Tuesday, January 27, 2015

short trip to Penang & Kedah


Assalamualaikum

Sabtu Ahad lepas join rombongan Abg Jem ke Kedah..muehaha
Alhamdulillah selamat pergi dan balik.
kali ni konvoi beramai-ramai, ada dalam 6 buah kereta.
hubby join event kereta kat Kulim Hi-Tech Park #‎KSA4‬
cik isteri terjoin skali. fuhhh..penat konvoi pun tak hilang lagi 
(macam drive kete jea yea..haha)
kalau dah konvoi ni  faham-faham jea la kan.
 patut sampai awal boleh berjam2 jugak nak sampai..haha






event kereta Ahad pagi, so sebelum tu sempat singgah breakfast dan jalan-jalan kat Penang.  first time lalu Jambatan Kedua Pulau Pinang
minum coconut shake kat Padang Kota Lama, sebelah Fort Cornwallis

 



Coconut shake

dalam kul 1 lebih kot sampai hotel.kami stay di Hotel Seri Malaysia Kulim, Kedah.
dekat la dengan tempat event.. harga hotel ni quite affordable. rm 125 per night
geng hubby yang lain dah sewa rest house kat Kulim. 
iollls jea mengedik suh hubby carikan hotel.berdua lebih baik kan.haha









event Ahad esoknya. iolls lepak kat dalam bangunan.
panas sangat kat luar. nasib baik ada sofa.

kereta hubby. perasan tak pompuan bosan kat belakang tu..haha
welcome to my hubby world, dunia bosan bagi cik isteri tapi gedik nak ikut sangat kan.haha..rasakan.

sebelum balik kami singgah beli jeruk kat Jeruk Madu Pak Ali
sekian entry short trip yang memenatkan.fuhhhh
ada jodoh ke Kedah dan Penang lagi kita nanti.k bye

Wednesday, January 21, 2015

Training GST


Assalamualaikum

2 hari berturut2 dipaksa attend GST training.
ganti Manager yang tak sempat nak attend.
first day dah rasa penuh kepala otak dengan macam-macam input 
masuk hari kedua, terus blur.adoyai.muehaha
training lak kat Cititel Mid Valley.
fuhh..bercinta jugak lak dari Puchong nak ke sana. 
terima kasih hubby sanggup hantar dan ambik.
yang best 3 kali makan.ada morning break,lunch, afternoon break.
tak perlu fikir nak makan kat mana.makanan kat sana bukan murah. 
kalau nik kerja kawasan sana confirm tiap hari bawak bekal.haha



speaker dari Singapore. banyak pengalaman.korang tahu kan Singapore dah apply GST lebih 21 tahun. so diorg banyak bagi case study so mudah kita nak faham.




dapat la certificate.nasib baik tak ada test apa2.
kalau tak confirm tak lulus punya.haha

second day sebelum balik sempat jalan-jalan Mid Valley
sambil tu terbeli lak sandal ni..sambil tau..haha
dah lama iolss tak ker Mid Valley.tak kuasa nak ngadap jem semata-mata nak ke sana. so alang-alang ada kat sana. kita jalan-jalan jom


dapat makan makanan feveret nik.yeayyy..terima hubby belanja kita
macam tau2 jea iollss teringin nak makan sini




esok dah start kerja macam biasa.
so jom la tido awal. banyak kerja menanti. 
2 hari tinggal opis confirm banyak yang urgent nanti..haha

Tuesday, January 20, 2015

lunch date


Assalamualaikum

sabtu lepas, keluar lunch date dengan adik-adik dan ipar duai.

seronok dapat makan ramai-ramai. 
kalau semua duk dekat rasa nak buat aktiviti gini tiap2 weekend jea.
decided makan kat Kenny Rogers, IOI City Mall Putrajaya
sorang adik nik kerja kat Parkson IOI City Mall bahgian baby so kalau lunch kat tempat lain kesian lak dia tak dapat nak join.
lagipun ni tempat feveret nik selepas secret recipes..hihi

nah..gambar selfie peace tuk semua..haha



lama dah tak makan Kenny Rogers.


ni menu yang nik order. 1/4 ayam Black Pepper Sauce
Fresh Fruit Salad, Mashed Potato and Macaroni Cheese.
alahai sedap sangat.





jelly ais cream.

gambar adik2 dan ipar duai tak snap. 
borak2 sampai tak sempat nak snap gambar pun.


Sunday, January 18, 2015

2 tahun.


