Tuesday, March 31, 2015

dari London


Assalamualaikum

honestly, nik jarang beli perfume. 
sejak adik kat London la baru terjebak beli perfume ni.
selalu mintak adik beli masa sales la.
lagipun kat sana, harga murah berbanding kat Malaysia
dan selalunya , pilihan perfume adik nik mmg semua nik suka.
actually bau perfume ni subjective. ikut hidung masing2. kadang2 kita rasa bau wangi, tapi tak wangi tuk orang lain or sebaliknya.

en hubby pun join skali pesan perfume dekat adik nik
nik jenis tak kisah perfume tu keluaran lama or baru asal bau sedap dan murah berbanding harga di Malaysia.


nik suka perfume yang bau soft dan sweet. bau yang strong tak sesuai tuk nik.
so adik beli Eternity Moment Calvin Klein 100ml n La Tentation de Nina 50ml
perfume Eternity Moment Calvin Klein ni bau dia tahan lama
La Tentation de Nina, botol comel giler.pinky lagi.sweet jea bau.
Eyebrow kit terselit. saja mengada suh adik beli.
 nak blaja lukis kening yang tak brapa nak ada ni.

ni perfume nik bagi adik untuk letak kat hantaran
set perfume Daisy Marc Jacobs. ada losyen dan mandian.
semput tengok harga set perfume ni kat Malaysia. 
boleh beli 2 set perfume yang sama kalau beli kat UK.
botol perfume comel. ada bunga daisy kat penutup btol. 

ni jea mampu bagi dekat adik nik. 
doakan majlis adik ke 3 nik berjalan lancar.
tak sabar nak balik kampung. rindunya.

Sunday, March 29, 2015

baby Iman Zharif


Assalamualaikum

obses btol ngan budak comel ni.
setiap hari harus mama dia harus update perkembangan dia.
seminggu lagi nak jumpa comel kesayangan ni.
pipi makin tembam, paha makin berisi
syok untuk di gomol nnt ni. geram nak gigit..muehaha.
dah pandai senyum sendiri, tak perlu nak di agah pun.

mak cik2 panggil Zharif, sepupu panggil Iman
Tokku panggil awak Zharif Sofia dik..muehaha
adoi Tokku, cucu Tokku lelaki yea.bukan pompuan.
Tok Ma pun sama, selalu ingat awak cucu pompuan
mentang2 la anak ramai pompuan kan. 


ecece...tido pun senyum. 
mimpi Teh ker sayang.haha

Zharif ni alarm clock tuk mama dia.kalau bangun tido confirm uwaa dulu. 
tapi pagi tu alarm tak berbunyi. siap termenung lagi.comel

tengok la gaya dia tido. baju tu dah ketat dah.
putih gebu tangan dia. kuku dah potong so Tok Ma tak bagi pakai mitten
excited tetiba dapat rasa ada tangan kot kan. tak duk diam lak tangan tu
terpaksa pakai balik mitten.takut tercocok mata sendiri nnt.
banyak sangat tenaga budak kecik ni sorang.kesan susu ibu ni.hihi

pipi pun dah 5kg .hihi






gaya tido paling win setakat ni.omey nyer awak baby oii.
seluar newborn banyak yang dah ketat.so dia tak selesa nak pakai
balik KL nanti ajak Mama pi shopping yea dik

indahnya ciptaan Allah.
jumpa jumaat nanti baby .

Monday, March 23, 2015

naik gaji

Assalamualaikum

belanja en hubby makan sempena nik dapat naik gaji *wink wink
Alhamdulillah..rezeki nik.syukur sangat-sangat
gaji naik lebih skit dari tahun sebelum ni. InsyaAllah cukup untuk nik.
azam untuk lebihkan saving tahun ni, so harap tercapai
sepatutnya bulan 1 gaji dah naik, tapi tertanggguh sampai bulan 3.dan boss janji akan bayar kenaikan gaji bln 1 dan bulan 2 yang sepatutnya kami dapat tu
* ka ching..haha

makan tempat feveret nik, Secret Recipes. nik order Lasagna dan Caremel Latte.
en hubby order Spaghetti Bolognese dan Iced Lemon Tea.
belanja en hubby tapi pi tempat feveret sendiri..muehaha
fuhh..terangkat. makan lasagna panas2 ni. serve sekali dengan roti seketul




boss nik ni ramai yang dah resign baru kelam kabut nak cari staff baru
apapun, terima kasih sebab resign beramai-ramai, so bukak mata boss tuk hargai sapa yang masih kekal. moga berjaya di luar sana ex opismate ku semua. jangan rindu kami di sini yea. k bye

Friday, March 20, 2015

hero kesayangan


Assalamualaikum

hero kesayangan family. comelnye dia MasyaAllah.

boleh kancing gigi setiap kali Mama dia antar gambar kat whatapp.muehaha
gerammm..ggrrrr.pipi dah makin labuh dah tu
teringat masa mula2 Teh tengok awak baby. kecik comel jea.
skarang membesar bagai johan.

