Wednesday, December 30, 2015

Review Sister’s Wedding Nik Idzni Dalila & Kamal Effendi | Akad Nikah Doorgift

Assalamualaikum

entry kali ni pasal doorgift masa akad nikah. review doorgift dulu, takut nik lupa detail2 harganya. takut terbagi salah info nanti.haha..korang boleh usha entry sebelum ni.dah story tempat nik beli botol kaca.

untuk doorgift masa nikah ni, memang dah lama plan nak bagi kacang dalam bekas kaca.
senang sebab dah tak perlu nak isi dalam paper bag ke apa. less than 10 ari nak majlis baru start siapkan doorgift. so mula2 harus la cuci botol dulu
nik cuci guna air suam. and then tunggu kering, lepas tu masukkan kacang. tampal sticker, hias dengan tali and tadaaa...siap.

tadaa.siap tu macam sekejab jea kan.tapi berpeluh jugak walaupun jumlah doorgift tak banyak. haha.ni detail sal doorgift untuk rujukan b2b yang nak buat doorgif yang sama or seakan macam doorgift adik nik :)

Kacang
akhirnya berjaya borong kacang tuk letak dalam botol kaca. 
botol transparent ni botol kedap udara, so ok untuk letak kacang kat dalam.
kami decided nak letak 3 layer kacang. so beli 3 jenis kacang. ada Kacang Susu, Kacang Hijau dan Kacang Cili Pedas.kacang beli dalam 5kg tuk setiap jenis.
kacang ni fresh dari kilang. so kepada sesiapa berminat tuk beli kacang borong utk doorgift boleh pm diorang yea.minimum order 5kg.

Kacang Susu (RM 68.50) + Kacang Hijau (RM 54.50)  + Kacang Cili Pedas (RM 68.50)
Total = RM 191.50 + kos penghantaran RM10


Whatsapp:
+60 13-320 8483
+6011-35789252

Facebook : Talicinta
Instagram : @Talicinta

Sticker
sticker adik order dengan cool_sticker.
 letak stickers dekat botol kaca supaya tak nampak kosong
just simple sticker. warna hitam putih.
round sticker size 5cm. Rm45 untuk 200 keping incl postage

Whatsapp: 013 628 9924
Instagram : cool_sticker

Tali guni
tali ni hiasan tambahan.kalau rajin ikat.kalau tak ada pun oker jea.


Penutup botol 
korang tahu kan nik dapat penutup botol kaca warna merah, ikut hati memang tak berkenan tapi terpaksa la beli sebab ni jea pilihan warna yang ada. nak jadikan cerita, tetiba penutup botol tu hilang uollss, ntah sapa la yang buang agak,muehaha..so terpaksa la iolls beli penutup lain. nasib baik jumpa ig yang jual penutup jea. phewww..tak perlu pi Quality Pack beli.
penutup botol ni harga RM 0.20 sen untuk setiap penutup sekali dengan closure.

ODY_WEDDING_GIFT
017-669 8253 (Ody)
audiyaellcy@gmail.com
COD Bangi/Putrajaya/Um/PJ/Bangsar

so anggaran harga untuk doorgift ni lebih kurang RM2.00 - RM2.50 sen sebotol. bagi nik sangat banyak dah dapat jimat. lagi jimat kalau tak hilangkan penutup botol . tak yah la beli banyak kali. oppsss...haha.puas hati dapat buat sendiri doorgift. sebab kalau tempah setakat untuk 200 botol tak berbaloi.

ok la panjang bebenor review sal doorgift.  pada B2B buatlah pilhan yang bijak untuk doorgift korang, yang penting tengok pada budget korang semua.tak perlu membazir.

nak tempah pm saya. saya bagi harga special. muehaha..ok.tu tipu. buat yang ni tak sampai 200 botol pun dah penat, nak terima tempahan.lupakan jea yea.haha

3 comments:

  1. Suka tgok kekacang dlm botol tu :D

    ReplyDelete
  2. Cantik door gift nya..
    Sekarang kenduri kawin mcm2 gift cantik2.. ;)

    ReplyDelete
  3. Nampak kesungguhannya kakak kat situ.. untung adik nik sb masa adiknya kawin, kakak2 gigih usaha untuk majlis adik ...door gift pun nampak usaha gigihnya..

    ReplyDelete

Thanks sudi singgah dan komen kat sini :)
cepat atau lambat ..nik pasti akan terjah blog korang nanti..^___^