Assalamualaikum

Had my ct scan done today.if the result is stable then i will be off medication for 3months insyaAllah.please make a lot of dua for me.even if it's just a mere 3 months,i would be really happy to be off medications.it means 3 months of holiday from diarrhoea and feeling tired.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
cancer adik stable, so adik tak perlu makan ubat untuk 3 bulan.
harap sangat cancer tak ada dan adik tak perlu makan ubat tu sampai bila-bila pun.


everyone yang baca blog nik mesti tahu yang adik nik stage 4 kidney cancer
17 january semalam cukup 2 tahun adik di bedah
12 jam dalam operating theatre di sebabkan kompilasi dan bleeding.
akhirnya berjaya di keluarkan
#throwback gambar 2 tahun lepas.masih dalam simpanan.dan masih dalam ingatan.pengalaman yang akan di ingati sampai bila2.





my lil sister been through hard times..moga Allah permudahkan urusan adik.
dengan izin Allah datangnya sakit.dan dengan izin Allah juga Dia yang akan menyembuhkan penyakit
jadi doktor muslimah yang hebat nanti. 

Thanks a lot everyone.May Allah bless us all


Friday, January 16, 2015

A Night to Remember


Assalamualaikum

Tahun 2014 ialah tahun yang sangat hectic dalam bidang kerjaya nik. 
tapi manis untuk di kenang. Alhamdullillah, syukur.
dapat anugerah pekerja terbaik untuk 2 tahun berturut-turut.


saya tahu ada yang tak puas hati bila saya dapat. 
tak sampai 2 tahun kerja dah dapat 2 kali anugerah pekerja terbaik

kita tak mampu nak paksa orang lain suka kan kita.
tak dapat pun orang akan mengata, dapat pun mengata jugak.
relax saje. bukannya penting pun dorang tu.
so pedulikan mereka. just be yourself asalkan kita tahu mana baik dan buruk.
always be a good person to anyone.

awak kerna percaya yang rezeki itu dari Allah,  bukan dari mereka
setiap orang Allah dah tetapkan rezeki masing-masing.
kalau kita tak dapat. anggap saja itu bukan rezeki kita. kita tak tahu Allah nak bagi rezeki kat arah mana.


setiap yang nik post kat blog tak ada sekelumit berniat riak or takbur. 
hanya nak share the happiness.
terima kasih buat kawan2 yang sentiasa positif.
moga tahun 2015 lebih baik dari tahun sebelumnya.


Tuesday, January 13, 2015

Annual Dinner 2014


Assalamualaikum

as usual, event yang paling ditunggu-tunggu awal tahun adalah company annual dinner .
Annual Dinner kali ni dekat Zest Restaurant @ Marriot Putrajaya
kali ni kira second time nik attend annual dinner.







fikir punya fikir iolss decided pakai jubah dress ke annual dinner kali ni
tak ada masa nak sewa beli baju dinner bagai.pakai jea apa yang ada dalam almari
 nak pakai jubah colour hijau..tapi alih2 pakai colour peach
jubah dress hijau tu kena potong sikit supaya tak meleret.
kalau tak potong memang kena pijak masa jalan la



so this is what I wear that day!
i'm ready for the dinner

what I wear:
Medina Jubah dari Fabulous Heejab Boutique
Tudung bawal Pasar malam

tahun ni giliran bhgian sales yang organise annual dinner
kreatif tol budak sales ni.kalau budak operation yang buat, kami fikir sal hadiah jea.muehaha
so masa nak register semua kena thumbprint kat kad ni









apa yang best tentang annual dinner ni ialah semua staff akan dapat hadiah. SEMUA ok
so tak ada yang pulang dengan tangan kosong
tapi akan ada orang yang pulang dengan sakit hati sebab tak dapat lucky draw yang di idam kan.muehaha..itu biasa
iolss lak jenis tak kisah.sebab selalu iolss bukan jenis yang lucky pun.so tak kan mengharap apa2.dapat vocher KFC RM10 pun ok.sapa nak bagi free kan..haha

enjoy below photos taken during company annual dinner last saturday. 

banyak pilihan menu.


Seafood

























banyak lagi sebenarnya yang nik makan tapi tak sempat nak ambik gambar.
so far not bad makanan kat sini, ada sedap ada yang tak.






buah-buahan segar pembuka selera








ice cream

adik kedua dan en hubby teman ke dinner kali ni.





taking selfie photos! haha. pffft...ladies!
tandas dia bersih.suka..haha

lucky draw saya dapat ni.product mandian The Body Shop
wangi la nanti..haha







dan untuk kali kedua saya dapat award ni.
best performance untuk tahun 2014.Alhamdullillah...rezeki murah di awal tahun
terima kasih boss masih mempercayai kerja saya.



bergambar kenangan










with my bff.kawan susah senang kat opis.
kami yang selalu bertiga. di mana ada diorang berdua,di situlah ada nik


a night to remember :)