1 bulan
comel bantal Tok Ma beli kat Zharif. 
Hello Kitty warna kuning lagi. 
nanti ramai lagi yang akan  ingat awak baby girl.haha


papa balik potong kuku dia. service hidung
nyenyak dia tido

cucuk untuk sebulan, berat dah naik 4.8 kg. masa lahir 3.35 kg.
panjang dah 56 cm..membesar bagai juara si kecik ni.
nampak jea kecil cinonet. kat mana zharif simpan lemak ni.hihi





comelnye cucu tok ku ni :)..reaksi muka pelik2 pun tetap comel
hai la budak kecik.Teh tahu hidung baby mancung
tak yah la nak eksyen dengan Teh

sejak dah sebulan ni. dah start pakaikan rompers 
sebelum ni susah nak pakai sebab kepala dan leher baby lembik lagi, 
 tapi bila dah pakai tu rompers pun dah muat2 jea.muehaha
cepat sangat awak membesar yea sayang


alolooo Zharif....geram aunty tengok pipi
rasa nak geget jer pipi dia.makin tembam. 
Mama dia bgtau kalau pegang dia dalam 10 minit jea bertahan, lepas tu dah lenguh


amboi..lena tido
Teh luv u so much baby.jumpa nanti :)

Tuesday, March 17, 2015

farewell party


Assalamualaikum

ofis ada buat farewell party untuk opismate yang dah resign dan bakal resign.
syok weii dapat makan free. lama tak makan nasi dengan lauk pauk yang banyak gini.selalu makan kek or order pizza jea.
jarang boss buat farewell party untuk yang resign.
tetiba datang angin dia nak buat lak kan.hihi.
farewell party kat opis jea.opismate order makanan di Anggrek Kuring. 
ramai staff yang dapat join. makan free laju jea korang yea.muehaha

menu2 yang ada.jom jamu mata..haha

kuih muih dan cucumber lime

buah-buahan dan keropok









Nasi Putih




Bihun Goreng


Tahu Tauco


Alhamdulillah..kenyang sangat2.
cantik lak warna dalam pinggan .macam2 kaler ada

services bagus. siap ada sorang akan jaga dari awal sampai abis majlis.
diorang pun sediakan bekas kalau nak tapau makanan yang tak abis.
sapa yang nak order silakan yea :)

Anggrek Kuring
Bandar Puteri No. 30-1, Jalan Puteri 1/4,  
47100, Puchong, Selangor
03-8062 8050

yang dah resign operation manager nik, Angeline (sebelah nik dalam gambar)
dia yang banyak bantu nik masa nik mula2 kerja dulu.
nik kalau rasa down, borak dengan dia mesti bersemangat balik
terima kasih. kalau ada salah silap harap maafkan yea.
wish u all the best for your future undertakings. keep in touch Angeline


yang 2 orang lagi yang bakal resign tu, 
nik takde rasa sedih dan tak rasa happy pun.
anyway, bagus lah resign kalau dah tak ikhlas nak bekerja.
bagi peluang dekat yang nak bekerja. bukan senang nak cari kerja skarang ni.
eh..membebel lak
 k bye

Friday, March 13, 2015

Zharif dah sebulan


Assalamualaikum

anak buah saya yang ke 8. anak buah lelaki yang ke 3 dalam family kami.

dah sebulan dah umurnya.rindunya kat Zharif bambam ni.
geram sorang2 tengok gambar budak comel ni. 
Zharif dah ada kat kampung.Mamanya balik pantang kat sana. 
jumpa bulan depan yea baby.
rindu nak gomol dan peluk cium awak.siap la nanti..haha
setiap hari mesti ada jea gambar Zharif kat group whatapps.
mama dia harus selalu update. mak cik2 semua rindu..huhu

day 21
mimpi indah yea sayang. tido pun sengih2.
kening mana kening..haha..


