaupun ramai orang.
kitaorang adik beradik dah plan nak beli kain tuk pakai masa majlis resepsi adik bulan 5 tahun depan.ada 5 bulan lagi but kami memang suka buat preparation awal.better settle kan awal-awal masa tak busy ni.
cari punya cari sampai rambang mata,  finally, jumpa pilihan hari
warna light purple jadi pilihan hati.yeayyy
so total loss = RM288 untuk 6 orang. 4 meter untuk setiap sorang.
macam mana? ok tak? cantik kan warna dia.ngehngehngeh. 

kali ni kita angkut bakal pengantin tuk pilih.senang shopping dengan adik beradik perempuan jea. 
banyak idea dan pendapat. nik selalu failed bab pilih barang untuk orang ni.
terima kasih yea dik pilih warna favorite kita sbg tema warna untuk family masa waktu majlis resepsi nanti. kita suka.wink wink
cik sepet ikut la.melekat jea kat dada ibu dia.haha
 antara sebab pilih Jakel sebab banyak pilihan dan kedai lak ada aircond. so senang nak bawak baby.
bambam pun ada. tolong pilihkan kain tuk majlis cik su.
siap tolong ukur kan kain lagi yea man2.rajin sangart anak saudara Teh sorang ni. tak duk diam. ngehngehngeh

tak sampai setengah jam pun pilih kain ni. sebab jumpa yang berkenan terus rembat jea.
kan lagi lama kat sana, lagi susah nak buat pilihan. end up tak beli apa-apa nanti.hihi
sebelum balik singgah makan di Pak Ali Kopitiam kat Ole Ole Section 18 Shah Alam
jemput tengok uolll.kita order air cincau dan chicken porridge
 Keisha ni kenyang susu, tido la dia. tak banyak kerenah.
sempat jugak bangun, pastu duk sengih2 borak dengan Teh.kalau macam gini, bawak jalan2 pun senang.
Iman macam biasa la. budak aktif.mana penah duk diam kan.
sal kain tu nik ingat nak buat kurung moden jea. sebab masa majlis akad nikah nanti dah buat jubah kan. so nakkan kelainan kita buat baju kurung moden lak. over tau. macam pengantin lak nak kelainan bagai.muehaha.light purple + prada lace silver. cantik kan gabungan warna ni

Alhamdulillah selesai misi mencari kain untuk majlis resepsi. tido lena malamnya.
so jom la kita fokus buat doorgift lak.nanti kita update lagi.bye uolllsss.

3 comments:

  1. Lama x sggh jenguk nik..
    Alolololo comelnya baby..
    Ibu punya adik ipar pn bln 5 thn dpn nikah..
    Kami dh get ready baju sedondon siap2.. ;,)

    ReplyDelete
  2. bestla adik beradik pompuan ramai..asik kenduri je.hehe

    ReplyDelete
  3. purple + grey.. sesuai sgt.. :)

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^