Sunday, June 28, 2015

Jubah Alraandecy dari EJ STYLE

Assalamualaikum

mesti korang awal-awal dah prepare shopping baju untuk hari raya kan. 
nik tak prepare apa2 pun lagi.huhu..baju raya pun tengah cari lagi ni.
bab tema baju raya ni selalu depend kat mana kami beraya .

kalau balik ke Kelantan confirm kena ikut tema family.
balik Johor boleh pilih tema sendiri sebab kat sana tak ada tema warna.


tahun ni kami balik Kelantan. warna tema family tahun ni GREY.
nik confirm akan beli yang ready made. lebih murah dan senang
alang2 beli jubah baru so jubah ni untuk raya kedua. 
raya pertama tengah survey lagi..apasal ntah skarang asyik beli jubah jea ni.
perubahan umur maybe.haha.or maybe skarang banyak jubah design lawa2 kan.

warna sebenar

suka design yang simple macam ni. janji selesa pakai, tak ketat or tak jarang
cutting besar, 100% loose cutting (umbrella cut), so kembang kat bawah
nursing friendly , wudhuk friendly 

adik nik direct walk in  kat butik EJ Style kat TTDI Kajang
56, jalan ttdi kajang grove 1/1, taman ttdi kajang grove, 43000 kajang selangor.
working hours :11am -10 pm.
facebook : EJ STYLE 
harga rm 99 exclude postage (normal price RM119 )

 korang kalau ada onlineshop jubah dress or baju kurungmoden yang cun nak kongsi? drop komen plsss
tengah mencari baju raya warna grey ni :)

Thursday, June 18, 2015

Iman sudah 4 bulan


Assalamualaikum 

 Iman dah 4 bulan. cepat je masa berlalu. 2 bulan lagi dah boleh makan solid food. 

makin bambam la nanti kan Iman.
rindu la kat budak bambam comel sorang ni.
weekend lepas dapat jumpa kejab jea.Mama dan Papa Iman busy pindah rumah. 
 
dari 3 bulan bambam dah meniarap sendiri tanpa bantuan.
skarang makin laju pusingnya. 
kepala dah tegak, tangan dah boleh tolak badan kebelakang
budak peramah ni suka tegur orang dan suka senyum-senyum dengan orang.
 gambar terbaru Iman.
bersantai nampak.
Iman ni budak baik sangat. jarang berjaga malam.
kalau berjaga pun sebab nak minum susu.
tak layan lagi toy yang cik su beli. 
shawl Mama dia jugak menarik tuk di pegang.hihi
muka bangun tido sangat ni.
bambam ni kalau cukup tido, kenyang susu. 
confirm gini la rupa dia.hihi
geram jea.
 aaaa..comel kan saya
timbang berat masa 4 bulan.dah 7.8 kg, bmi 10, panjang 65cm
sepanjang inject tiap-tiap bulan sebelum ni Iman nangis sekejab jea.
happy 4 months baby
membesar dengan sihat. Teh sayang baby sangat.
geram tau nak peluk gomol awak sampai awak rimas.haha

Wednesday, June 17, 2015

Review Sister’s Wedding Yunnie & Nik Farid : Hantaran, Bunga Tangan & Photographer

Assalamualaikum


update gambar hantaran.hantaran 9 dulang berbalas 9 dulang

mula2 dulu rasanya adik decide tak nak buat hantaran. pakai banyak duit especially bab nak menghias. tapi pihak pengantin lelaki request nak hantaran. 

 hiasan hantaran adik kali ni guna balik barang-barang apa yang ada masa nikah adik nik yang dulu. bakul letak buah-buahan tu zaman nikah nik 5 tahun dulu.

masih elok so boleh guna balik. 
 

hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki
hasil DIY adik bongsu kami








set perfume beli di London.kirim dekat adik . untung la dapat beli murah.
dulu nik beli set perfume kat Sogo jea.


 hantaran pihak lelaki ke pihak perempuan

duit mas kawen tak ada dalam gambar.







Bunga Tangan
adik bongsu kami tempah bunga tangan kat Perniagaan Centrepoint
bunga tangan ni cantik kan.

nampak naik dan sesuai dengan semua warna baju


 

ehh..sesuai jugak untuk pengantin lama

Photographer
majlis buat kat Kelantan, so sangatlah limited pilihan photographer
nasib baik adik ipar ada kawan photographer . 
chekidout photographer wedding adik saya  



last review untuk wedding adik kedua nik. 
ada jodoh, kita sambung review untuk adik bongsu lak nanti.wink wink.

Monday, June 15, 2015

Review Sister’s Wedding Yunnie & Nik Farid : Butik Pengantin Nada Bridal


Assalamualaikum

adik nik ambik pakej pengantin dengan Nada Bridal
dalam pekej ada pelamin lengkap lampu dan aksesori, 2 Pasang baju pengantin lelaki / perempuan, aksesori tudung, veil, kasut dan set tanjak, 1x make-up dan hiasan meja makan

even tak bersanding tetapi tetap juga nak pelamin
nak bergambar kan. niat nak simple je tapi  meriah lak pelaminnya.
 servis terbaik. memang berpuas hati. harga pun berpatutan
pandai diorang adjust pelamin sesuai ngan ruang rumah.
pakej adik ni pakej jimat. pakej ikut kepada kemampuan. 

Pelamin dalam rumah







dalam pakej, adik akan dapat 2 persalinan baju.
kat butik ni tak banyak pilihan baju but tak ramai yang nikah bulan 4 kan.
 so dapat pilih baju idaman hati..

first pilih baju songket warna electric blue.  
pelamin warna cream so adik pilih baju lebih menyerlah berbanding pelamin.
nak jadi pengantin mestilah dari yang lain kan, tak gitu? 
baru lah pengantin menyerlah kan.
kedua dress kuning yang simple and sweet, less is more
dress kuning ni adik pakai untuk aktiviti outdoor.


owner butik ni mekap cantik. 
gambar ni tak edit langsung.  












for those kat Kelantan yang masih mencari-cari wedding planner untuk majlis bersejarah boleh contact Nada Bridal
Hubungi : 013-9150610