day 23
first day Zharif kat kampung. penat sangat ni.
macam dia jea yang bawak flight.muehaha


day 24

comelnye budak bertuah ni. geram tengok dia :)
 kena bedung baru dapat tido lena



day 26
Subhanallah,geram sangat tengok bambam ni
zharif naper senyum gitu..comel sangat ni.
bila dia senyum ada iras tok ku la.hihi



sian dia. kat kampung panas. so tak selesa dia tido.
tido atas riba mama jugak yang selesa yea sayang.

day 27

29 day
ada yang ingat awak baby girl la baby..haha
sarung bantal tu masa nik baby lagi. Ma simpan sampai skarang
bantal tu Ma buat khas tuk cucu dia.nanti boleh jadi bantal busuk zharif la.hihi


30 hari
Happy 1 month old sayang
semoga Muhammad Iman Zharif jadi anak yang soleh


gambar tido paling banyak .
mama dia tak sempat nak ambik gambar bila zharif bangun.
3 minggu lebih jea lagi nak jumpa bambam ni


Monday, March 9, 2015

Persona Stance 2nd Anniversary 2015


Assalamualaikum

aktiviti weekend lepas, join family day sempena Persona Stance 2nd Anniversary 2015. first time join family day Persona Stance. 
iolss bab pi jalan-jalan ni on jea.
kami stay di Puteri Beach Resort . trip ni tuk 2 hari 1 malam jea.

gerak dalam pukul 7 pagi dari Puchong. 
first meet point kat Puchong Gateway. gerak awal sebab nak konvoi.
biasa la kalau dah namanya konvoi, gerak lambat punya sebab tunggu orang.muehaha
perjalanan ke Port Dickson ambik masa dalam 1 jam lebih.
kami sampai dalam kul 12 pagi tgh hari sebab banyak menyinggahkan 

tak ada aktiviti menarik tuk nik kat sini. kalau tanya en hubby confirm la best sebab dapat jumpa kawan2 kereta dia. so nik just lepak-lepak kat bilik hotel.dah la line telefon u mobile sendu jea kat kawasan hotel ni. tak ada internet access pun.kesian kat iollss bosan kat bilik hotel sorang2.en hubby lak bersuka ria ngan kawan2..uhuk uhuk


ada banyak pilihan bilik, hubby pilih bilik jenis 1 bedroom studio

bilik luas, sesuai sangat untuk family tapi perabot jenis lama dan tak moden












tv pun jenis lama, tak ada remote control. nak tukar channel kena tekan butang kat tv. 
mula-mula tak dapat siaran,lepas check, rupanya signal cable tak disambung ke wall socket.adoyai..haha..tapi banyak channel Astro.
first time jumpa hotel tak ada telefon dalam bilik.




 alamari jea besar. tapi hanger tak di sediakan * tepuk dahi



ni keadaan bilik air. 

selalu kat hotel nik duduk rasa best jea mandi lama2 sebab bilik air selesa. 
kat sini nak mandi pun fikir 2 3 kali.huwaaa













view dari tingkap bilik










pilihan menu sarapan pagi kat  sini tak banyak.

menu biasa macam nasi lemak, mee goreng, roti bakar dan cereal tu ada.
cukup la tuk nik yang tak makan banyak ni :)



kat sini ada aktiviti sukan air . blh cuba jet ski dan banana boat

ATV pun ada





tempat ni sangat okey untuk buat family day or reunion kawan-kawan. 
kawasannya yang luas.ada kolam untuk kanak2 main air. 
bosan terjun kolam, boleh terjun main kat pantai lak.
tempat bbq pihak hotel boleh sediakan.

 Puteri Beach Resort
KM16, Batu 10, 
Tanjung Biru, Port Dickson

sebelum balik singgah makan tengah hari kedai kat depan Politeknik Port Dickson



tolak bahagi tambah darab, lebih kurang 40 buah kereta join family day kali ni.

dah namanya community kereta, so harus la ada gambar kereta yea dak
diorang ni sanggup berpanas semata-mata nak ambik gambar kete.
respect la :)






psttt..gambar ada yg cilok dari kawan2 en hubby.
harap di halal kan :)
next family day tahun depan di Johor lak.
nik? tak join dah kot..muehaha..k bye