Wednesday, February 25, 2015

Chinese New Year Short Escape Part 3 : Penang & Ipoh, Perak


Assalamualaikum

yeay...entry akhir cuti-cuti Malaysia di Ipoh, Perak
.nanti kita sambung entry cuti-cuti kat tempat lain lak.tu pun kalau pi bercuti lagi.muehaha

Entrance 

akhirnya sampai jugak di  Lost World Of Tambun
first beli tiket dulu yea. beratur jugak la nak beli tiket.
ramai orang tapi banyak kaunter bukak so beratur pun tak lama.



harga tiket untuk Dewasa RM 52

kanak-kanak umur 12 tahun ke bawah dan lebih 90cm RM46
kalau ada kad Mesra Petronas boleh dapat 15% diskaun

Waktu operasi Taman Tema Lost World of Tambun 

Isnin hingga Jumaat - 11:00 - 18:00 
Hujung minggu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah - 10:00 - 18:00 

taman tema ditutup pada setiap hari Selasa 
(kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah) 



masa masuk tu diorang akan check bag . 

makanan memang tak di benarkan masuk yea
banyak kedai makanan kat dalam taman tema tu.
so jangan risau korang takkan kebulur. sediakan duit saja.haha

blur jugak mula2 masuk. tak tau nak pi arah mana
mula-mula kami pilih untuk jalan-jalan dulu, baru main air. 
sebab nanti nak simpan telefon.leceh jea bawak hp masa nak mandi .
tempat ni tak ada la besar mana tapi bagi orang yg suka air dan kehijauan memang akan suka tempat ni

kami jalan-jalan di Amusement Park.bagi nik permainan kat sini biasa2 jea. 
nik dan en hubby main ni jea, Dragon Flight




Tiger Valley
ingat nak jumpa kawan en hubby en harimau, jauh pulak dia.
so tak dapat la nak snap gambar..haha..sombong nau en harimau skarang yea


Tin Valley
ada replika tempat mendulang bijih timah kat sini




ni gajah batu jea yea. bukan yang real punya.



korang boleh buat extreme activities kat sini contohnya Zip Line , flying fox, rock climbing.masa nik pergi aritu, langsung tak ada orang yang nak cuba aktiviti ni.
hihi


Swan

Petting Zoo
ni ala mini zoo. best sebab nik memang suka sangat pergi zoo. 
suka tengok binatang comel-comel tapi takut nak pegang..huhu 











gambar sekitar tempat mandi manda tak banyak nik snap. 
ambik gambar pun sebab masa nak balik tu sempat jalan-jalan dulu.
ni Adventure River, sungai buatan terpanjang di Asia , 600 meter panjangnya.
sungai buatan ni tak dalam mana pun.
kami siap pusing 3 kali  dengan pelampung
sewa pelampung RM15 + deposit RM10.


dekat 15 minit jgak la beratur semata-mata nak cuba aktiviti ni.
yang ni kami naik skali jea. malas nak beratur lama semata2 nak naik ni. 




sebelum balik tu kami makan kat food court
and then kami decided balik terus ker Puchong.

Alamat

 No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, 
Sunway City Ipoh, 31150 
Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com


Monday, February 23, 2015

Chinese New Year Short Escape Part 2 : Penang & Ipoh, Perak


Assalamualaikum

sampai Ipoh dalam kul 2 lebih. 

planning esoknya nak ker Lost World of Tambun. 
di sebabkan hotel di Lost World of Tambun dah fully booked so terpaksa la cari hotel lain dekat Ipoh.sebelum bertolak ke Ipoh tu, kami dah survey hotel kat internet
tertarik sangat dengan deco satu hotel ni. 

rezeki kami dapat stay 1 malam kat M Boutique Hotel 
hotel ni dalam 20 minit dari Lost World of Tambun.
dah check in kami singgah lunch di Old Town White Coffee.
M Boutique Hotel ni just bersebelahan dengan Old Town White Coffee
service sangat la slow. stress tunggu order 
yang lagi ohwsemm order en hubby tak sampai. rupanya waiter lupa order.
fuhhh.sabar jea la.



decoration yang tersangat cantik
recommended untuk korang yang suka bergambar. setiap sudut kat sini cantik
boleh posing sampai bosan :)

the lobby.decoration sempena CNY

deco akan berubah ikut perayaan.
i love everything about this hotel.wink wink




bilik kami di level 1.
kat sini nak naik lif kena ada acces card



sumber gambar di sini
Welcome to bilik 108.knock knock :)



teruja kejap tengok keadaan bilik.deco bilik cool giler
eventho bilik ni agak kecik but just nice tuk  kami berdua
bilik yang selesa, cantik dan sangat bersih
kat sini ada di sedia Wifi percuma







queen sized bed.our bed for 1 night :)

selalu tengok ada sesetengah hotel tu  dalam gambar kemain cantik tapi bila depan2 tak brapa nak cantik kan. tapi hotel ni tak macam tu. memang dapat bilik cantik.puas hati






the writting desk









the wall





basic cofee n tea maker!





the bathroom
classic black and white


















malas nak keluar malam. tapi en hubby beria ajak keluar.
sempat round uptown Ipoh .dapat makan Nasi Goreng Udang
kedai ni dekat  dengan Kompleks Islam Darul Redzuan
banyak giler udangnya.sampai nasi pun tak nampak


pagi dalam kul 9 bersiap nak check out.sebelum tu breakfast dulu
boleh pilih breakfast dekat bar hotel or Old Town White Coffee.
kami pilih makan di  Old Town White Coffee walaupun services slow.
ingat boleh pilih makanan apa jea yang ada dalam menu kat situ .nak jugak pilih yang mahal2 , rupanya untuk pelanggan hotel ada menu khas. 
pilihan pun tak banyak.tak pe la.cukup la untuk alas perut.






M Boutique Hotel
No. 2, Hala Datuk 5, 
31650 Ipoh,
Perak
Tel : +6015 255 5566 Fax : +605 255 1777
Email : m.boutique@stayariva.com
www.mboutiquehhotels.com


sumber gambar di sini

nanti nik sambung lagi citer masa kami kat Lost World of Tambun.
last entry short trip kami di Penang-Perak