Saturday, May 30, 2015

gaya tido terkini Iman Zharif

Assalamualaikum

obses dengan budak bambam comel manja ni

weekend ni tak dapat jumpa dia. rindu la Teh nnt. 
Mama nya kerja sabtu ahad coz ada company audit.huhu
gaya tido terkini kesayangan saya. gambar weekend lepas.

cekci skit sebab panas..haha


suka tengok dia tido. geram laa. 
gaya tido paling selesa la ni .
risau penyek hidung Iman nanti.



duk baik-baik ngan papa kat rumah. behave k.
Teh rindu Iman..muah banyak2 ciked..haha


Wednesday, May 27, 2015

Restoran Nasi Arab best di Cyberjaya | SABA Restaurant

Assalamualaikum

weekend lepas makan di Saba Restaurant. 
ada orang belanja makan uolss..untung kan.hihi
nak review pasal Saba Restaurant, tapi ofcos ramai sangat dah tahu sal tempat . 
masa weekends, ramai betol org nak makan kat sini. nasib baik time datang tu still ada lagi tempat makan kosong. 
luas juga restaurant ni. nak duduk kat dalam or kat luar pun boleh.
skarang additional space on the 2nd floor

menu yang ada di SABA Restaurant 








jangan tanya apa yang kami makan coz nik tak ingat pun nama makanannya..muehaha

 no complain at all.service is good 
big portion.sepinggan ni makan berdua



alhamdulillah.. kenyang malam ni.. syukur Ya Allah
terima Kasih belanja makan chik.hihi

budak bambam manja ni pun ada skali join

geramnya. arghhhh..naper comel sangat
sedap sangat jari tu kan. bersungguh2 dia masukkan dalam mulut.
siap tudung chik dia skali nak mskkan dalam mulut.haha


budak manja. 

cepat la weekend.tak sabar Teh nak gomol Iman.

sapa yang tak pernah try nasi arab, boleh singgah bila korang ke cyberjaya
SABA Restaurant 
Cyberjaya 4800 Suite 0-2, Ground Floor, 
Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana
03-8320 2544


Sunday, May 24, 2015

Rania Hijab by Ameera Zaini Hijab Revival


Assalamualaikum

dah lama nik tak beli tudung bawal. selalu pakai jea tudung bawal yang ada. 
adik2 nik skarang dah pakai shawl, so tudung bawal yang ada tu nik yang pakai.
kalau check balik tudung bawal nik ni ada yang dah lebih 6-7 tahun jugak la nik pakai.still nampak elok, so pakai jea.
iolss bukan restis nak pakai tudung lain hari2..muehaha

aritu terbeli tudung bawal yang sangat gojes ni.
 tudung bawal  dia sangat cun . berkenan sangat dengan warnanya.
senang nak pakai, senang dibentuk.
harga tudung bawal ni dalam kategori mampu milik. selalu cepat jea sold out.

Rania Hijab Revival

ni bidang 60. 

ni latest tudung bawal yang nik beli.
tak sempat iolss nak selfie lagi ngan tudung bawal ni. muehaha


selain tudung bawal ada jugak jual shawl. yang Ameera pakai dalam gambar tu kain dia sangat la best. sejuk. sesuai tuk cuaca kat Malaysia ni. 
adik bongsu nik siap beli tuk pakai kat London lagi.hihi
so jom la usha Ameera Zaini Hijab Revival .

Saturday, May 23, 2015

Bam bam kesayangan

Assalamualaikum

masih berfikir2 nak panggil Iman or Zharif

tapi nama manja skarang bam bam jea.meuhaha
pagi2 budak comel ni dah naik kete. Mama dia hantar ke rumah pengasuh

behave sangat ni.gerammm..rasa nak gigit jea pipi tu
nanti jumpa lagi ngan bambam ni
abis la confirm kena gomol nanti ni. seminggu tak jumpa dia :)

3 bulan kesayangan saya ni. berat dah 7.1 kg.

uwa sekejab jea masa cucuk tu. terkejut maybe.haha.










suka nau ajak borak . banyak sangat benda nak citer yea Iman
nanti borak ngan Teh yea. lama dah tak dengar Iman bercerita.hihi


dah pandai tido sendiri.Ya Allah..comel sangat awak ni sayang.
siap senyum2 lagi sebelum terlelap tu




 peach uollss ^__^


my Iman
wangi sangat bau dia. suka cium dia sampai dia rimas. haha
Teh luv u so much..muah ciked.hihi

Wednesday, May 13, 2015

Iman Zharif dah 3 bulan

Assalamualaikum

sejak ayah nik sakit, sejak tu setiap kali weekend dapat jumpa budak bambam ni. gerammmm ggggrrrrr. makin comel macam mak cik dia for sure..muehaha

mashaaAllah..pipi badan semua makin bambam 


iman pipi pau
dah 3 bulan  hero kesayangan Teh ni. 
bambam skarang dah pandai senyum.kalau mood tengah baik siap gelak mengekek2 jer bila orang mengagah dia.
pandai meniarap dah.sekarang asyik nak pusing badan jer. kalau tido mengiring tu sibuk jea dia nak pusingkan badan.padahal mata tengah pejam tu.haha

cubaan tuk angkat kepala tapi tak berjaya
pipi berat sangat yea.haha

ada budak hisap puting la.hihi..omeynye baby










dah jarang pakai mitten. 
suka nau hisap jari. sampai berbunyi2. sedap ke tangan tu sayang.
meh skit bagi Teh rasa.hihi


banyak nau masalah yea baby



tenang sangat tengok dia tido
kadang-kadang tengok awak ni dah macam budak besar padahal baru 3 bulan




tadi first day tinggal dengan pengasuh. sebelum ni nenek jaga.
behave sangat dia duk ngan pengasuh. makin besar anak saudara Teh ni, makin bijak dia.


Teh sayang awak sangat2.moga jadi anak yang soleh. 
bahagia kan mama dan papa awak yea
manja selagi sepupu awak belum keluar k. hihi